Ahad, 28 Februari 2010

Jangan Melayan Wanita Seperti Lelaki

Kepada lelaki – lelaki di luar sana tidak kiralah anda adalah seorang gangster, kaki pukul, mat bunga, budget hot, alim ulama atau apa – apapun gelaran yang anda terima jangan sesekali melayan rakan wanita anda seperti lelaki. Maksud gua di sini ialah jangan sesekali kau menganggap mereka sama seperti anda.

Jika kau merokok janganlah kau anggap semua orang merokok. Janganlah kau cuba – cuba memaksa rakan kau merokok tambah – tambah wanita. Bagi aku perkara itu sangat biadap. Cukuplah jika kau hanya bertanyakan,”Kau merokok tak?” dan tidak lebih daripada itu walaupun sebenarnya itu pun dah dikira biadap.

Kadang – kadang kau juga kena sedar batas – batas kau dalam perbualan. Janganlah kau sesuka hati mahu melihat barang – barang peribadi wanita atau menjenguk masuk ke bilik wanita tanpa kebenaran. Mungkin kau rasa perkara itu normal bagi kau tetapi tidak bagi orang lain. Kau tak boleh menganggap semua manusia adalah sama seperti kau. Hormatilah hak kaum wanita jika kau mahu ibu, isteri, adik perempuan atau anak perempuan kau dihormati oleh orang kerana hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang – kadang kita di atas dan kadang – kadang kita di bawah.

Mungkin bagi lelaki ia satu perkara biasa apabila bercakap sesama mereka sambil diselangi dengan ayat – ayat carutan atau makian tetapi kau tolonglah buat sikap itu sewaktu berbicara dengan wanita. Hati wanita tak sama macam lelaki. Kau kena ingat lelaki dan wanita adalah dua makhluk yang tidak sama. Yang sama hanyalah kedua – duanya manusia yang mempunyai akal dan hati. Sedangkan tidak semua lelaki boleh menerima gaya percakapan yang diselangi oleh bahasa – bahasa kesat apatah lagi wanita.

P/S : Tolonglah Ingat Tentang Perkara Ini.

P/S Lagi : Aku Dah Buat Siap - Siap Dah 2 Entry Akan Datang Lepas Nih. Aku Dah Set Publish Auto. So, Memang Aku Tak Sempat Terjah Mana - Mana Blog Pun. Jangan Dok Buat Merajuk Apa Plak. Aku Tak Layan. Hahaha.

33 ulasan:

  1. hans, kalau kita berdua style nokk takpe ke syg?

    i cuak la plak~

    hehehe~

    BalasPadam
  2. laleki kdng2 ego...mana nk berlembut ngn pompuan...dkp kan men kasar ingt pompuan ni sme ngn dorng ke....
    dh la ego...tp tak nk ngaku...jd la gentlemn sket...tak slh pon...bukn nmpak lemah pon klo jd gentlmn tu...

    BalasPadam
  3. perempuan adalah keindahan.....keindahan wajar diletakkan di tempat sewajarnya.......

    BalasPadam
  4. waa, hans ke ni?

    ada ciri2 nak jadi kekasih gelap aku ni

    ^^

    BalasPadam
  5. Wah~ Hans memperlihatkan side lelaki gentleman.

    BalasPadam
  6. aku klu ckp ngan pempuan.. lemah lembut jer weih.. :)

    BalasPadam
  7. huhuhu..aku ada sangat ramai kawan lelaki..sesetengah perkara aku lebih suka dorang anggap aku cam laki..

    and certain thing need to respect me as a girl..depends la..

    :P

    BalasPadam
  8. ahhaha..
    ko mmg lelaki yg faham perasaan
    wanita..
    huhuhu

    BalasPadam
  9. wanita ni hatinya lembut bak kapas sutera. indah bak kuntuman bunga. maka, layanilah mereka dengan sewajarnya, bersama ketulusan jiwa. jangan sakiti mereka... dengan kata nista dan perbuatan durjana.

    p/s: alfatihah buat adik syafia (3 tahun) yg meninggal dunia kerana disepak teman lelaki ibunya. berita semalam.

    BalasPadam
  10. bagus la kau..prihatin.ni y bua aku terpikat ni.

    BalasPadam
  11. wow ciri2 lelaki budiman ada pada hans...


    cool!

    BalasPadam
  12. tiba2 cheq rasa touching pulak baca entry nie *loghat penang* ...
    kan bagus kalau kebanyakan lelaki berfikiran macam ni

    BalasPadam
  13. >>__<<

    hans tobaixx .. ekekekke
    betul2, kene hormat ...

    BalasPadam
  14. baguslah peringatan untuk lelaki ni..sbb hans tu lelaki..hnya lelaki yg memahami dan boleh menasihat kaum sejenis..

    ps dulu kak ida ingatkan hans ni pompuan..hehehehe

    BalasPadam
  15. memang benar hans,
    sebelum buat sesuatu yg x baik pd perempuan, cuba fikirkan klu saudara prempuan mereka sndiri yg dilayan sprti tu jg..tentu x nak kan..

    BalasPadam
  16. ckLah pernah delete komen mencarut dari lelaki dalam blog....errr...kira gangguan seksual juga tu...kan..kan...

    BalasPadam
  17. btul2!!
    ku stuju sgt.. mybe sbb tu aku xde bnyk kwn lelaki kot.ku jenis lembut.. klu jd kwn lama2 smua mintak nk jd pakwe.
    haish. apakah??
    -_-

    BalasPadam
  18. salam hans.
    entry kau yang ni best tol. observation mantap ar ko weh;)

    BalasPadam
  19. alor....nk majok gk! hahaha...

    best enrti ni.
    sejak bile ko jd feminine plak ni..?

    eh, feminine?
    meraban plak ak ni. wakaka~

    BalasPadam
  20. betoi betoi betoi :)

    kan bgus klau semua lelaki yg ade kat muka bumi ni sedar psl hal tersebut~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com