Selasa, 25 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 17

Siti Nurbaiyah : Kenapa makcik Tipah? Apa yang makcik syak sebenarnya?

Makcik Latifah : Makcik memang dah agak ini selipar kamu sebab memang padan pun saiznya dengan kaki kamu tu.

Siti Nurbaiyah : Owh, macam tu! Makcik Tipah nih. Buat Baiyah terkejut jer lah. Adess!

Makcik Latifah : Kamu nih dah kenapa Baiyah? Berpeluh - peluh jer makcik tengok muka kamu nih. Mengalahkan orang pergi berjogging.

Siti Nurbaiyah : Erk...tak adalah makcik. Hari nih panas sangatlah. Tu saya berpeluh - peluh tu. Saya nih bukan boleh panas - panas macam nih. Kuat berpeluh.

Makcik Latifah : Macam - macam kamu nih. Nak plastik ker Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Plastik? Nak buat apa makcik?

Makcik Latifah : Letak selipar kamu dalam plastiklah. Takkan nak letak dalam raga basikal tu tanpa beralas. Nanti kotor pula.

Siti Nurbaiyah : Eh, tak payah susah - susahlah makcik. Saya nak cepat nih. Nak balik. Terima kasih yer makcik.

Makcik Latifah : Balik tu bawa basikal elok - elok Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Baik makcik.

Makcik Latifah : Eh, kamu nak pergi mana pula tu?

Siti Nurbaiyah : Nih, saya letak basikal saya dekat belakang nih makcik.

Makcik Latifah : Owh, ingat kamu nak pergi mana tadi. Makcik pergi dapur kejap. Nak masak.

Siti Nurbaiyah : Baik makcik. Dah siap masak tu bungkuskan untuk saya sikit yer. Hehehe.

Makcik Latifah : Karang makcik bungkuskan betul - betul kamulah pula tak nak.

Siti Nurbaiyah : Eh, saya gurau jer lah makcik.

Makcik Latifah : Baiklah. Makcik masuk dulu yer. Hati - Hati.

Siti Nurbaiyah : Terima kasih makcik. Assalammualaikum.


Siti Nurbaiyah pun bergegas ke basikalnya. Dia sedikit terperanjat apabila memerhatikan Elmyra sedang duduk di atas basikalnya dengan wajah yang ceria.

Siti Nurbaiyah : Eh, macam mana kau boleh ada dekat bawah nih Myra? Masa bila kau keluar? Aku tak nampak pun.

Elmyra : Aku terjun dari tingkap atas nih lah Baiyah. Adoi! Dah! Dah! Jom kita gerak sekarang. Kang kantoi dengan mak aku susah pula.

Siti Nurbaiyah : Okay! Kau dah sedia ker nih? Aku nak merempit nih. Lama tak merempit dengan 'motosikal hijau' aku nih.

Elmyra : Aku dah sedia dah. Cepatlah Baiyah.

Siti Nurbaiyah : Sekarang Valentino Rossi Jr. akan merempit merentasi kampung terindah ini. Yeahhhh!


Maka perjalanan dua sahabat itu pun bermulalah pada petang yang petang yang indah itu. Mereka seperti biasa menuju ke tempat bermain mereka di hujung kampung. Siti Nurbaiyah memang betul - betul membawa basikal itu dengan laju. Elmyra sedikit takut dengan situasi tersebut.

Elmyra : Woi, pompuan! Kau bawa slow lah sikit dowh. Aku takutlah. Dahlah lalu kawasan sawah. Boleh pula kau bawa laju - laju.

Siti Nurbaiyah : Ini Baiyah Rossi lah beb. Kau kena percayakan kebolehan aku.

Elmyra : Baiyahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Ada lembu depan kauuuuuuuuuuu!!

Siti Nurbaiyah : Apaaaaaaa?? Lembuuuuuuuuuuu????


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 18
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

6 ulasan:

  1. ada lembu pulak??? alahai..

    BalasPadam
  2. aduiiii.......lembu tu langgar dorang ke?

    BalasPadam
  3. lawaklah baiyah ni! haha selamat x terkantoi? ha! lembu? ape lagi langgar la! hahahaha

    BalasPadam
  4. adeh makcik tipah...wat suspen je kan...ingatkan ape la td kan..
    sempoi la baiyah....kaki rmpit gak..
    tingat zmn skolah dulu..huhuhu...
    tp xde la tkar nama jd rossi tu...
    hehehe...baiyah rossi..
    sempoi...:)

    den ni : Nur Amani...

    BalasPadam
  5. boleh tahan loyer buruk makcik tipah ni
    baiyah tak abis2 ngan binatang,haha
    aritu anjing, ni lembu plak

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com