Selasa, 9 Mac 2010

Wayang...Bowling???

Lepas makan Meatball tu tiba – tiba masing – masing dapat hidayah nak tengok wayang. Jadi, dengan kesuntukan masa yang ada dan tempat paling dekat waktu tu adalah One Utama @ OU. Jadi, dengan pantasnya menuju kesana. Malam tu ada roadblock pula. Penatlah aku tarik seatbelt tu. Waktu tulah juga benda tu nak tersangkut. Nasib sempat pakai.

Kereta lepas dari ditahan pihak polis dan tibalah kami di OU. Waktu nak masuk kawasan parking tu satu insiden yang melucukan berlaku. Kereta kami menaiki kawasan berbukit menuju tempat parking dan kereta lain semua memotong kami satu persatu. Adakah kereta kami sangat berat dan perlahan sewaktu mendaki kawasan tinggi itu? Terasa diri waktu tu kerdil sangat. Hehehe.

Sampai dekat GSC tu, filem yang kami nak tengok tak ada. Jadi, lepas berbincang – bincang masing – masing setuju nak tengok Alice in Wonderland 3D. Aku tahu mahal tapi aku pun tak pernah tengok lagi wayang 3D jadi merasa sekali rasanya tak ada apalah sangat. Tapi sayang tiket sold out. Baru berangan nak pakai dua cermin mata(cermin mata aku & cermin mata 3D) sekaligus waktu dalam wayang tapi hajat tak kesampaian. Cerita yang ada pun tak berupaya menarik hati untuk menonton jadi kami berempat kecewa tak dapat tengok wayang.

Disebelah wayang ada pula tempat main bowling. Sebab kempunan tak dapat main bowling waktu Tahun Baru Cina hari tu so aku ajaklah diorang main bowling. Alhamdulillah semua tak kisah tapi hanya aku, pikah dengan faiz jer yang main. Yan tak main. Haih, nampaknya dah tahu dah aku takkan kalah. Wakakaka. Kitaorang main satu game jer.

Aku rasa game pertama aku malam tu adalah yang terbaik sepanjang aku mainlah sebab selalunya game pertama nih mesti teruk. Kalau nak okay sikit pun game kedua. Entah, aku enjoylah main game tu. Keputusannya :-

1st : Aku & Faiz (sebab seri…haha)
3rd : Pikah (ini bukan archery…hahaha)

Yang aku tak boleh blah tu dengan manusia – manusia yang sama ada dari Arab atau Pakistan dekat sebelah kitaorang. Ada dua orang lelaki nih. Seorang nih baru belajar dan seorang lagi nih dah macam Tok Guru dialah. Si budak baru belajar nih baling bola bowling tu dan masuk parit. So, si Tok Guru nih pun cakaplah dalam bahasa dia yang aku rasa mungkin macam nih….

To Be Continue…

16 ulasan:

  1. ak x sabar nk tgk alice in wonderland

    BalasPadam
  2. nak tengok wayang pun dapat hidayah jugak ya hehe.
    sabo je la.

    BalasPadam
  3. aku pn x saba nk lyan cte 2 gak ne...huhu

    BalasPadam
  4. xsaba nk g tngok alice,.,

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.,.

    BalasPadam
  5. re:...MIMPI memang akan ada lagi...next time aku cari kau kat sana...hehe...

    so...in the end...kau tengok cerita apa ya?

    BalasPadam
  6. i da tengok aiw 3d tu..
    terBAEK oke !!!!
    tapikannnnnnnnnnnnn..
    kawan i cakap glew buhsan...maybe die tasuke cte cte fantasy kot...
    hurmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  7. jom tengok alice in the wonderland esok.. mau join?

    BalasPadam
  8. hans..mcm citer bersiri lak..bersambung.

    BalasPadam
  9. ape la die ckp tu??
    bersambong la plak!!!
    hehehe

    ps : nak tgk alice gakkk!!!

    BalasPadam
  10. tgk la solomon kane..bes owh..huhu

    BalasPadam
  11. weekend nih br nak g.
    huhuhuhu...

    BalasPadam
  12. weh bape ek tiket wayang 3D tu?

    BalasPadam
  13. boleh lak kan 1st place seri-huhu
    gelong ah lagi sekali frame-huhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com