Bersama Hans Di Restoran Sany Char Kuew Teow Tasik Titiwangsa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Hans Punya Blog. Yeahhhhhhhhhh! Nampaknya pada hari ini saya telah pun menerjah sebuah lagi kedai makan untuk dijadikan sebagai salah satu pilihan kepada anda yang sudah pening kepala kerana asyik memikirkan tempat manakah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk anda menikmati makanan bersama keluarga mahu pun insan yang tercinta.


Jadi, pada episod ke-5 ini, anda sekali lagi akan bersama saya, Hans dalam rancangan Jalan - Jalan Mari Mengketedarah(JJMM). Kali ini saya akan membawa anda semua ke Restoran Sany Char Kuew Teow Tasik Titiwangsa untuk menikmati menu istimewa kita pada hari ini iaitu Char Kuew Teow Special dan Potato Spring.


 Char Kuew Teow Biasa = RM4.00
Char Kuew Teow Special = RM5.50


 1 Set(2 Potato Spring) = RM5


Restoran Sany Char Kuew Teow ini terletak di Tasik Titiwangsa iaitu di Belakang Istana Budaya, Kuala Lumpur dan saya hanya berpeluang untuk merasai 2 menu di atas bersama seorang 'artis' jemputan saya iaitu Fizi yang merupakan rakan kelas merangkap budak rumah saya. Suasana di restoran ini meriah kerana ia berkonsepkan keluarga dan selain daripada 2 menu di atas, anda juga berpeluang untuk merasai pelbagai lagi menu lain seperti satay, burger oblong dan pelbagai jenis nasi, tomyam dan sebagainya.

Pada pandangan peribadi Hans sendiri, kedua - dua menu ini boleh lah tahan sedapnya dan harganya pun agak berpatutan. Jadi, apa yang anda semua tunggu lagi? Cepat - cepat lah terjah dan rasai sendiri kesedapan menu - menu di atas yer. Baiklah! Sampai disini sahaja rancangan JJMM kita pada episod kali ini. Moga berjumpa lagi di lain waktu bersama saya Hans, pengacara alam maya anda. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!

P/S : Bila TV3 Nak Offer Jadi Pengacara JJCM Di TV3 Nih?? Hahahaha!

25 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. iszieylyanziy : boleh lah tahan tapi tak boleh lawan dekat Penang & Kedah lah sebab situ asal makanan tu...hohohoh

    ردحذف
  2. kau kalau bab makan no 1 kn?


    apa beza char kuew teow biasa ngan special?

    ردحذف
  3. zikery : yg biasa sikit...yang special lebih sikit n ada telur dan udang lebih...hohoho

    ردحذف
  4. CKT aku 3.50! hehe.. adeh. lapar! kau sile lah jadi JJCM kat blog! keh3! tapi len kali, next episod, bawak laa akuuuuuuu

    ردحذف
  5. potato spring tu apehal mahal? ke mmg cmtu hargenya.

    ردحذف
  6. damn it. napa la singgah sini waktu malam. kan dah lapar. huhuhu.

    ردحذف
  7. damn it. napa la singgah sini waktu malam. kan dah lapar. huhuhu.

    ردحذف
  8. puteri ain : hahaha..gi makan

    mra : aku pun orang yg bawa...hahaha

    asybedazzle : entah..aku rasa mmg cenggitu lah harga dia

    bro shuk : hahahaha...tahan2...esok pagi bangun awal2 gi makan roti canai

    ردحذف
  9. potato spring byk tu rm5???
    bapak murah..
    kalu kat kemaman maunya 6-7 hengget..
    mentang2 ler bandar oil n gas..
    serba serbi mahal..
    T_______T

    ردحذف
  10. walaweh...terangkat tu bla tgk...sodapnya...blakang IB yek. blik kl buln 4 ni nak gi try lah..huhu

    ردحذف
  11. makan kt restoren nelayan lagi best..heheheheh =))

    ردحذف
  12. sebut nama je dah terasa sedap.. kedai tu buka pukul brape?

    ردحذف
  13. weee~~ sany char koey teow.. terbaik.. sedap sangat..

    ردحذف
  14. auntie dah gi dah..tapi lupa ambik gambar..ambik gambar tulisan tu yer

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم