Khamis, 14 April 2011

Manusia Dan Kesusahan



Susah betul berhadapan dengan manusia,
Jika diam dikatanya manusia itu berlagak,
Jika bercakap dikatanya manusia itu menunjuk - nunjuk,
Jika berkelakuan seperti biasa dikatanya manusia itu sombong,
Susah bukan?

Susah betul berhadapan dengan manusia,
Bila ditanya dikatanya kita cuba membangga diri,
Bila disoal dikatanya kita cuba meninggi diri,
Bila diberitahu dikatanya kita lupa diri,
Susah bukan?

Susah betul berhadapan dengan manusia,
Jika dikata bukan - bukan maka melentinglah hati,
Jika disoal soalan pelik dikatanya mereka dicaci,
Jika dijawab jujur dikatanya kita ini tak sedar diri,
Susah bukan?

Manusia,
Ada yang ikhlas dan ada yang iri hati,
Ada yang menyokong dan ada yang menjatuhkan,
Cuma bagaimana untuk mengenali manusia yang betul - betul manusia?
Susah bukan?


P/S : Manusia Memang Sukar Untuk Ditafsir!

6 ulasan:

  1. kerana manusia itu hati lain-lain ^.^

    BalasPadam
  2. betul lah tu -____-" manusia dan manusia.. tak tahu mane satu nak panggil si manusia .

    BalasPadam
  3. kerana manusia itu sukar untuk dimengerti..

    BalasPadam
  4. manusia manusia... lupa tentang dia tu hamba Allah je di dunia ni.. bila bila masa je Allah tarik dia.. lupa lah tu lupa.. hmm

    BalasPadam
  5. begitulah manusia..lumrah kehidupan..


    hansssssss!!aku dah dapt makan durian!!
    jangan salahkan ibu mengandung

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com