Review Filem : Senjakala



Filem:
Senjakala


Pengarah:
Ahmad Idham


Genre:
Seram


Pelakon:
Zahiril Adzim, Liyana Jasmay, Faezah Elai, Roslan Saleh,
Aida Aris, Ruminah Sidek, Erin Malek, Eizlan Yusof & Etc.


Penilaian:
2.7 / 5


Sinopsis:

Karlisa mula mendapat mimpi - mimpi pelik yang mengerikan selepas kematian tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Mimpi - mimpi tersebut seolah - olah memanggil - manggil Karlisa menyuruhnya pulang ke kampung opahnya iaitu Kampung Senja Lama. Sewaktu kecil, Karlisa pernah tinggal di kampung tersebut tetapi ibu bapanya telah membawanya tingga di Kuala Lumpur sehinggalah Karlisa dewasa. Jadi, Karlisa mengajak rakannya iaitu Isabella menemaninya pergi ke kampung opah beliau tanpa pengetahuan keluarganya. Di situ, Karlisa mendapati satu perkara yang ganjil dimana orang - orang kampung tidak sukakan kehadiran beliau ke kampung tersebut selepas mengetahui bahawa beliau ialah cucu kepada Opah Maimun. Ada beberapa pemuda yang cuba mengusir dan cuba berbuat yang tidak baik terhadap Karlisa namun beliau selalu diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Arman. Namun, Arman juga tidak menyukai kehadiran Karlisa di situ dan menyuruh beliau pulang kembali ke Kuala Lumpur. Namun Karlisa berdegil dan berbagai - bagai perkara pelik mula berlaku terhadap beliau dan juga Isabella. Kenapakah orang kampung tidak menyukai kehadiran Karlisa? Siapakah sebenarnya pemuda bernama Arman? Siapakah sebenarnya Opah Maimun? Saksikan filem ini untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan tersebut.


Ulasan Hans:

Filem ini bermula dengan persoalan yang agak menarik dan membuat aku teruja kerana filem ini bermain dengan mimpi dimana persoalan dicipta melalui mimpi di dalam mimpi yang mampu membuat aku sedikit terkeliru. Akhirnya aku memang terkeliru tetapi bukannya dengan kehebatan ceritanya tetapi aku pening dengan susunan dan plot filem ini yang kacau bilau. Semuanya seperti telalu pantas dan tidak masuk akal. Karlisa digambarkan sebagai seorang wanita yang murung selepas kematian tunangnya dan selalu berkurung di dalam bilik. Lebih tepat lagi boleh dikatakan Karlisa sudah tidak tahu bersosial kerana mungkin fobia dengan kemalangan tersebut. Namun selepas itu watak Karlisa ditonjolkan pula sebagai seorang wanita yang seperti tidak pernah mengalami masalah murung ini dan bebas bertemu dengan rakannya iaitu Isabella.


 
Salah Satu Adegan Filem Senjakala


Adalah satu perkara yang amat pelik apabila Karlisa dan Isabella langsung tidak mempersoalkan kemana perginya opah Maimun yang langsung tidak ada di rumah pada waktu siang. Memang pada hari pertama perkara itu cuba dibangkitkan oleh watak Karlisa namun mati di tengah jalan. Bagi aku babak seperti ini sudah selalu sangat ditonjolkan di dalam filem - filem Ahmad Idham dan aku sendiri pun sudah dapat menangkap sejak dari awal lagi bahawa Opah Maimun sebenarnya sudah mati. Unsur seram yang sepatutnya wujud tetapi telah dimatikan sendiri gara - gara tiada langsung revolusi pada karakter - karakter sebegini.


 Hanya Dengan Jelingan Cinta Terus Bersemi?


Kisah percintaan antara Karlisa dan Arman juga bukannya sekadar samar tetapi langsung tidak jelas. Aku langsung tidak dapat menerima apabila Arman berkata dia mencintai Karlisa sedangkan tiada langsung unsur atau situasi yang tepat yang mampu membangkitkan perasaan cinta antara mereka yang di paparkan di dalam filem ini. Adalah sangat pelik apabila perasaan itu diluahkan hanya selepas bersama hanya sepetang di tepi tasik tanpa berbual perkara - perkara yang mampu membangkitkan perasaan asmara. Babak Isabella dirasuk juga membuatkan fikiran aku sedikit terpesong. Dikhabarkan watak Isabella itu sedang berehat selepas di rasuk dan tiba - tiba hilang dan kemudiannya datang bersama ibu Karlisa ke kampung tersebut. Memang plot cerita ini sangat kucar kacir dan tidak jelas.


 Saka Keturunan Keluarga Karlisa


Sayangnya lakonan yang ditonjolkan oleh Zahiril dan Liyana sangat baik tetapi kerana jalan cerita filem ini yang sedikit huru - hara serta klise menyebabkan kehebatan itu ditenggelami oleh kelemahan besar filem ini. Mungkin Ahmad Idham perlu mencuba idea - idea baru untuk filem beliau yang akan datang dengan melupakan beberapa perkara atau objek seperti rumah kampung yang usang, nenek tua, saka atau lain - lain yang kerap sangat dipersembahkan di dalam filem - filem seramnya sebelum ini kerana bagi aku filem Senjakala langsung tidak mampu menterjemahkan makna seram yang dikhabarkan sebelum ini kepada aku yang menontonnya.



P/S : Bagaimana Pula Dengan Filem Seru? Sudah Menonton?

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sesungguhnya aku memang tak berapa minat cerita ahmad idham. cerita dia camtu la... berterabur dan ada banyak scene yang tak relevan pon..

    BalasPadam
  2. betul redvixen...cite ahmad idham cengitu je la...xde kemajuan dan berkahir dengan kepelikan...hurmm

    BalasPadam
  3. kami tertengok filem ni sebab da tengok Rio. (ternyata Rio lagi best!) mmg tak puas ati; kenapa la awek2 tu tak pelik 'nenek' tu cuma ade waktu mlm je..!

    BalasPadam
  4. xkan la die xtahu nenek dia dah meninggal ke x?family dia xde bgtau? pe pun, skrg ak mmg xleh layan cite seram kat panggung lg...hoho

    BalasPadam
  5. ssshhhhhittt skerieh sia nenek kain kapan tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama