Rabu, 11 Mac 2009

Marley & Me




Hari tu sebenarnya aku dengan 3 orang member(deja gonzalez, amalina portava dengan ain) nak tengok film lain tapi sebab dah terlewat jadi cuma film nih jer lah yang kami dapat tengok(bunyi macam kecewa jer kan???). Film nih sebenarnya mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bekerja sebagai journalist atau wartawan yang memang sibuk sepanjang masa.Pada permulaan ceritanya, mereka masih belum terfikir untuk mempunyai anak.

Pada suatu hari nih, si suami nih tiba - tiba terfikir nak mempunyai zuriat. Maka, untuk permulaannya mereka membeli seekor anjing yang diberi nama sebagai Marley sebagai eksperimen mereka sama ada mereka sudah bersedia untuk mempunyai anak atau belum. Dan si anjing bernama Marley nih memang menyebabkan mereka menjadi gila sekejap dan kadang - kadang memberi tekanan yang melampau pada diorang. Habis perabot rumah dengan dinding digigit beliau. Kalau ada anjing jenis nih dekat Malaysia, aku rasa dah lama kena tembak kut. Hahaha!!!

Plot cerita nih pada mulanya agak perlahan. Kemudian scene yang menunjukkan pasal kehidupan sebagai journalist tu memang menariklah (masa tu tetiba rasa macam best plak jadi journalist nih). Selepas itu plot film nih kembali perlahan membuatkan aku agak bosan sekejap tetapi apabila sampai ke babak mereka mempunyai anak dan sewaktu Marley menghadapi hari - hari kematiannya memang menyedihkan. Buktinya, keadaan dalam wayang tetiba senyap dan disusuli dengan bunyi hingusan para penonton. Kiranya memang sedihlah tu kan???

Filem ini berdasarkan sebuah novel dan apa yang aku boleh cakap filem nih banyak menceritakan tentang anjing dan kehidupan seorang journalist tapi aku rasa filem nih agak menarik jugalah bagi aku sebab semua ada dalam filem nih -> Realiti, Lucu, Sedih, Falsafah, Memerlukan Pemikiran Yang Mendalam. Jadi, kepada siapa - siapa yang suka filem macam nih memang tak rugilah kalau korang habiskan duit untuk tengok filem Marley & Me.

P/S : Bila Malaysia Nak Buat Filem Macam Filem Slumdog Milionaire??

Khamis, 5 Mac 2009

Geng Pengembaraan Bermula...Upin & Ipin


Sebelum kelas com research, sajalah aku bagi harapan palsu konon lepas kelas nih nak pergi tengok Upin dan Ipin. Tak sangka tiba - tiba masing - masing bersemangat nak pergi tengok. Masing - masing berusaha bermurah hati menghabiskan kredit dengan menghubungi nombor - nombor pemilik kereta sewa dengan GSC. Gembiralah aku akhirnya hajat tercapai.

Akhirnya, dapat jugalah sebuah kereta. Macam biasalah nak jimat budget mestilah ramai yang ikut. Jadi, satu kereta tu dimuatkan dengan 6 orang mengikut posisi dan struktur tubuh badan. Nasib aku dapat seat yang sedap untuk bersandar.

Deja Gonzalez sebagai driver memang menjadi harapan kami semua pada waktu tu agar sampai ke destinasi dengan keadaan yang masih bernyawa. Nukmanitoz bertindak sebagai penjaga kami semua sebab beliau yang paling tua. Gina Moralez, Yati Luciana dan Fatinazawa menemani aku dekat belakang. Gagagaga(gelak jahat).

Lepas beli tiket teruslah serbu makan dekat food court. Nukmanitoz menyuruh aku mencuba Bihun Garing yang dikhabarkannya memang sedap dan paling penting kuantiti bihun memang se maximum mungkin(atau lebih tepat hingga melimpah dari pinggan). Ditambah dengan cendawan yang kenyal - kenyal sikit tu memang aku melahap tanpa perasaan malu dan segan lagilah.

Adoi!!! Macam biasalah...mesti akulah yang habis dulu bab - bab makan nih. Makanan makhluk - makhluk nih macam tak terusik jer. Pinggan aku dah kosong dah. LAPAR GILA kut. Dari pagi tadi tak makan. Lepas tu diorang bermurah hati pula bagi sumbangan ikhlas makanan diorang dekat aku. Gembiralah aku dapat merasa semua menu. Hahahaha(gelak kesyukuran).

Banyak scene yang aku suka...scene yang melibatkan upin dan ipin memang lucu lah. Scena Rajoo dengan Sapi dia pun best. Scene yang fikir masa depan melibatkan nenek dengan atuk diorang sangat lawak. Scene ayah Rajoo cakap Teh tarik,milo tarik lah dan macam - macam lagi dengan lajunya pun best. Boleh kata semua best lah.

Terbaikkkk!!!!!
Tak rugi aku berpenat - penat cari kereta sewa dengan member - member nak tengok film nih walaupun esoknya ada presentation dengan satu apapun tak buat lagi...trimas pada Les' Copaque sebab korang memang terbaik!!!! Dari awal sampai habis aku tengok film nih tanpa menguap atau tertidur walau sekali pun. Harap - harap ada Geng 2 plak lepas nih.



P/S : 5 Bintang.......