Ahad, 1 Mei 2011

Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 5



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Jihan


Ulasan Hans:

Pada episod ke-5, tema yang diberikan adalah bebas dan kebanyakkan peserta mengambil jalan selamat dengan memperkembangkan atau menyambung kisah cerita lawak mereka pada minggu - minggu sebelum ini dan dipersembahkan kepada penonton pada episod kali ini. Persembahan pada minggu ini bagi aku agak mendatar seperti mana pada minggu lepas namun masih ada yang boleh dibanggakan. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-5 ini.


Man



Persembahan Man pada minggu ini bagi aku sedikit lucu tetapi tiada kesegaran pada idea - idea yang dipersembahkan beliau. Mengambil karakter seorang pawang dan mempertaruhkan lawak - lawak seperti 'Fasha nak sandha' yang asalnya dipopularkan oleh Zizan dan mengambil jalan selamat dengan menggunakan karakter yang menjadi identiti lawak Man iaitu Datuk Fadzilah Kamsah dan Eric Leong sebenarnya sedikit membosankan kerana lebih kurang sama sahaja. Tahap lawaknya juga kadang - kadang meninggi dan kadang - kadang menghilang terus. Senang cakap lawa yang dipersembahkan Man pada minggu ini kurang panas dan kurang menarik namun masih ada unsur - unsur humor disitu. Moga minggu depan Man mempersembahkan lawak yang lebih asli dan menarik.


Nabil


Persembahan Nabil pada minggu ini menarik perhatian aku. Menjadikan Detektif Conan dan Makcik Cleaner sebagai objek yang menimbulkan suasana lucu pada penonton memang adalah pilihan yang tepat. Suara Nabil memang sama seperti siri detektif Conan yang dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu dan itu memang membuatkan aku tidak kering gusi menonton persembahan Nabil. Cuma bagi aku watak Makcik Cleaner itu sepatutnya dikuatkan lagi kerana ia seolah - olah seperti tidak menyokong watak Detektif walaupun memang aku akui sedikit sebanyak unsur humor yang dipersembahkan melalui watak Makcik Cleaner yang bercakap loghat Negeri Sembilan itu memang membantu persembahan Nabil pada minggu ini. Apa - apapun, aku gembira menonton persembahan Nabil pada minggu ini. Tahniah Nabil!


Kumpulan Balas


Persembahan kumpulan Balas pada minggu ini amat menarik pada pandangan aku. Mempertaruhkan semula karakter Makcik Karipap yang kini beralih arah dengan menjadi penunggu di Lebuhraya Karak memang melucukan. Walaupun ada beberapa lawak mereka yang aku pernah dengar seperti kisah gadis yang terjun dari tingkat 80 dan disambut oleh 3 orang lelaki itu tetapi bagi aku lawak mereka minggu ini memang kreatif. Seperti biasa, kumpulan Balas memang terkenal dengan lawak 'Double Meaning' mereka cuma pada minggu ini lawak tersebut boleh diterima kerana ia tidak terlebih dan terkurang. Apa - apapun, lawak mereka minggu ini memang seronok untuk ditonton dan aku terhibur dengan lawak kumpulan ini. Tahniah kumpulan Balas.


Kumpulan Jambu


Persembahan Jambu pada minggu ini pula pada permulaanya menarik namun rentak lucunya tu sedikit menurun pada pengakhiran persembahan mereka. Namun, apa yang aku suka tentang kumpulan ini ialah lawak mereka pada setiap minggu memang lain dan semestinya unik serta menghiburkan. Cuma ada minggu ini lawak mereka seperti kurang panas sedikit. Maksud aku disini, apabila aku ketawa menonton dan tiba - tiba adegan selepas itu akan membuatkan ketawa aku terhenti secara tiba - tiba atau lebih tepat lagi aku tidak sempat untuk menikmati lawak mereka terlalu lama kerana akan ada lawak baru cuma malangnya disitu ialah lawak baru itu kurang menyengat berbanding lawak sebelum ini yang membuatkan aku senyum. Apa - apapun, persembahan kumpulan Jambu minggu ini masih hebat cuma aku mengharapkan persembahan yang lebih mantap pada minggu depan. Tahniah kumpualan Jambu.


Jihan


Persembahan Jihan pula minggu ini kurang menyengat walaupun idea yang dipersembahkan itu menarik. Mungkin sukar barangkali untuk seorang wanita berlawak secara spontan di hadapan penonton seperti mana yang Jihan sendiri akui sewaktu ucapan terakhir beliau selepas tersingkir pada minggu ini atau mungkin juga penerimaan rakyat Malaysia terhadap pelawak wanita adalah terhad. Apa - apapun, Jihan tetap seorang pelawak wanita yang hebat bagi aku. Aku kagum kerana beliau tidak menangis walaupun tersingkir. Tahniah Jihan. Moga rezeki anda di dalam bidang lakonan semakin mencurah - curah selepas ini!


Kumpulan Sepah


Persembahan Sepah pada minggu ini adalah sambungan pada persembahan terdahulu iaitu selepas kes merompak dimana Damak mengajak Shuib pergi ke klinik Gigi untuk membetulkan gigi beliau. Aku suka dengan karakter Shuib yang menjadikan Dafi sebagai salah satu unsor humor dalam lawaknya. Aku juga suka dengan riak wajah Damak yang mampu membangkitkan rasa komedi di dalam persembahan beliau. Memang melucukan dan karakter Damak dan Mamat juga memang membantu menjadikan situasi tersebut lebih lucu. Aku tak mahu komen banyak - banyak tapi apa aku boleh cakap mereka bertiga memang lucu dan plot cerita mereka tersusun kemas dan menarik. Tahniah Sepah! Aku sangat terhibur dengan persembahan kalian.


Amir


Persembahan Amir minggu ini kembali kepada minggu - minggu sebelumnya. Secara jujur persembahan Amir pada minggu lepas agak menarik dan ada mesej tetapi beliau tidak berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten sebegitu pada minggu ini. Lawak Amir kadang - kadang sedikit melampau dan tidak kena dengan apa yang cuba disampaikannya walaupun diakui Amir semakin berani keluar daripada zon selesa sebelum ini. Amir! Tolonglah lakukan sesuatu! Persembahkan lawak yang betul - betul menarik atau ada isi. Aku bukannya disini untuk mengutuk Amir kerana bukan semua orang mampu berlawak cuma aku letih untuk melihat anda dikutuk oleh penonton lain. Silalah persembahkan lawak seperti mana pada minggu keempat. Itu adalah lebih baik dan menarik berbanding minggu ini. Apa yang aku perasan lawak pada minggu ke-5 ini ada mesej tetapi mesej itu dimusnahkan sendiri oleh Amir. Mungkin Amir terlalu selesa gara - gara pujian melambung yang diberikan oleh juri kepada beliau pada minggu lepas. Mungkin!


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini juga menarik. Seronok melihat karakter Zizan sebagai Mail Lambung iaitu seorang penarik kereta yang ganas dan kemudian terus menjadi sebaik - baik manusia apabila menyedari bahawa Johan adalah bakal abang ipar beliau. Komedi mereka minggu ini memang menarik cuma mesej mereka tidak sekuat persembahan mereka pada minggu - minggu sebelum ini iaitu minggu ke-4 dan ke-3. Apa - apapun, aku terhibur dengan persembahan mereka dan tahniah sekali lagi dari aku untuk Kumpulan Jozan. Menantikan persembahan lebih menarik dari kalian pada minggu hadapan.



Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Kelima :

  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Balas
  4. Nabil
  5. Jambu
  6. Man
  7. Jihan
  8. Amir

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

19 ulasan:

  1. haa... tgk kan da terhasut nk tgk maharaja lawak lg.. padahal da mls nk tgk.. ^^

    BalasPadam
  2. wah..[endapat yang bagus....kali ni bace tak lepas satu ayat pun..hehe..terbaik ekau

    BalasPadam
  3. hgihhihi...aku sokong ko..ahakz

    BalasPadam
  4. rajinnya buat analisis. sib baik dah tengok tadi di utube. kalo tak,mesti tak dapat gambaran bila baca analisis ni..

    ^_^

    BalasPadam
  5. suka tgk sepah & jozan..yg lain pun okey jgk tp kureng cket je..jihan pun lawak jgk cuma dia krg undian saja..btw, jihan ada keunikan tersendiri :)

    BalasPadam
  6. amir mmg xde bakat nk buat lawak.. sampai bila2 pun takkan kelakar.. kalo genetik bukan dr golongan ber-IQ tinggi, maka sukar untuk seseorang itu menghasilkan lawak spontan..

    lgpun amir tak pandai berlakon.. aku rse undian dia byk dpt dari org2 negeri dia.. aku rse la..

    BalasPadam
  7. Ishiko : hahaha...mudah sangat terpengaruh nih

    C-Tea : terima kasih

    Iwan : sokong untuk?

    Nur Si Cikgu Ribena : owh..kalau baca sebelum tengok tak dapat gambaran ker?

    Sutera Kasih : sebab stigma rakyat Malaysia kurang pada pelawak wanita...

    MeuzAngelo : hahaha...mungkin barangkali

    Missamy : yups...Sepah terbaik!

    Mra : ko patut tengok peserta lain selain Jozan

    BalasPadam
  8. lawak jozan sungguh paradox sekali..

    BalasPadam
  9. fikir folo saja kerana sudah beberapa kali datang dan komen, tak mau sombong2, hehe. ada saja fb, kenapa ya?

    BalasPadam
  10. Layan Maharaja Lawak dari blog jer..

    Kantoi . Part 2.

    BalasPadam
  11. mmg suke sepah, jozan, jambu, nabil! gila kelakar diorg! jambu mmg pink habis tiap2 minggu! nabil respect habis r leh wat sure dtctive conan!

    BalasPadam
  12. cemana man dengan amir buleh kekal lagi? sungguh tak leh paksa nak gelak dengar diorang punya performance T_T

    BalasPadam
  13. suke jambu sgt3x...act,bnyk yg syiera minat n tggu2 persembahan dorg...arghhh..cmne ni..terasa bias lak diri ini..hikhik..yg pntg,x sokong amir..bluek..

    BalasPadam
  14. Peserta pilihan akak pulak adalah :

    Nabil
    Jambu
    Sepah

    Jozan, aka tak berapa nak minat sebab zizan tu cam poyo sangat ... Cam budget bagusss jeee .. hehehe

    BalasPadam
  15. ahha tenkiu 4 d review :) aritu xsempat tgk. nk tgk ulangan or utube pon xsempat sb byk kenduri lately hee... tp siyesly, rasenye amir tu bukan dlm golongan "pelawak" kot. beliau boleh berlawak, tp bukan pelawak. beza tu. pd pndpt sy lah. tp anyway rezeki masing2 kita xtahu. let us keep on supporting our malaysian talents ^-^

    BalasPadam
  16. haha dah macam juri pulak kan, patut duduk sebelah kerusi mamat khalid la awk pasneh, haha btw jozan bestt!!

    BalasPadam
  17. my top list minngu ke 5 ni:
    jozan
    nabil
    sepah

    napelah amir x kuar2 yer...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com