Isnin, 20 Disember 2010

Hikayat Merong Mahawangsa Nih Main - Main Lah Dengan Aku! Kenapa Aku Tak Jemu Menonton Filem P.Ramlee?


Tadi baca Kosmo lepas tu tiba - tiba terpandang info terbaru berkenaan filem yang dinanti - nanti selama ini iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang sebelum nih dikatakan akan ditayang 28 Disember nih tak silap aku tetapi diubah pula kepada bulan Mac 2011. Adoiyai! Sia - sia simpan duit tunggu nak tengok filem nih hari tu. Nampaknya bolehlah esok aku terjah wayang menonton filem Hantu Mak Limah Balik Rumah kalau sempat. Hehehehe!



Bertambah kecewa pula aku tu sebab aku terlupa yang RAM datang ke City Plaza minggu lepas dalam rangka promosi novel terbaru Rayyan Fantasi beliau. Macam manalah aku boleh lupa nih! Aku ingat pun sebab terbaca entry blogger yang pergi sana. Siap bergambar lagi dengan si RAM tu. RAM tu ialah Ramlee Awang Murshid. Arghhh! Aku dengkiiii! Hahahaha! Haih! Tak ada rezekilah nampak gayanya!



Pasal kisah Danella pada entry lepas tu korang jangan risaulah. Segala butir - butir peribadi, nama, gambar dan sebagainya tak ada pun di dalam entry yang lepas. Dalam gambar kelas tu pun tak ada muka dia. Aku pun tahu lah pasal privacy tambah - tambah kisah macam tu kan. Apa - apapun, doakan dia kembali seperti sediakala dan moga dia bahagia. Amin!



Okaylah! Berbalik kepada tajuk asal iaitu Kenapa Aku Tak Jemu Menonton Filem P.Ramlee. Rasa - rasa korang kenapa yer? Aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi aku tak pernah jemu tambah - tambah kalau filem P.Ramlee tu filem yang bergenre komedi. Padahal dari aku kecil lagi aku dah menonton berulang kali pada setiap hari.



Waktu dulu mana ada lagi VCD dan DVD nih. Yang ada tu cuma tape yang besar gedabak tu. Hohohoho! Yang bestnya dulu - dulu pun ada dijual tape kosong dan korang boleh rakam direct daripada televisyen sendiri benda apa yang korang nak rakam tu. Jadi, filem - filem  P.Ramlee nih boleh kata semuanya dirakam dan setiap pagi aku akan menonton filem - filem dia seperti Pendekar Bujang Lapok, Doremi, Laksamana Doremi, Masam - Masam Manis, 3 Abdul, 6 Jahanam, Anak Bapak dan banyak lagilah.



Bayangkan setiap pagi aku melangut depan televisyen dan tengok filem - filem nih. Walaupun aku dah tahu apa adegan yang bakal terjadi dan aku dah tahu apa dialog yang bakal diungkapkan tetapi aku masih juga menonton dengan penuh minat dan sentiasa ketawa kepada adegan - adegan yang lucu. Tetapi, kalau aku tengok filem - filem yang baru nih pula tak pula macam tu. Paling tidak pun filem baru seperti contohnya Lagi - Lagi Senario yang boleh buat aku gelak selama 7 kali aku tengok lepas tu dah tak berapa nak gelak sangat lah.



Adakah sebab dialog - dialog di dalam filem P.Ramlee itu kebanyakkannya dilontarkan secara spontan yang buat kita tidak kering gusi atau pun jalan cerita filemnya menarik? Apa pandangan korang? Kongsikan disini bersama aku yer. Dan malam nih di TV2 bakal ditayangkan filem Nasib Doremi. Aku suka tengok Mahmud June yang memegang watak sebagai Pak Maon menari dalam filem nih. Kelakar beb! Hahahaha! Okaylah! Berjumpa lagi di entry akan datang. Nak makan cekodok kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Kepada blogger - blogger, kalau nak menang iPad jom join contest dekat bawah nih



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

26 ulasan:

  1. filem p ramlee rock !!!
    yeh..

    BalasPadam
  2. Aku dah beli RAYYAN FANTASI :) dan member aku ada berlakon dalam Hikayat MerongMahawangsa ni.

    BalasPadam
  3. mungkin sebab apa yg dipaparkan tu perkara sebati dlm idup kita kot..

    BalasPadam
  4. tengoklah hangtuah kedah kat utube..mesti xjemu nengok p ramle..bhahahaa

    BalasPadam
  5. ok..dulu ade beli tape kosng rakam cter ultromen haha..sebab cara pnyampaian dy kot..ikhlas tp jauh..setiap yg bermula dari hati akn smpai dekat dgn hati..tuh sbb kte x bosan tgk..:)

    BalasPadam
  6. p ramlee is for eternity..

    BalasPadam
  7. i learn a few tricks about photoshop.. if ur interested, visit here.. http://innit.nuffnang.com/view/757482/amazing-photoshop-cs3

    BalasPadam
  8. tak ada mood nak tgk movie skang..hoho

    BalasPadam
  9. ak tak suke cite p. ramlee..
    ak suke RAM..
    aku tak suke cite Hantu Kak lImah tue!
    sgt2 bodoh!!!!
    aku suke hikayat merong mahawangsa..
    sekian!

    BalasPadam
  10. aku ada buat review psl Rayyan Fantasi kt blog aku..senang2 baca la..yang merong mahawangsa tu mcm best jer ak tgk trailer dia.. xsabo nih..hahaha

    BalasPadam
  11. filem allahyarham P. Ramlee tak jemu diulang-tayang, dia menegur org tua-muda secara berhemah.

    BalasPadam
  12. saya suka citer...p ramlee...eheheh

    BalasPadam
  13. memang xpernah jemu...dialog2 filem2 arwah slalu diulang2 oleh kami sekeluarga...macm "cooobaannnn"....hahaa

    BalasPadam
  14. nk tgk merong mahawangsa tu.. mcm best... p.Ramlee mmg ske tgk tp skang kurang dah..

    BalasPadam
  15. filem2 hits p.ramlee...terbaekk..sis rase afdlin shauki antara artis yg boleh ganti p.ramlee...any komen?

    BalasPadam
  16. ehhhhhhh kenapa ditundaaaa...laaa..

    buku RAM tu tengah tunggu giliran.. sbb kakak kita yg beli,jadi dia baca dulu..haiyooo..

    BalasPadam
  17. RAM ada buku baru? Ok! Nanti cari.

    Pasal P. Ramlee. Aku rasa filem dia buat secara spontan. Kira hidup dan tidak terikat dengan skrip sangat. Jadi,menarik.

    Macam kita lah. Disuruh paksa makan. Mana lebih afdal. Makan dengan rela atau makan dengan paksa?

    Mesti rela. Aik,kenapa aku berbicara pasal makan?

    Ntah la labu. Janji P Ramlee rock. Bukan P. Ramlee ni rock..tapi Rock n kukis..

    Hehe..

    BalasPadam
  18. cobaan, ini bukan cobaan ini betul2 :D best

    BalasPadam
  19. pak maun yang tak bole blah!haha!super duper lawak dowh,adoiii ;)

    BalasPadam
  20. Aku dengki gak weih yg pasal RAM tu! Dah la dia mmg best gila punye gila sampai aku x tau nk ckp cmne.

    BalasPadam
  21. Agaknye sebab filem2 P.Ramlee tu kebanyakkannye dia buat 'dari hati' kot..Tu yang kita tak jemu2 nak nengok...Kot la...

    Bukan nak kata pengarah skrg ni tak ikhlas tapi kebykkannye, sibuk nak buat profit jeeee..kan,kan,kan...betul tak Hans? Hehehe

    BalasPadam
  22. aah eh.. knp aku ta penah jemu tgk cite p. ramle eh?? adeii~ baru perasan.. mcm bes je novel RAM tu~ nanti aku na cari larh~~

    MPH, i'm coming~~~!!

    P/S : 9 jam di Hospital~

    BalasPadam
  23. hikayat merong tu aku dari awal bulan aku dgr pasal filem ni mmg teruja habis!! tp kenapa sampai skrg x siar2 lagi! aduh..

    BalasPadam
  24. sejauh mana kebenaran pendapatan nuffnang.....
    just tnya... klik utk menabung....

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com