Tuah Ayam Nampak Di Kaki. Tuah Manusia? Boleh Makan Ayam!

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca Hans Punya Blog. Walaweh! Nak dekat dua hari gua tak update apa - apa entry. Sibuk punya pasal sampai tak bersentuh blog gua nih. Tapi tak ada hal lah kan! Semalam gua tak ada mood sangat sampai member gua pun tanya,"Kau nih pehal pelik jer hari nih? Asyik diam jer. Kalau tak selalu kau bising jer! Risau pula aku tengok" Baru gua sedar rupanya selama nih gua banyak mulut. Kalau tidak mesti member gua tak kisah pun kalau gua diam jer macam semalam. Hahahahaha!


Semalam cadangnya nak pergi Finas yang bersebelahan dengan Zoo Negara. Waktu tu gua dengan member - member gua sebab lapar sangat jadi berhentilah makan dekat KFC. Tengah - tengah makan tiba - tiba orang Finas tu kata datang Khamis nih. Jadi, maksudnya disini gua pergi jauh - jauh semata - mata nak makan KFC? Gelak - gelak member gua semalam.


Malam tu pula gua dengan member gua buat assignment untuk report dan presentation pagi tadi. Minggu lepas gua dah prepare bagai nak rak tapi alih - alih sempat present sikit jer. Jadi, malam tadi gua baca ala kadar jer. Faham serba sikit lepas tu gua study mandarin. Memang nyenyak gua tidur semalam sebab hujan. Faham - fahamlah kan bila hujan udara jadi sejuk. Layan jer tidur! Pagi tadi gua pergi kelas lewat sikit. Lepas tu pergi pick up member gua naik motosikal gua yang hebat tu. Hohohoho!


Masa presentation tadi gua cuak gila sebab group sebelum group gua tu asyik kena tegur jer dengan pensyarah gua tapi bila sampai group gua alhamdulillah tak ada pula dia tegur apa - apa yang menunjukkan dia marah atau membuatkan gua dan rakan - rakan stress ker. Fuh! Lega! Memang gua happy lah tadi dan sebab gua happy gua bantai makan ulam dekat Redone tadi. Layan!


Lepas tu dekat belakang Fakulti gua ada pihak Libresse buat promosi dekat sana. Gua selamba jer pergi masuk situ sebab gua saja follow seorang member perempuan gua. Hahahaha! Memang hati gua kering jer tadi! Gua peduli apa! Bukan gua nak minta pun benda tu! Gua cuma teman member gua jer! Hohoho! Lepas tu pergi study sekejap mandarin untuk reading test tadi. Alhamdulillah buat pertama kali gua boleh jawab semua soalan dengan betul. Memang gua happy gila lah hari nih! Alhamdulilah!


Nampaknya hari ini hari bertuah gua barangkali. Jadi, gua nak rehat - rehat lah kejap! Enjoy main game ker tengok movie ker apa! Terima kasih kepada rakan - rakan yang mendoakan kejayaan gua pada hari ini. Syukran Jazilan! Xiexie!

P/S : Benda Yang Susah Nak Dapat Pasti Kita Akan Hargai!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. fuh. hebat!
    teruskan usaha.
    lipat gandakan.

    =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. tahniah hans.. moga terus sukses.. :)

    BalasPadam
  3. hahaha librese...hehee...ak sokong...wat pe nak malu..kan3...

    BalasPadam
  4. tahniah atas kejayaan presentation tu & sbb berjaya mengkeringkan hati utk turut sama kat promosi libresse tu :))

    BalasPadam
  5. kita pun akan happy bila semua yang kita rancang berjalan dengan lancar. :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..semoga grad dgn best result

    BalasPadam
  7. wah~

    syukur2x..

    Benda Yang Susah Nak Dapat Pasti Kita Akan Hargai! [suka ayat ni-sya setuju!]

    BalasPadam
  8. moga hari-hari mendatang akan terus langkah kanan.. :)..

    BalasPadam
  9. tahniah noh psal presentation tu.. pensyarah tu suke kot kat hang~ hehe

    susa dok na blaja mandrin?? atok angkat aku org cina. dye suh blaja mandrin. siap beli buku lagi tuk aku.. ponink pale den ni ha~

    BalasPadam
  10. hakhak :)) sinar bahagia terpancar kat wjh budak itu. muehehe :D
    owh. lame x mkn kfc. hee ^^

    BalasPadam
  11. gud job..kan boleh buat tuee...

    ehh..keputusan contest hans tue dah tau pemenang ker?? alahaii...sudah ketinggalan zaman ke ape..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama