Sabtu, 11 September 2010

Selepas 10 Tahun & Selama 14 Jam

Sebenarnya raya kali ini ada banyak sejarahnya dan alhamdulillah memang raya di hari pertama pada tahun ini adalah yang terbaik dalam sejarah. Selepas solat sunat aidilfitri menanti sesiapa datang tetapi pelik kerana cuma budak - budak yang datang minta duit raya dan seorang bangla seperti dalam entry sebelum ini sahaja yang datang.

Sudah masuk pukul 3 petang dan masih tidak ada sesiapa yang datang. Tapi, aku tak tahu kenapa aku rasa seronok sangat hari nih. Rasa gembira tanpa sebab. Mungkin ada sebabnya tapi aku tak mampu nak ungkapkan. Bukan pasal dapat duit raya. Duit raya tu memang aku wajib dapat tapi duit raya tu pun membangkitkan mood gembira aku.

 Saya Gembira!

Tiba - tiba sepupu aku bersama isterinya datang ke rumah. Bermula selepas itu tiba - tiba rumah aku menjadi meriah. Kemunculan 3 keluarga jiran tetangga yang datang berseli - seli membuatkan aku dan mak tidak menang tangan melayan mereka. Untuk tahun ini aku mengambil alih tugas kakak aku. Hahaha.

Kemudian datang sahabat aku Luqman yang aku kenal daripada sekolah rendah sampai ke sekolah menengah hinggalah sekarang. Mula - mula kenal dia waktu sekolah rendah aku join budak kelas aku kutuk dia. Hahaha! Tiba - tiba kami satu tempat tuisyen dan jadi macam mana entah tetiba jadi baik. Walaupun pernah jugalah gaduh tapi alhamdulillah sampai sekarang jadi kawan baik. Dia datang dengan kakak beliau. Aku sedang menanti gambar daripada mereka walaupun rambut aku kurang berseni sekarang. Hahaha!

 Tetiba Rasa Nak Buat Rambut Macam Nih! Stylo Tak?

Tiba - tiba dapat call dari member sekolah rendah Wardina yang mahu datang beraya bersama seorang lag member aku yang juga dari kelas yang sama waktu sekolah rendah dulu iaitu Madihah. Wardina nih aku dah banyak kali jumpa tapi si Madihah nih aku tak pernah jumpa lagi. Seingat aku pun pernah terserempak sekali waktu tengah tunggu giliran nak amik ujian lesen kereta tapi aku tak tegur pun. Takut salah orang. Hahaha.

Bila namanya daripada sekolah rendah dan tak pernah berjumpa jadi jangka masa tak berjumpa tu memang lama. Sudah mengjangkau lebih kurang 10 tahun. Selalunya, aku akan jadi malu atau nervous sikit kalau aku dah lama tak jumpa seseorang tu tapi mungkin sebab hari nih ialah hari yang amat pelik dimana aku gembira dan aku masih mencari apa sebab aku terlalu gembira dan tiba - tiba aku sangat ramah berborak dengan mereka.

Seronok bercerita pasal zaman - zaman kecil dulu. Akhirnya, aku semakin sedar bahawa memori aku agak bagus dalam bab - bab tertentu kerana memori aku bersama mereka memang banyak yang aku ingat. Kami memang ambil kesempatan tu untuk berborak pasal kawan - kawan kelas lama kami. Memang aku sembang tadi kuat gila sampai aku tak sedar yang ada orang selain kami bertiga iaitu keluarga aku. Hahaha! Excited punya pasal sebab selain kehidupan di zaman SPM, aku juga amat menyayangi dan rindu pada kehidupan UPSR aku sebab hidup aku tenang dan gembira waktu nih. Alhamdulillah!

Lepas perjumpaan dengan rakan - rakan lama nih, aku tak sabar nak pergi rumah terbuka Wardina pada hari raya ke-3 nih. Insyaallah, kalau tak ada apa - apa hal aku akan pergi. Risau juga nak berjanji sebab sebelum nih aku ada plan dengan rakan - rakan teknik nak bergerak pergi rumah member - member kelas aku dulu. Insyaallah, kita merancang Allah menentukan. Buat masa sekarang aku tak tahu kenapa tapi aku rindu nak jumpa beberapa orang budak kelas aku waktu sekolah rendah dulu macam Nabila Taufik Hidayat, Azwan dengan Zakwan. Hahaha! 

Apa - apapun, 1st time dalam sejarah raya pertama aku berbaju Melayu daripada pagi sampai ke pukul 9.50 malam. Selalunya, pukul 5 petang dah tukar pakai t-shirt dah. Apa - apapun, hari nih aku mandi 3 kali yer. Hohoho!


P/S : Esok Kakak Aku Sekeluarga Pula Balik! Nak Melayan Anak Buah Pula! Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

6 ulasan:

  1. aku lepas solat jumaat teros tukar tshirt. tido smpai petang. ahaha.

    BalasPadam
  2. hahaha
    tgu2 la aku upload sok2..
    rini xlarat ah

    - kak luqman -

    aku malas nk log in

    BalasPadam
  3. meriah raya hans. aku dah pakai tishirt trus pkul 10lebih. selamat hari raya :)

    BalasPadam
  4. raya tahun ni mcm pelik sikit kan? aku pun sorg pun dtg umah? kwn2 pun sama....

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya ke 2 hans..wah..seronok beraya pakai baju smpai mlm..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com