Jumaat, 3 Jun 2011

Nasihat Kepada Lelaki - Lelaki Muslim

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua dengan rasa rendah dirinya ingin menasihati lelaki - lelaki Muslim termasuk gua sendiri yang pergi ke masjid tidak kira lah untuk menunaikan solat Jumaat mahu pun solat - solat fardu yang lain agar bersiap lah dengan sebaik mungkin.

Maksud bersiap sebaik mungkin disini ialah :-



1) Mandi lah untuk menyegarkan diri dan bau badan.





2) Pakai lah baju yang bersih dan tidak berbau masam.





3) Sapukan lah sedikit wangi - wangian seperti minyak atar untuk mewangikan badan.



Apalah salahnya membuat 3 perkara di atas sewaktu menghadap pencipta kalian. Selain daripada itu kalian juga secara tidak langsung membuat jemaah - jemaah lain yang berada di tepi kalian berasa selesa, tidak terasa pening atau pun tidak membuatkan mereka terasa mual dengan bau badan kalian yang kurang menyenangkan hidung mereka.

Jumpa kekasih atau pergi ke majlis - majlis besar boleh sahaja sembur pewangi sampai berbatu - batu pun dah boleh bau jadi tak akan lah waktu solat macam nih kedekut nak guna pewangi masing - masing kan. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Alhamdulillah! Semua Pemenang Contest Situasi Hans Sudah Mendapat Hadiah Yang Aku Berikan! Lega Rasa Hati!


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




25 ulasan:

  1. Antara 2 tu, satu je lupa buat, pakai wangi2an... sebab tak biasa pakai. kena biasakan ni...

    BalasPadam
  2. haaaa bau-bauan yang wangi tu memang harus utk solat.. kalau tidak nanti, yg disebelah takleh kusyuk solat mereka...

    BalasPadam
  3. Ihsan : owh...kalau mandi semua okay kut..insyaallah

    My Little Diary : yups..pakai sikit pun kan..bukan nak suruh pakai satu botol :-)

    D_Tieah : aku tak khusyuk tadi sebab aku bukan bernafas 5 minit sekali... :-)

    BalasPadam
  4. pegi kolej nk jumpe geng pkai smart2, siap tali pinggang, tai, nk jumpa ALLAH pakai pagoda ngan kaian pelikat.. jom muhasabah diri insyaALLAH..

    BalasPadam
  5. aku kdg2 semua ni x buat.. adeh..

    BalasPadam
  6. baru tdi nampak kawan lelaki sebelah sibuk pakai minyak atar...dia cakap sunat jumaat pakai wangian..hehehe...good!

    BalasPadam
  7. kalau tak de minyak atar tu, meh la beli perfume pen dr almari si pari-pari.. tehee :D

    BalasPadam
  8. btol tu...xslp aku dgr ceramah kalo kite bersedia awal nak menunggu waktu solat Jumaat tu ada ganjaran dia yg besar..

    BalasPadam
  9. itu sudah pasti diamalkan~

    1 lagi ko terlupa nak letak~

    potong kuku! haha

    BalasPadam
  10. Peep : tu la pasal

    Nick Irfan : lepas nih ubah la noh :-)

    Merahitujambu : yups

    Bro Azhan : luahan hati dan berkongsi pada yang kurang tahu :-)

    Eny : hahaha..sempat lagi tu

    Faiz : yups..betul2

    Kaizen : owh..ar ar..tul juga tu..maybe sebab kuku aku xpandang kut...ekekekee

    BalasPadam
  11. emm.. betul lah.. kalo nak g dating bukan main lagi.. inikan pulak nak mengahadap si Pencipta :)

    BalasPadam
  12. ada pengalaman ngerikah td? hihi

    BalasPadam
  13. suka bau downy passion..memng wangi baju...hehehe

    BalasPadam
  14. as salam,

    mandi itu sunat jika ada masa. tapi untuk orang yang bekerja, nak mandi tu agak mustahil la sedikit sebab bekerja kan. tapi boleh je kalo dah prepare siap2.

    tentang pakaian tu kalo pakai pagoda dengan kain pelikat masih ok sekiranya suci dari najis. sebab sebaik-baiknya pakaian yang dipakai ketika solat berjemaah ni kena kosong di bahagian belakang badan.

    ini untuk mengelakkan jemaah yang solat di belakang kita dari tak kusyuk sebab dok melihat dan membaca tulisan or gambar-gambar yang ada di baju tu.

    so sebaik-baik pakaian adalah yang selesa dan kosong seperti baju melayu or jubah.

    and kalo solat jumaat tu datang la awal, sebaik2 sebelum azan dilaungkan pun sebab sesetengah masjid ada menyampaikan tazkirah sebelum khutbah. pahalanya ibarat macam makan nasi, sape dtg awal die dapat banyak, sape dtg lewat mane yg tinggal tu je la yg dapat, wallahualam, sekadar berkongsi =)

    BalasPadam
  15. fiza : itu la pasal :-)

    ieda : agak ngeri la juga

    azwa : yups...macam perfume..ekekeke

    shuk : yups..benda aku cakap tu semuanya sunat tapi adalah baik untuk diamalkan..bab baju pun bukan suruh pakai baju gambar besar2 ke lambang tengkorak..kan aku cakap baju yang bersih...lagi satu sebab aku dekat Kedah...hari jumaat cuti umum..jadi alasan tak sempat mandi tu susah nak terima la..hehehehe...apa2pun terima kasih komen ko tu pun betul juga cuma aku jelas kan diatas tu kalau ko salah faham :-)

    BalasPadam
  16. nak menghdap Allah, kenalah wangi2 yedak?

    BalasPadam
  17. sokong entri ni..lagi satu pergi masjid pakai lah baju lawa2..tak salah pun..nak mengadap Allah jugak..kalau boleh kita nak pakai baju t shirt yang selalu wat tidur g masjid

    BalasPadam
  18. kalau boleh tiap2 kali sembahyang pun pakailah wangian :)

    BalasPadam
  19. simpan janggut..cukur misai..ikut sunnah..

    BalasPadam
  20. haha.
    ni mesti post lepas balik jumaat.kan kan?pening kepala tak hans..?tak khusyuk eh.

    BalasPadam
  21. as salam..sekadar pesanan untuk diri dan semua
    kalau boleh,x mahulah ada lagi yg dtg sekadar sembahyang jumaat itu saja tapi khutbah nya hilang entah ke mana...dop comel gitu :)

    BalasPadam
  22. Bagus! Entri yang menarik! Lebih2 lagi buat lelaki yang nak g solat Jumaat. :)

    BalasPadam
  23. ni kes duduk sebelah orang berbau busuk ke apa? hahaha.. sabor je lah. pelik kadang2 mikir orang yang ngadap Tuhan dengan keadaan tak bersih. haih..

    BalasPadam
  24. ahahaa.. stuju bro.. laki ne kuat peluh.. kuat bau.. kdg2 xsedar bau hapak..hahahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com