Khamis, 26 Ogos 2010

Semangat Nak Balik Kampung Punya Pasal! Hahaha!

Dari lagu Maher Zain aku ubah terus pergi lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Padahal nak balik kampungnya Jumaat minggu depan. Hahahaha! Tak silap aku lah antara ramai - ramai housemate rumah aku nih, aku seorang rasanya yang masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga tercinta lagi nih. Fuh! Minta - minta masih berpeluang berbuka dan bersahur bersama - sama. Amin!


Sudah beberapa hari aku tak bangun sahur! Memang tak sedar! Kunci jam macam mana pun mesti yang aku sedar aku akan diamkan handphone aku tu dan tukarkan waktu untuk hp aku tu berbunyi balik pada jam yang seterusnya. Hohoho! Tapi, berbanding dekat Melaka dulu aku rasa dekat Shah Alam nih lagi bagus. Dulu dekat Melaka, budak - budak rumah aku semua bersahur tapi aku sorang ja terbongkang tidur dalam bilik. Hahahaha!


Cuma kadang - kadang aku pelik! Ada sesetengah manusia yang walaupun bangun bersahur tapi masih tak mampu nak berpuasa! Peliklah! Bagi aku manusia macam nih mengalahkan budak - budak kecil! Aku tadi pergi bengkel sebab nak tukar bateri motosikal aku. Signal lampu motosikal dah tak keluar cahaya dah. Aku nak pergi ke kanan nanti pemandu lain ingat aku nak ke kiri. Nasib umur panjang. 





Nak bunyikan hon motosikal pula macam tak perlu jer. Sebab bunyi kentut aku kuat lagi dari bunyi hon motosikal aku. Hahahaha! Tapi lepas dah tukar bateri motosikal nih dah memang bunyi hon motosikal aku sangat kuat dan bertenaga. Kuikuikui! Apa - apapun, macam biasalah duit aku waktu bulan puasa nih mengalir laju betul! Macam air terjun pula lagaknya! Huh!


 Gambar Hiasan


Nak dijadikan cerita ada 4 orang mekanik dekat bengkel tu. Dua orang melayu. Seorang cina dan seorang lagi tak dapat dikenal pasti. Yang dua orang mekanik melayu nih betul kan motosikal aku. Tiba - tiba yang Melayu seorang nih selamba badak jer teguk air mineral botol besar depan aku. Aku pun fikir positif lah."Dia nih Siam bukan Islam kut. Kalau tak takkan dia minum depan aku." Hohoho!

Alih - alih si mamat tu boleh pula menyanyi lagu Wali Band sambil membetulkan motosikal aku tu. "Yankkkk...Coba engkau...." Haih, mamat nih minat pula lagu Wali Band. 

Tiba - tiba kotak bateri motosikal aku tu terjatuh dan seraya itulah mamat tu menyebut "Allahuakbar!"

Sah! Sah! Islam rupanya! Jadi, memang betul lah dia tak puasa! Tiba - tiba bro Melayu yang lagi sorang tu pun suka hati dia jer minum depan aku! Mak aih! Selera aku tengok dia minum! Air masak tu dia minum macam air tembikai laici jer! Dah tu, berani pula dia order mee goreng mamak dekat belakang tu depan aku! 

Aku nih jadi serba salah pun ada. Nak tegur kang tak pasal - pasal dia jahanamkan motosikal aku plak. Tak tegur rasa hati tak tenang. Akhirnya, yang aku ingat selemah - lemahnya kita berdoa dalam hati. Aku pun doa jer lah moga diberi hidayah! Lepas habis dua - dua mamat tu betul kan motosikal aku. Aku cakaplah terima kasih. Ikut hati nak ucap selamat berbuka tapi masalahnya diorang dah berbuka lebih awal dari sepatutnya. Hohohoho!

Budak Nih Penat Puasa Sampai Macam Nih Jadinya.

Entahlah! Memang kerja diorang tu penat tapi masalahnya bukankah puasa itu satu kewajipan? Ada lagi pekerjaan yang lebih penat dan mencabar daripada menjadi seorang mekanik tapi mereka masih boleh berpuasa. Paling tidak jika betul pun tidak puasa tak payahlah ditunjuk depan - depan. Malu pada orang bukan Islam. Apa pula pandangan mereka pada kita orang Islam nih pula nanti.

Ramai orang suka berkata,"Lihatlah pada agama! Jangan lihat pada penganutnya!" Kadang - kadang memang betul tapi bukan semua orang berfikir seperti mana kita fikir. Sebab, apa - apapun kita akan pandang pada kelakuan orang tu juga. Jadi, siapa anda sebenarnya akan mencerminkan agama anda juga pada pandangan orang lain.

Seperti kes buang bayi sekarang. Memang boleh kata hampir semua berita yang dilaporkan melibatkan gadis Melayu. Bukannya tak ada kaum lain! Ada tu ada! Tapi, bila kita kata Islam tu agama yang penyayang, yang suci dan berbagai - bagai lagi tapi bila orang lain melihat si pelakunya Islam memang sikit sebanyak memberikan mesej yang buruk pada agama kita yang tercinta iaitu Islam.

Aku pun bukanlah baik sangat! Tapi, paling tidak tolonglah ubah sikit perangai kita! Kalau bukan bulan puasa kita kata kejahatan yang kita lakukan angkara syaitan! Tapi, kalau dah bulan puasa kau jadi lebih jahat dari hari - hari sebelum datangnya Ramadhan...Siapakah syaitan yang menghasut kau kalau bukan nafsu kau sendiri?


Merdeka sudah semakin hampir tapi apa sebenarnya maksud dan pengertian merdeka dalam diri kau? Adakah kau suka merdeka kerana dapat cuti? Adakah kau betul - betul menghargai kemerdekaan itu? Adakah hadiah kemerdekaan kau yang nak kau berikan pada negara, bangsa dan agama kau ialah persetubuhan haram atau seks bebas dan 9 bulan mulai sekarang maka bersepah lagi berita di televisyen atau surat khabar pasal kes buang anak? Fikir - fikirkanlah!

Kepada yang suka ponteng puasa pula cuba jadikan kanak - kanak kecil yang berpuasa sebagai role model kau! Paling tidak tolonglah tanam dalam diri tu,"Aku rasa malu! Aku rasa lemah! Aku rasa aku teruk sangat jika aku tak puasa tapi kanak - kanak umur 4 atau 5 tahun boleh berpuasa penuh!" Kita dah besar jadi pandai - pandailah fikir.


P/S : Aku Sebenarnya Nak Tulis Pasal Perasaan Nak Balik Kampung 
Tapi Dah Melencong Jadi Syarahan Benda Lain Pun Ada. 
Tak Apalah! Harap - Harap Ambil Lah Benda Yang Baik 
Yang Ada Dalam Entry Nih Yer.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

31 ulasan:

  1. aku memang sahur setiap pagi!

    wajib weyh!

    kalau tak, lembik semacam aku~

    ahahahahahaah

    BalasPadam
  2. aku nak like bnyk kali hans...
    100000000000000000000000000000 likee
    hahahhhaa

    BalasPadam
  3. haha~~jauh kau terpesong~~haha~~lain citernye~hehe

    BalasPadam
  4. nice one bro
    sama-sama kita saling ingat-mengingati

    entri balik kampung yg sarat dgn nasihat,haha
    baguih2

    BalasPadam
  5. ni dah memang terlampau excited nak balik kampung ni..
    yela sape tak nak kan buka puasa di kampung sebelum raya ni..

    BalasPadam
  6. cter all-in-one ni..berisi n mantap!
    noga tercapai hasrat nak berbuka kat kampung

    BalasPadam
  7. aku pun xberbuka dan bersahur lg dgn keluarga aku.. aku sahur time dpt bgn jer.. heheh..

    betuk tu.. patutnya pd bln yg mulia inilah ibadat dipertingkatkan bukannya maksiat.. aduh!

    BalasPadam
  8. mamat kat kedai moto tue tak puasa lantak die la.. belom ada kesedaran lagi kot.. papehal pun selamat berpuasa dan balik beraya dikampung dengan selamat..

    1 Malaysia menjana transformasi sempena tema bulan kemerdekaan tahun nie.. semoga negara kita kekal harmoni.. Merdeka..!!

    Sekian

    BalasPadam
  9. benci buka blog hang!
    awat pi buh lagu balik kampung????
    why oh why???

    BalasPadam
  10. karangan tepesong. tak kisah ar. slmt pulang ke kg nnt k :)

    BalasPadam
  11. aku pun belum smpat nak balik buka kat umah ni.. :D

    em, mmg geleng kepala je la..kalau ye pun tak puasa, g la sorok2 sket..ini tak. kena dgn jabatan agama islam, naya je kena naik kereta mayat.. itu malu kat dunia, kat akhirat? hmm..

    Pendapat anda?
    Awak, boleh pakai purdah tak?

    BalasPadam
  12. haha.. org tua ne makin tua makin susah nk ajar bro. so ak rs bab ponteng xleh nk wt ape daa.hehe

    BalasPadam
  13. tu la, tiba2 ckp pasal merdeka. haha~
    orng fikir nk raya je, yg fikir merdeka er....

    P/s: puasa aku ok je. Ko?

    BalasPadam
  14. hans, kau balik kampung bila

    BalasPadam
  15. huh bnyk gak huraian hans..mantap sih,,yehh balik sama ari ngn sy ke kg.tp kg lain2..bas lain2 gak,

    BalasPadam
  16. hurm....ada yang tak penat bekerja pun dengan selamba hisap rokok depan kedai aku. ape cer??? diorang ni tak hormat ramadhan langsung...:(

    BalasPadam
  17. aku kalau sahur kene makan nasi...kalau tak, kompem perut bunyi sepanjang hari...

    tp time buka minum air, kurma dgn kuih sikit pun dah kenyang...

    BalasPadam
  18. ahak!!! :) nway, selamat balik :)

    BalasPadam
  19. uikhh..byknya cerita.. tp x pe..bermanfaat utk difikirkan oleh sume.. :)

    btw, akak pun benci gak org yg x posa dgn alasan sbb x bangun sahur.. kot budak kecik blh ler paham tp kalau dah tua bangka xkan x blh posa lalu kot..nyampah tul..

    BalasPadam
  20. emmm.rmai je kot yg xpuasa..
    ada yg puasa tpi xsolat..xtahu la nk ckp ape lg....

    BalasPadam
  21. nanti mai umah tok aku kat kepala batas hans..

    =))

    BalasPadam
  22. hmm.. aku pun selalu malas nak sahur.. haha

    BalasPadam
  23. sahur memang wajib walaupun sikit je makan, takut nanti layu keesokan pagi

    BalasPadam
  24. rugi x bagun sahur tau...macam2 berkat ado..

    cepatnya dah 16 ramadhan...

    BalasPadam
  25. Ya Allah Hans..
    Kalo ak..
    ak memg lempar motor kat owg x pose tue!
    kuang aja!!!!

    BalasPadam
  26. wah! x sabar balik kmpung ke? ape2pun smoga dapat berjumpa keluarga semula! have a nice day!

    BalasPadam
  27. hahha..adoi..ada jgk mcm tu..sabar je aku tgk~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com