Jumaat, 18 Disember 2009

Sedapnya Ayam Nih! Ayam Apa Nih Dik?

Selepas membaca entry terbaru dekat blog Pakcik Razman jadi baru teringat kisah yang pernah diceritakan oleh emak aku kepadaku.

Rakan emak ku mengikuti rombangan pejabat beramai - ramai ke Thailand. Aku kurang pasti dimana tempat itu sama ada di Phuket atau Bangkok tetapi yang pasti memang di Thailand. Aku namakan rakan emak aku nih sebagai Mak Leha lah. Eh, asal aku suka sangat guna nama Leha nih? Hahaha.

Mak Leha nih singgah sekejap bersama keluarga untuk makan dekat sebuah restoran nih. Pelayan datang membawa menu untuk dipesan. Mak Leha dan keluarga pun sudah memastikan kedai tu tak ada jual 'kerbau pendek' jadi mulalah melihat menu. Melihat senarai makanan bertulisan English dan terpandang perkataan Chicken. Jadi, mereka pun memesanlah menu ayam tersebut.

Makan sudah sampai dan bau aromanya amat memikat hati. Mak Leha merasa sedikit dan mula terpesona dengan kesedapan daging ayam itu. Lembut katanya. Rasanya pun manis. Satu keluarga Mak Leha menghadap makanan itu sehingga licin. Kerana perasaan ingin tahu yang cukup tinggi maka Mak Leha pun memanggil pelayan dan bertanyakan pasal ayam itu.

Dialog di terjemah dalam bahasa Melayu :-


Mak Leha : Adik, mau tanya sikit.

Pelayan : Yer akak! Tanya jer lah. I suka jawab soalan nih.

Mak Leha : Ayam nih sedaplah adik. Kedai nih masak guna ayam apa?

Pelayan : Owh, memanglah sedap. Masakan istimewa dekat sini. Itu dia ayam tu. Dalam aquarium tu..(sambil menunjukkan jari pada akuarium yang mengandungi katak hidup yang besar).

Mak Leha : .........(berasa pening dan terus ke tandas memuntahkan semua yang ada di dalam perut)

Jadi, Mak Leha sangat trauma pada kata hari itu dan berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan terpengaruh atau terpedaya dengan perkataan yang berbunyi 'CHICKEN' lagi selepas ini. Bayangkan kalau Mak Leha tidak bertanyakan pasal menu tu mesti sampai ke mati dia tak tahu bahawa dia pernah merasa daging katak. Hahaha!

P/S : Teringin Mahu Makan Zirafah!!Hahaha!

P/S : Aku Ingat Aku Menang Contest Nih Tapi Rupa - Rupa Nama Sahaja Yang Sama. Hahaha!

55 ulasan:

  1. euw! katak!
    nape dalam menu tulis chicken?
    hahaha

    BalasPadam
  2. ahhhhhhhh.. aku nak termuntah membayangkannya. pehh!

    BalasPadam
  3. hahaha..

    hampagas betol..
    kalau g Thailand, hati-hati jer la..

    p/s ~ mengidam nk makan chicken chop..haish...

    BalasPadam
  4. hahah...mesti termuntah hijau tuh..baik xtau dr tau..huhu

    BalasPadam
  5. Owh...haram itu bukan sekadar babi,tapi ayam juga boleh jadi haram jika proses penyembelihannya tidak dilakukan dgn syarat-syaratnya.Juga,bagi ayam pemakan benda2 kotor tu,hendaklah ia dikuarantinkan utk tempoh masa yg tertentu bagi membersihkan 'katak' itu dr dagingnya.

    btw,nice story....
    jadi ikhtibar kpd kita semua agar lebih berhati-hati~

    BalasPadam
  6. Eazy : Hahaha...itula pasal

    Afiq : itula pasal...adalah nama panjang dia macam chicken cikdo salsa mayon ker..tgok nama chicken ingat ayam..alih2 katak..haha

    ayisy : hahaa...sila bayangkan lagi..huhu

    Chekgu sekolah : chicken chop malaysia ker atau versi thai punya?haha

    Amyliana : hahaha...kalau tak tau sah dia rindu menu tu

    Enyheartsdiamond : sila muntah bertubi2..hjehe

    Iqbalsyarie : yups..betul2..thanks

    BalasPadam
  7. ya ka hans.sian makcik leha.ko nih, selalu meletakkan makcik leha sbg watak teraniaya.leh menang best actress thn depan.lol
    apa sudah aku melalut nih...

    nasib dia tanya kan?huhu.kalu aku la, bukan takat fobia nak tgk pkataan "chicken" tu, nak makan ayam pon tak lalu dah wehh..

    BalasPadam
  8. ayamm tu sedap woo. haha. ko rasa ke tak?

    BalasPadam
  9. aku penah dgr cite ni..
    lectrer ak cite..tp die kne time
    kat indon..besar katak 2 wei!
    sumpah xtipu!
    ko tgk muke ikhlas ak ni!muahaha

    BalasPadam
  10. iyaks... makan katak ijau ke?

    BalasPadam
  11. kesian mak leha..tapi aku terliur plak bila mak leha kate sedap..cam nak cuba jer..hahaha

    BalasPadam
  12. hahaha ye kut sedap kut hahah gila la! hahaha

    BalasPadam
  13. Salam Hans,

    Hampir sama dgn kisah ayah saya;

    Tahun 1980-an, dia dipelawa ke hotel terkemuka di KL untuk persidangan Kesatuan Sekerja.

    Makanan sudah disediakan, lalu rakan-rakan semejanya menikmati juadah, termasuk daging seperti buyuh goreng berlada.

    Terdetik hati, daging apa? Burung puyuhkah atau merpati.. Lalu dia bertanya kepada pelayan.

    Pelayan India itu memberitahu ia adalah daging katak besar khas untuk hidangan mewah.

    Mujur dia tak makan. Tapi kawannya yang dah menelan, muntah di situ jugak..

    Itulah cerita ayah saya setibanya dari mesyuarat tersebut...

    BalasPadam
  14. Yurkkk ...

    haha nasib baik ko tak wat entry yang ko menang contest .

    BalasPadam
  15. letak dalam akuarium tu...ha3

    BalasPadam
  16. haha..kesian wey..mesti fobia nk makan ayam 1week..

    BalasPadam
  17. zirafah xsedap!
    zebra sedap

    BalasPadam
  18. Faizal : hahaha..boleh kut menang

    Assybedazzle : adess..family aku mana pergi rombongan tu..selamat aku

    Zarpeno : hahahaha..gila la...xlalu aku nak makan kfc kalau maksud dia cam tu

    Waie-San : hahaha..dkt indon tu satay burung terbang lompat..macam citer razman tu

    Zuewairy : katak besar yg orang cina selalu makan tu la kut

    Imam : ades..biar betul ko nih..waras x ni?haha

    Boneka : ko nak rasa ke?haha

    Brahim Nyior : nasib kalau tidak xtahu la...

    Touyakaruma : hahah..nasib aku check dlu

    Sharamli : macam kedai2 letak udang,ikan apa tu..lebih kurang tu la

    Daun Bidara : insyaallah

    Iylienaz : haha...fobia lama la tu

    Acap : penah makan ke?

    BalasPadam
  19. ada sorg blogger nama Hans gak kan..
    ahahaha..

    BalasPadam
  20. hambik kau
    chickeh frog
    tak demam ke mak kau?
    haha~

    BalasPadam
  21. zack : hahaha...sia2 jer aku menjerit keriangan sekejap tadi..haha

    firol : huhuhu...ayam hijau sedap tuh

    koyuki : hish..bukan mak aku...itu mak leha kawan kepada mak aku...ko nih

    BalasPadam
  22. chicken??
    wowww!xagak2 nak promote katak.
    haha.
    desperate nak 'melaku'kan restoran.:D

    BalasPadam
  23. wekkkkkkkkkks

    grrrrr...


    eeuuuuuuuuuwwwwww

    BalasPadam
  24. katak ngan ayam sama jer rasa lor..tapi kalau katak masak kurma tak sedap...sbb rasa kucing..so aku cadangkan kau try katak masak lemak..mgg sejibik rasa zirafah...

    BalasPadam
  25. erk??alahai mak leha..tape2..ade pglmn dah mkn katak..hoho

    BalasPadam
  26. huhu....
    pasti teringat kisah ni kalo nak mkn ayam..
    tapi tadi nmpk si katak.
    teringat pula citer si razman tu..

    eiiii

    BalasPadam
  27. Salam..Hans..Slmt Tahun Baru Maal Hijrah 1431H utk Hans jg..Hans..nk tanye,pesal Hans suke sngt ngan nick 'Mak Leha' tu?Ade ape2 ke?Hihi..Ke nama Mak Hans tu..Hehhh..kalo ye mintak mahap le ye Maknye Hans..

    p/s: Hehehe..caner nama leh sama lak tu..join contest tu gak ke Hans?Xper..Top Commenter Contest tu sure Hans mng..Hihihi..

    BalasPadam
  28. Sizuka : diorang memang makan katak la..bukan promote

    Proffy : hahaha...sila muntah

    Alvin : ko waras ker nih?haha

    Chokio Nia : haha..bukan semua orang ada pengalaman cam mak leha

    Nur : hahahah..kisah razman tu lagi la geli

    Kak Ieda : mana ada..nama mak gua lain...mak leha ni maybe kesinambungan dari entry sebelum nih..top commentar tu xtau la leh menang ke x

    BalasPadam
  29. skrg gak aku nk muntah weh..
    jadah ape kt menu tulis CIKEN tp yg kuar katak??

    kite harus lebih waspada pasni..

    pesanan oleh khidmat msyarakat tuk ahli rombongan cik leha..

    ahaks~

    BalasPadam
  30. Hahaha.. oklah tu dari makan daging 'kerbau pendek berwarna pink' itu.. huhuhu.. (^__^)

    cam sedap aje.. nak rasa gak lah.. hahaha...


    salam maal hijrah juga buat kamu.. smoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..(^__^)

    BalasPadam
  31. Hans... Sedap ke Frog Chicken ituh? Cube ko rasa... pastu kongsi ngan kitorang rasa dia... ok... heheheheheh

    BalasPadam
  32. ~chicken out lps makan 'ayam' tu..

    BalasPadam
  33. hakhak cian mak leha
    (bayangn pengarah kampus mnerpa...;p)

    BalasPadam
  34. Hmmmm.. Sedap laa kiranya katak kan?? Hahahaha.. ;p

    BalasPadam
  35. sedap sampai termuntah..
    geli aku..sedap2 pon geli gak..

    BalasPadam
  36. uhuks!!!

    sedapkah zirafah???

    belum try lagieyh!

    BalasPadam
  37. er..uweks..adoiyai..x lei bayang kalo jijie kat tmpt tue...gr..kembang tekak wo bace ini entry..ish ishh..:P

    BalasPadam
  38. bapak gua pulak cerita member dia order ayam, dimasaknya tikus. kat indonesia.

    BalasPadam
  39. hahahhahaha.. aku pon penah terkena gak tapi kat cambodia... naseb baik check dulu...

    BalasPadam
  40. erk.
    makan katak.
    bluek. haha nak imagine pon tak sanggup.

    BalasPadam
  41. tapi katak bagus untuk blood circulation..!
    ape pon lah..goli tokak den!

    BalasPadam
  42. Haram ke makan katak gunung? BTW kat Thailand, Englishnya memang kureng. Kat 7e Thai ada bedak bayi yg dijual berlabel "Babi Talc" tak ke haru tu? Ekekekek.

    BalasPadam
  43. suke suke hati mak leha je eh order chicken tu..dia igt dia kt msia eh...
    ati2 lah lenkali mak leha...:)

    BalasPadam
  44. Si Putih Purple : yups..berhati2 lah

    Fariihin : rasa la tgok pastu cerita pengalaman dkt kitaorang..ekekeke

    Faiz Farish : apa kata ko rasa dlu?haha

    Ries Lee : ekekek...

    Nadhirah Nor : hahah..xhabis2 mak leha merbok ko

    Farhana : haha..sedap la tu sebelum dapat tahu

    Cik Memy : hahaha...jom rasa..mau?

    Ghostone : haha..jom makan sama2..

    Jiejie : hahaa..skrg tekak dah menguncup ke kembang lagi?

    Avid Gunner : haha..tikus dkt siam n china pun banyak

    Kawie : huhu..nasib ekau baik

    Nuraimy Yasmin : hahha..imagine jer katak macam ayam

    Seroja Jingga : bagus ekk?baru tau

    Dak Wan : haha..diorang tu memang

    Rowena Chasez : hahaha..sila muntah

    El : yups..semua kena berhati2

    Nurul Cakap - Cakap : memang baik punya

    BalasPadam
  45. pergh
    manis n lazat
    macam daging penguin kot

    BalasPadam
  46. sedp dow ktak..sumph gua xpnh rasa

    BalasPadam
  47. aku bukan takat geli dgn makanan exotic nih, aku jugak tak boleh makan kerang, kupang, kepah, hati ayam, arnab, itik. wekkkkkss.. hahaha...

    BalasPadam
  48. Hafiz : penguin apa rasa bai?haha

    Aminah : aku percaya kata2 ko..haha

    Ayish : wah,banyak pantang larang ko

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com