Busking & Forum Anime

Waktu rehat PPKP yang dalam sejam lebih tu, member gua si Ezul ajak gua ikut dia pergi tengok member – member dia busking. Macam gua cakap gua suka benda – benda yang unik dan tambah – tambah ada orang nak bawa pula gua pergi tempat tu so gua okay jer lah. Cuma gua segan sebab gua gigih pakai formal hari tu. Dengan panas teriknya waktu tu memang rasa macam hampeh gila.

Tapi, member gua suruh gua cool jer. Buat slumber. Jadi, gua pun buat slumber lah walaupun gua rimas dengan kemeja, slack hitam dan kasut hitam gua tu. Sampai dekat Seksyen berapa entah so member gua nih pergilah jumpa member – member dia. Gua nih kan pemalu(macam haram)…eh,gua memang pemalu lah pada orang yang gua tak kenal so gua cuba – cubalah buat muka baik dan ramah tapi tak tahulah macam mana muka gua kan waktu tu. Hahaha. Sempat jugalah member – member pada kawan gua nih bergurau pasal baju formal gua tu sebab gua seorang jer formal. Cess!

Sampai dekat sana, ketua orang yang buat forum anime ker apa tu pun mulalah berceramah. Tiba – tiba gua teringat dekat blogger – blogger. Gua rasa mesti perjumpaan blogger pun macam nih. Hurm, macam best plak kan. Tapi, sebab dekat situ gua tak kenal sapa – sapa pun so gua diam jer lah. Kalau orang cakap dengan gua baru gua cakap dengan diorang. Mulut gua ada emas plak. Kahkahkahkah.

Walaupun gua bukan kaki anime sebab gua minat doremon, gua tertarik sewaktu mendengar ceramah tu pasal freelance untuk menjadi writer dan sebab tu gua tercongok lama dekat situ mendengar dengan teliti. Haih, kalau ada sesiapa nak gua jadi freelance writer mana – mana majalah ker komik ker sila contact gua dengan segera sebab gua suka menulis dan gua pun minat buat skrip sekarang sejak belajar tentang subject script nih.

Itu mungkin pertama kali rasanya gua pergi benda – benda macam tu. Gua tak sempat tengok diorang busking tapi tak apalah. Masa pergi fakulti gua perasan poster yang pasal Mimpi ker apa yang ada blogger Aloy Paradoks dengan Maqruf Lim tu. Wah, nanti kalau ada benda – benda macam nih gua nak pergilah sebab gua rasa gua macam dah jatuh cinta dengan aktiviti – aktiviti macam nih.

Terima kasih pada Ezul kerana memperkenalkan aktiviti Busking pada gua walaupun gua buta seni pasal benda – benda macam tu.

P/S : Gua Hebat Bermain Piano Kalau Korang Nak Tahu…Gua Tekan Jer Ikut Suka Hati…Hahahaha…Janji Keluar Muzik.

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. BUKAN NAK AJAK AKU!
    AKU MINAT KOT ANIME! ARGHHHHHHHH!

    BalasPadam
  2. wah. mari kita bermain piano sama2... hahhaa... anyway, klu ko tekan ape2 je, yg keluar tu bkn muzik, yg keluar tu pencemaran tinger :p hhehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama