Review Film : Babe, I Love You! Salamat!


Film Tagalog bertajuk Babe, I Love You ini ditunjangi oleh pelakon Sam Milby dan Anne Curtis. Penat aku download semalam sebab nak tengok filem nih. Film nih bergenre komedi romantik yang berdurasi sekitar 1 jam 30 minit. Nasib filem nih ada subtitle English kalau tidak mahu pecah juga kepala nak terjemahkan bahasa tagalog tu. Hohoho.

Filem nih biasalah! Jiwang - jiwang sikitlah kan! Si Anne Curtis tu bekerja sebagai Promo Girl dekat bar. Jadi, bila ada produk terbaru maka dia kena promosikan dekat semua pelanggan dia. Jadi, pada suatu malam dia terserempaklah dengan hero si Sam Milby nih. Sam Milby nih muka macam Remy Ishak tapi versi putih lah.

Kisah terjadi sewaktu Si Anne nih menyelamatkan si Sam nih daripada ditikam oleh 2 orang lelaki yang cuba merompak dia. Sewaktu menyelamatkan si Sam nih, kereta yang dipinjam si Anne nih mengalami kerosakan di bahagian depan. Jadi, Si Anne nih mintalah ganti rugi. Tapi, si Sam nih tak mahu bayar sebab dia tak minta pun si Anne nih tolong dia. Lagi pun dia ada tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Jadi, berlakulah kisah lucu selepas itu dimana Si Anne nih pergi ke tempat si Sam bekerja dan membuat kecoh semata - mata nak Si Sam tu bayar ganti rugi untuk kereta tu. Dan sejarah hidup si Sam dan si Anne nih pun terbongkar sedikit demi sedikit. yang membuatkan hubungan diorang retak menanti belah. Nak tahu lebih lanjut? Download lah sendiri! Hahaha!

Apa - apapun, filem nih ringan dan agak seronok untuk ditonton. Ada komedi, ada sedih, ada elemen kekeluargaan dan ada unsur - unsur cinta sejati. Ewahhh! Hahaha. Okaylah! Nak tengok filem lain plak. Salamat kerana membaca! Hehehe!

P/S : 
Orang Philippines Panggil Umbrella Dengan Perkataan Payung!
Sama Macam Kita! Hohohoho!

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama