Kutipan Filem Kongsi RM7 Juta?

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walaweh! Semalam kecoh berkenaan kutipan tiket wayang hari pertama untuk filem Nur Kasih The Movie yang dikatakan paling tinggi berbanding filem Kongsi. Jika kutipan hari pertama untuk filem Kongsi adalah RM1.1 juta bagaimana lah pulanya dengan jumlah kutipan untuk filem Nur Kasih The Movie yer? Tak sabar nak tahu.

Apa - apapun, apabila aku terbaca di surat khabar dan sahih bahawasanya filem Kongsi telah pun mencatat kutipan sebanyak RM6.21 juta iaitu jumlah untuk seminggu filem ini ditayangkan di panggung wayang. Ada juga yang berkata kutipan filem itu kini sudah mencapai lebih daripada RM7 juta. Wow! Apa lagi David Teo? Kalau sekarang tak ada pengawal peribadi rasa - rasanya dah boleh upah dah untuk keselamatan diri. Perompak - perompak di luar sana pun dah tahu dah saudara David Teo sekarang semakin hari semakin kaya. Hahahaha!




Apa - apapun, sambutan penonton pada filem - filem tempatan semakin bagus. Dan mungkin pada minggu depan satu lagi filem tempatan keluaran KRU iaitu Karak yang bergenre seram pula akan mendapat tempias daripada filem Kongsi dan Nur Kasih The Movie yang mendapat sokongan dan sambutan hangat daripada penonton - penonton di Malaysia. Sama - sama nantikan! 



P/S : Seronoknya Siapa - Siapa Yang Berpeluang Pergi Press Screening Untuk Filem KL Gangster

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku tertunggu2 filem kl gangster ni..mintak2 xmcm kongsi

    BalasPadam
  2. faiz : aku tgok trailer macam menarik la aksi dia...hopefully jalan cerita dia bagus

    piah becok : ada kata best ada kata tak..gi la baca review saya pasal filem tu kalau kamu rajin :-)

    BalasPadam
  3. Bagus.
    Kalo filem keluaran David Teo jarang yang tak bawak balik untung.
    Tapi, ermm, saya agak terkilan la dengan kutipan filem Merong Mahawangsa yang pada saya, sepatutnya lebih daripada RM7 juta.
    Sayang sekali.
    Produksi dia pun memang cukup hebat.

    BalasPadam
  4. landax : hahaha...tgok zizan jadi gangster cam ner...al2 mail lambung ke...hahaha

    Judiene : yups...penonton Malaysia susah nak terima filem berat...apa2pun diorang memang dah untuk lebih dari 20 juta xsilap...sebab hasil jualan pada negara luar

    BalasPadam
  5. banyak filem gempak2 semua aku tak tengok lagi, duk baca review ajelah. hoho

    mantap la shaheizy sam punya filem, tak bape best pun orang turun panggung gak. phewww

    BalasPadam
  6. heee . . mmg tahun ni bnyk cter2 beshh . . terbaik lah !

    BalasPadam
  7. tak pergi pon tengok kongsi sebab ramai kate tak best haha !

    BalasPadam
  8. ala... tgk muke zizan kat poster tuh nak gelak la... hehe.. tak gangster langsung... tambahla parut macam masa dia buat lawak kat ML ke.. haa... kan kan?

    BalasPadam
  9. wah.. kayalah dia orang... menunjukkan filem tempatan dah mula ada kualiti ni..

    BalasPadam
  10. bagus sangat ke cerita Kongsi tu?...
    Kl Gengster?... teringa pulak filem KL Menjerit...

    BalasPadam
  11. aisshhh.. next week grelpren2 ajak tgk karak plk nh...

    BalasPadam
  12. KL menJERiT terbaik.kenangan

    BalasPadam
  13. wow... dahsat.
    rpnye mmg ade file karak ni. kwnpnah bgtau. ingatkan sj main2. hehe :D

    BalasPadam
  14. david teoh mmg kaya skrg ni..
    "bukan janji, tp pasti"
    hehe

    BalasPadam
  15. tak dapat nk tgk wyg...kena tggu review2 dr hans je..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama