Khamis, 21 Mei 2009

Perubahan

Manusia sangat sukar menerima perubahan sama ada perubahan itu bakal berlaku atau sudah pun berlaku. Tetapi, hakikatnya perubahan itu memang akan berlaku kerana setiap objek sama ada hidup atau pun tidak akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Mungkin suatu masa dahulu kita melihat seorang individu ini mempunyai perangai seakan syaitan tetapi tidak mustahil apabila kita melihat individu itu sekarang baik seperti malaikat.

Mungkin suatu masa dahulu kita melihat seorang individu ini sangat lemah dari segi pelajarannya tetapi tidak mustahil apabila kita melihat individu itu sekarang sedang belajar di universiti terkemuka di luar negara.

Mungkin suatu masa dahulu kita melihat seorang individu ini sangat sopan dan menjaga tutur katanya di hadapan orang lain tetapi tidak mustahil apabila kita melihat individu itu hari ini sangat kurang ajar dan biadap terhadap orang lain.

Mungkin suatu masa dahulu kita melihat seorang individu ini sangat cantik atau kacak tetapi tidak mustahil apabila kita kita melihat individu itu sangat hodoh atau selekeh pada hari ini.

Jadi, setiap manusia haruslah menerima segala perubahan dari diri orang lain walaupun ianya tidak dapat dipercayai oleh mata sendiri kerana perubahan itu akan sentiasa wujud dan datang kepada kita.

P/S : Perubahan Sentiasa Berlaku Dalam Hidup

9 ulasan:

  1. hmm..btol tu..setiap org akan berubah..cuma bgantung pd masanya ..kan?

    BalasPadam
  2. general sgt la hans.. narrow down lagi kasi spesifik. kah kah. kang jd esei SPM pulak ye?

    BalasPadam
  3. Bro.,
    Benar.
    Perlu perubahan utk teruskan hidup.Asalkan perubahan itu ke arah yg lebey +ve.

    BalasPadam
  4. er.
    dh cm peningkat motivasi diri dah blog ank ni.
    huhu.

    BalasPadam
  5. perubahan aku semalam :

    salam mak

    perubahan aku hari ini :

    ciom mak

    perubahan aku hari esok :

    pelok mak ker??.. hahah XD

    BalasPadam
  6. best ape perubahan. lebih2 kalau melibatkan transformasi dari manusia biasa ke super hero atau transformasi pelajar akademi fantasia.

    ok cukup, aku dah merapu.

    BalasPadam
  7. princess liyana : betul2

    mamma mia! : malas nak narrow...pandai2 la pikir..hehe

    s.yanaz : yups..betul..hidup kena positif..

    isya : anda orang kedua berkata demikian..cuma masih belum yakin..haha

    pikato ezora : alah..bulan 6 nanti aku jadi gila balik..bulan 5 aku motivate..huhu

    chubby cekelat : ada dua jer mak kau akan fikir..pertama : bertuahnya aku dapat anak macam nih..kedua : anak aku nih macam tunjuk tanda nak pergi jauh jer..haha

    ezul-iswhat : memang ko dah merapu..entry aku kan menyokong perubahan..bukannya menentang..adoi

    BalasPadam
  8. siut la ko!!
    cam mendoakan jek
    ahh!
    ko ar ko tak sayang kanak2 rebina an menci3x!
    hahaha XD

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com