Jumaat, 7 Januari 2011

Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

Setiap detik hidup ini pasti kita terpaksa atau dipaksa untuk mengalami atau membiarkan diri kita dihinggapi oleh masalah - masalah ciptaan insan lain sama ada yang dekat dengan kita atau pun melalui masalah yang ditimbulkan oleh orang luar untuk kita selesaikan mengikut akal, kata hati atau pun nafsu diri sendiri.

Sememangnya setiap orang mempunyai persepsi atau pandangan yang sangat berbeza antara satu sama lain. Warna hitam tidak semestinya merupakan warna yang suram bagi semua orang. Begitu juga dengan warna merah yang bukan semua orang lihat sebagai bentuk ancaman dan begitu juga dengan kategori warna yang lain.




Kadang - kadang kita terlalu takut untuk memberitahu sesuatu kebenaran sedangkan kebenaran itu semestinya akan diketahui juga dikemudian hari cuma waktunya sahaja yang berbeza sama ada terlalu lambat atau cepat sahaja. Memang ada sesetengah perkara yang kita perlu sembunyikan tetapi ada juga perkara yang sebenarnya kita perlu memberanikan diri kita sendiri untuk bersuara supaya diakhir nanti kita tidaklah menyusahkan orang - orang sekeliling sedangkan kita pula bergembira menjalani hari - hari yang mendatang.

Tak dinafikan semua orang mempunyai sifat pentingkan diri ini jadi tidak perlulah bersusah payah untuk menafikannya kerana masing - masing akan memahami tindakan kita itu. Apa - apapun, masing - masing sudah dewasa bukan? Sudah tahu fikir baik buruk. Sudah tahu fikir untung rugi. Sudah tahu curi peluang sana sini. Sudah tahu ambil kesempatan di situ dan di sana. Jadi, tak ada apa yang perlu disembunyikan. Berterus - teranglah secepat mungkin supaya masing - masing tidak rugi dan ia secara tidak langsung menguntungkan kedua - dua pihak. Bukankah begitu lebih baik? 


 
 P/S : Banyak Betul Habuk Dekat Shah Alam Nih! Penat Korek Hidung! Hahaha!

34 ulasan:

  1. selagi insan tu bernyawa,selagi itula mcm2 isu akan kuar...rencah kehidupan...warnakan hidup yg mcm2 warna nih..

    BalasPadam
  2. itulah manusia bro
    kepelbagaian karakter dan ragam
    variasi kehidupan
    apapun, teruskanlah hidup dgn org2 yg disenangi

    BalasPadam
  3. ya ampunnn.. gambar yg last tu.. terkejut den..

    BalasPadam
  4. manusia mmg byk ragamnya. biar baik ataupun buruk..

    BalasPadam
  5. terberenti bernafas kejap tgok gmba last tu. :P

    BalasPadam
  6. saket mata+hidung.. memang penderitaan khdupn... -_-"

    BalasPadam
  7. haha.. x dpt imegin if hans k0rek idung cam gtu..

    BalasPadam
  8. idup xde isu rase buhsan plak kan...

    erm tang mane yg kate iklan jadi besau tu?yg sidebar kiri ni atau bawah posting? dah taruk width dan height nye?

    BalasPadam
  9. biase la manusia kan...macam karenah dah ragam yang berjuta-juta macam peel..

    BalasPadam
  10. ramai org pentingkan diri kan....

    BalasPadam
  11. jom main sembunyi2 hans..hehe

    BalasPadam
  12. camtula manusia kalo dah xingat dosa pahala...

    BalasPadam
  13. pakailah penutup mulut & hidung, takdalah kene habuk.

    BalasPadam
  14. x bole tahan la gambar last tuh...lawak pun yer,ganas pun yer...hehe

    BalasPadam
  15. he laughs at my dreams,
    but i dream of his laughter.

    aku suka ayat tu. haha.
    mcm ko la, selalu gelakkn aku.
    :DD

    BalasPadam
  16. ko buat entry ni tuju kat sapa? berterus terang?? apa berlaku ni? hmm...


    eh! ko kena tag!! hehe

    BalasPadam
  17. Berterus terang adalah jalan yang terbaek....


    Pencuri kabel di belasah

    BalasPadam
  18. selagi bernyawa..selagi tu lah isu xlapuk dek hujan,,ngee

    BalasPadam
  19. biasa la dh nama pun hidup..hidup tak susah, cuma kdg2 kta je sama ada sngaja atau tak wt hidup jd susah

    BalasPadam
  20. Ko kena hati2 maksudnya tu.. Byk orang byk lah ragamnya...

    BalasPadam
  21. Nama Pun Manusia bro.. sabar je le.. hehe

    BalasPadam
  22. kita hanya manusia biasa...ttp trkdg kita perlu brterus terang w.pn ianya amat menyakitkn..

    psstt!!!!brapa kilo dpt hasil melombong lubang idung tu...hi....

    BalasPadam
  23. kadang2 pentingkan diri nih baguih jugak.tp bergantung pada tempat dan situasi la...klu sentiasa nak pentingkan diri pun susah la jugak...

    hee

    BalasPadam
  24. nak berterus terang pun kna fikir gak apa penerimaan org nanti.. mcm nak luah perasaan..tkut org reject plak..hehe

    BalasPadam
  25. berani kerana benar, takut kerana salah. tapi sememangnya terus teran tu adalah jalan terbaik...Nice entry

    p/s :aku sendiri kadang takut nak gtau yang benda tu salah aku..ish!

    BalasPadam
  26. hahaha.. <--- gelak sbb tgh pk cara ko korek hiding!!!
    setuju...nama pon kehidupan,so macam2 lah perkara yg kita kena lalui...kena berfikiran positif la...
    sakit sebab mendisplin kan diri..huhu

    BalasPadam
  27. begitulah namanya kehidupan.. :)

    BalasPadam
  28. pergh...suka entri ni! "he laughs at my dream, but i dream of his laughter" suke!!!

    BalasPadam
  29. cakap biar jelas, sembang jangan deras :P nice post :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com