Selasa, 30 November 2010

Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

Hah! Tiba - tiba aku teringat pasal beca a.k.a trishaw selepas membaca entry seorang blogger yang berkunjung ke blog aku hari nih. Aku mempunyai banyak pengalaman menaiki beca sewaktu kecil sebab waktu pergi mengaji Al-Quran dengan pergi sekolah bermula darjah 1 sampai darjah 3 aku naik beca. Yuran bulanan beca lebih murah daripada bas jadi beca lah menjadi pengangkutan aku. Hehehehe!


 Kuat Betul Pakcik Nih!


Beca untuk pergi mengaji Al-Quran dan beca untuk ke sekolah adalah berbeza. Aku lebih suka pakcik beca yang menghantar aku ke sekolah berbanding yang menjemput aku daripada habis mengaji Al-Quran. Hah! Kecil - kecil dah pandai dah nak suka ker tak kan? Hahaha! Aku suka pakcik beca yang hantar aku ke sekolah sebab dia tepati masa dan yang paling penting tak pernah lupa jemput aku ke sekolah! Lagi seronok tu sebab dia baik lah! Entah, aura dia tu aku suka!

Lain pula hal nya dengan pakcik beca yang lagi satu nih. Selalu jer lupa nak datang ambil aku lepas aku habis mengaji Al - Quran! Penat aku tunggu sampai sejam lebih tapi tak datang - datang. Akhirnya, aku nekad melintas jalan dan itulah pertama kalinya aku belajar melintas jalan sewaktu kereta di kiri dan kanan bertali arus datang tanpa henti. Bila fikir balik waktu mula - mula melintas seorang diri tu memang lawak sebab asyik kena hon dan kena marah tapi berjaya juga akhirnya melintas dengan selamat! Kalau tak memang tak wujud lah blog nih! Hahahaha!

Lepas tu nak bersabung nyawa pula lagi sekali berhadapan dengan anjing - anjing liar yang tinggi - tinggi dan garang - garang. Haih! Dengan saiz badan aku yang 'kurus' ketika tu memang agak 'laju' aku berlari jika dikejar anjing. Hehehehe! Lepas tu bila aku bagitahu mak dengan abah aku memang diorang bising - bisinglah dekat pakcik tu! Esoknya pakcik tu datang dan dengan selamba minta maaf! Dia kata dia lupa! Haih! Aku fikir - fikir mungkin sebab dia dah tua la kut sebab tu kerap lupa tapi pakcik beca yang lagi seorang tu pun tua juga. Tak pernah pula dia lupa! Musykil aku waktu tu!

Kalau sekali dua tak apa juga tapi memang berkali - kali juga dia lupa sampai akhirnya bila aku dah ada basikal sendiri dan dah tahu melintas maka aku pergi sendiri jer. Cuma yang aku pelik dengan pakcik beca tu, bila tiba bab minta duit sewa bulan - bulan tu bukan main laju dia ingat! Masuk ja awal bulan terus minta! Hahahaha! Yang pasti benda tu dia tak pernah lupa!  Kan bagus kalau dia lupa! Naik percuma lah aku! Hahaha! Apa - apapun, kedua - dua mereka telah pun meninggal dunia! Al - Fatihah!

Memang waktu kecil dulu kadang - kadang rasa segan sangat naik beca sebab orang semua naik bas! Tak pun ada mak ayah hantar! Tapi, alhamdulillah aku berpeluang naik beca setiap hari sekolah dulu - dulu dan yang seronok tu naik dengan anak - anak jiran aku juga sekali! Hahaha! Nanti aku update kisah pergi sekolah naik beca pula. Itu pun aku rasa pengalaman yang agak best juga lah! Okaylah! Lenguh jari nih kerja menaip jer. Hohohoho!

Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote dan harap - harap masih ada yang sudi vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

32 ulasan:

  1. xpenah lg nek beca, beskal bolela.

    i vote yoou hanns :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. barang sesape yg tk pernah lg naik beca..mcm dayah nie tkpe jgn risau pergi lah melaka..tapi kena ada transport lah.,. beca orang melaka nie cantek tau hello kitty, mickey mouse ,rama-rama mcm 2lagi lah..tk mahal pon..tapi yg bwk nye pakcik tua bangka lah bwk he he he

      Padam
  2. kita x pernah nek beca cane ni? haih

    BalasPadam
  3. style la ko. pegi naik beca.hehe

    BalasPadam
  4. hehe...bab duit tak penah pulak lupa ye...ekeke

    BalasPadam
  5. kena cari pengalaman naik beca nie. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lah kau pon sama mcm dayah jgk takpe kau bace lah comment aku kat dayah atas sekali

      Padam
  6. haha kurus la sgt! :P

    aku pn dh vote haha~ menang belanje aku. XD

    BalasPadam
  7. sepanjang 19tahun hidup ni,baru 2kali naik beca..haha
    syok oh..=)

    BalasPadam
  8. dayah : aku pun naik beskal..thanks dayah yunalis

    niklisa : sila cuba

    nizam : best weih...dlu2 rasa malu tapi fikir2 balik skrg memang stylo..hahaha

    mario : hah,tahu xpa..hahaha

    fasihah : cari2

    izul : sebab tu ada tanda '' dekat kurus tu..hahaha..thanks izul

    lynn : hahaha..syok kan?

    BalasPadam
  9. walaupon xsalu nek beca tp at least penah ade pengalaman nek beca..hehe..best~

    BalasPadam
  10. teringat naik beca dulu2, memang perlukan keringat yang kuat kan bagi pengayuh beca ni

    BalasPadam
  11. aku xpnh plak naik beca mcm mne rasa???

    BalasPadam
  12. walaupun kt area aku banyak org pakai beca..tpi aku x penah pon naik!!!..

    Akhirnya Aku Cashout Earning Nuffnang Yang Banyak K

    BalasPadam
  13. dyna : memang best kan?

    sharing : tu la pasal..kesian pakcik tu..dah aku 'kurus' waktu tu...hahaha

    nick : haih..orang penang xpenah naik beca nih...pi naik la

    boloque : sila naik...kang menyesal..hahaha

    BalasPadam
  14. aku ni nama je dok melaka
    pastu masuk u dok penang lak
    dua2 negeri ada je beca tapi tak penah pun naik
    haha

    biasalah, manusia kan sifatnya pelupa
    hehe

    BalasPadam
  15. tak lambat ke naik baca oops beca ?insan yg tak pernah naik beca ingn bertanya..hie9

    BalasPadam
  16. sampai sekarang tak penah lagi naik beca. kesian kan? hehe :)

    BalasPadam
  17. hii
    dulu pergi melaka Cempaka naik beca

    BalasPadam
  18. Patutnya buat-buat lupa dengan dia. Tak pun tolak 1 hari RmXX.. ahahah

    Terbaru >> 1) Stop Child Abuse 2) Pesan Untuk Adik 3) Komen Adalah SEO? Macam Mana?

    BalasPadam
  19. bestlah ada pengalaman naik baca.. aku xpernah merasa lagi.. hehe..

    BalasPadam
  20. atok echah kayuh beca gak sampai skrg..ehhehe..masih kuat dan sihat..hoho

    BalasPadam
  21. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    Salam kunjungan salam ziarah….
    Kami telah undi blog ko dahhhhh......
    Hans

    aku gi sekolah by kaki aje lengoh sendi-sendi nak sampai sekolah beb

    BalasPadam
  22. Nnti aku da kawin, ada anak, nak suh dia nek beca... (zaman da moden, ntah2, diorang da x kenal beca tu ape...hu3)

    http://decrewz.blogspot.com/2010/11/amaran-keras-lemah-semangat-tolong.html

    BalasPadam
  23. Wah beca? Tak pernah naik sebab rasa macam pakcik beca tak larat je bawak ~ kikikikiiiiii

    BalasPadam
  24. Bestnye nek beca...Kat gambo tu cam terlebih muatan je..Tp msti tak kena saman kan :)

    BalasPadam
  25. Baru je naik beca last Sat...
    hihihi...
    hans, ape FB Hans?
    add Vee, Juliana Violet (Vee Violet).
    :)

    BalasPadam
  26. sronoknye naek beca...dulu g skola nek bas je

    BalasPadam
  27. beca!
    pernah naek sekali
    d melaka hehe

    duit
    mesti lah
    laju je kan..
    XD

    Layans~
    3 MOVIES

    BalasPadam
  28. Memang ade style lah!! ;D

    *Tak pernah rasa naik beca betul ;D

    BalasPadam
  29. tak penah naik beca. tak penah seumur hidup naik beca.. sian kan~

    BalasPadam
  30. wah!!!pengalaman yg best! 1st time dgr cerita org g sekolah nek beca..sy tak penah merasa naik beca pun..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com