Juvana Episod 12

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hohoho! Seperti biasa pada setiap malam Isnin maka drama bersiri paling digemari dan dinanti ramai ketika ini iaitu Juvana akan bersiaran di TV3 tepat pada jam 9 malam. Drama bersiri yang mempuyai 13 episod ini kini tinggal lagi 1 episod sahaja lagi memandangkan minggu ini ialah episod ke-12 dan rating penonton untuk setiap minggu semakin tinggi dan cukup mengagumkan disebabkan jalan ceritanya yang unik dan lain dari yang lain.



Untuk episod 12 drama Juvana pada minggu ini, penonton akan ditunjukkan adakah Daim berjaya dibebaskan daripada kesalahan yang tidak pernah dilakukannya? Adakah Cikgu Zakiah terpaksa menunaikan janji beliau sebelum ini kepada Cikgu Raja? Apakah rahsia Cikgu Raja yang tidak diketahui oleh orang lain? Adakah Daim akan bertindak berani dengan membongkar kejahatan Cikgu Raja yang tidak diketahui sebelum ini? Adakah Botak akan mengambil kesempatan dengan menghasut pelajar - pelajar lain supaya membenci Daim? Sama - sama saksikan Juvana episod 12 pada hari ini di waktu yang sama iaitu pukul 9 malam hanya di TV3.


 



Episod 12 Juvana

Episod kali ini menunjukkan pasukan debat Sekolah Wira Bakti sedang membuat persiapan untuk menghadapi perlawanan debat peringkat akhir. Cikgu Zakiah bertanyakan Cikgu Raja tentang kes Daim dan Cikgu Raja mengatakan beliau telah memberitahu Dato dan kes Daim bakal dibuka semula.

Perlawanan debat telah tiba dan pada waktu tersebut Daim pergi ke tandas dan beliau terdengar perbualan antara Cikgu Raja dan Tony iaitu pengawal keselamatan sekolah mereka. Akhirnya Daim mendapat tahu bahawa Cikgu Raja tidak amanah kerana telah menggunakan duit yang Dato amanahkan untuk diberi kepada pelajar - pelajar sekolah Wira Bakti untuk kegunaan peribadinya. Kemudian, Daim bertanya sendiri kepada Dato tentang kesnya namun Dato tidak tahu menahu berkenaan kes Daim mahu dibebaskan.

Oleh kerana hal tersebut akhirnya Daim hilang semangat dan tidak dapat memberi fokus sewaktu perlawanan debat diadakan yang mengakibatkan Sekolah Wira Bakti tewas pada perlawanan akhir tersebut. Disebabkan kekalahan tersebut kesemua pelajar berasa marah terhadap Daim dan memulaukannya. Daim yang begitu tertekan dan berasa dirinya ditindas oleh Cikgu Raja yang berlagak alim itu akhirnya menceritakan kesemua yang didengar kepada Cikgu Zakiah.

Apek begitu marah dengan Daim namun akhirnya Daim berjaya menceritakan hal sebenarnya kepada Apek. Kemudian, Apek membawa Daim berjumpa dengan Ayam, Kicap, Komeng dan Gaban untuk memberitahu hal sebenar. Botak yang berkomplot dengan Tony akhirnya melaporkan hal tersebut kepada Tony dan perkara ini sampai kepada pengetahuan Cikgu Raja. Cikgu Raja yang begitu bengang dengan Daim akhirnya menghukum beliau dan pelajar - pelajar lain dengan menghantar ke penjara dan dipukul serta tidak akan diberi makan dan minum selama seminggu.

Cikgu Zakiah yang mempunyai bukti mahu melaporkan kepada pihak polis dan meminta bantuan Cikgu Azmee supaya mengikutnya ke balai polis. Tetapi, kejutan berlaku disini apabila tiba - tiba Cikgu Azmee mengambil sapu tangan dan menekup muka Cikgu Zakiah sehingga beliau pengsan. Rupa - rupanya, Cikgu Azmee yang sebelum ini berkelakuan seperti malaikat rupa - rupanya bersekongkol dengan Cikgu Raja di dalam penipuan ini.

Pada episod ke-13 iaitu episod akhir drama Juvana ini, penonton akan ditunjukkan apakah yang akan berlaku kepada Daim dan rakan - rakannya. Tidak dilupakan juga apakah nasib yang bakal menimpa Cikgu Zakiah yang dikurung di dalam sebuah bilik dimana tudungnya dilucutkan! Persoalan lain yang timbul ialah adakan Cikgu Ariffin yang dikenali dengan sikap panas baran turut sama bersubahat dalam hal ini atau beliau sebenarnya cikgu yang baik? Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan episod akhir Juvana pada minggu hadapan  di hari dan waktu yang sama hanya di TV3.

P/S : Watak Yang Paling Aku Benci Sekarang Ialah Cikgu Azmee!!!! 

58 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Gambar budak Hikayat Putera Syazlan takder ker? Aku suka tengok watak dia...

    BalasPadam
  2. AmirFX : dia dah keluar dah la...masuk rumah anak yatim :-)

    BalasPadam
  3. banyak noo dah tertinggal episod Juvana ni... komeng my senior, hari tu nampak dia depan ATM... gerun pulak rasa... kikikikiki

    BalasPadam
  4. Hans : jgn lupa bgtau sipnosis dia ek? sebab.. saya dok hostel.. dan tak de tv.. K?

    BalasPadam
  5. Tak sabar nak tengok esok dowh~~
    Yang best nya, esok aku OFF..
    Huhuhuhu~~
    Boleh tengok JUVANA:)

    BalasPadam
  6. xsabar nak tgk esok...tgk promo arituh cam ader rahsia jer cikgu raja tuh...musykil plak~

    BalasPadam
  7. tak sabar tunggu malam nnati nk tgk sambungan :)

    BalasPadam
  8. hehehe..tengah menunggu la ni..
    alahaiii..lambat lagi

    BalasPadam
  9. @Liyana Aziz
    Leh lagi nak catchup tengok kat tonton.com tau before drama tu jadi drama berbayar kat tonton.com..


    Huu..Kiz pun tak sabar sabar sabar rasanya nak melangut depan TV awal-awal tunggu Drama Juvana start...Suka sgt tgk Si Zahiril berlakon.Superb.

    BalasPadam
  10. oleh kerana gua xde tv, gua tau banyak info dari blog hans.
    terbaek ar hans!
    happy mornin!

    BalasPadam
  11. ingatkan nk hasbi tau..rupanya semakin sengit...

    BalasPadam
  12. Tak sabar nak tunggu malam ni! ^__^

    BalasPadam
  13. aku rasa raja tu pon bnduan kot.haha.

    BalasPadam
  14. wahhh dah nak tamat..tapi sempat tengok sampai episode 3 je..balik kolej ;[
    Nasib ada blog Hans! ;p *Kipass kipassss kipasss!*

    BalasPadam
  15. wakakakaa,


    bagus kau ingatkan aku..

    BalasPadam
  16. dah berapa episod fiq terlepas nak tengok..harap2 malam ni berkesempatan nak tengok.

    BalasPadam
  17. best der citer juvana nieyh
    bro....kalau aku boleh kawen dengan dia dah lama aku kawen bro...kalau hang nk tahu knape aku tak boleh kawen dengan dia hang tggu 22 dan 23 julai 2011 nieyh...wait n see

    BalasPadam
  18. kedah umur dia berapa dalam cerita ini??

    BalasPadam
  19. mencari shoutbox, terpaksa komen kat sini .. FB akaun kan ? AHmad Naufal Suhaimi .. kenapa ye Hans ?

    BalasPadam
  20. mase mula2 je layan..lepas tu lama dh tggal cite nie..huhuhu

    BalasPadam
  21. mana org yg kck sgt tuuu...hehe

    BalasPadam
  22. x sabo nak tunggu next week..jahat tul cikgu2 kt dalam tu..cikgu zakiah pun x pasal2 kena skali..adeih

    BalasPadam
  23. owh dh nk abs ehh cerita tu.. lps 2 kali tngok makin smngt lak tngok crte tu..sblum nie xamik tahu pun..hehe

    BalasPadam
  24. serius tak sangka cikgu azmee tu jht jugak td...boleh bersambung time tu pulak...huhu

    BalasPadam
  25. Bengan gile aq tgok.. Smua cikgu jahat kcuali cikgu zakiah je,...

    Nie lah org ckap Syaitan bertopengkan manusia....

    BalasPadam
  26. ishhh warden Raja ni memang punca kuasa dua betul ar..jahat dalam diam.. dan aku tak sangka cikgu Azmee pun dua kali lima gak macam diorang lepas buat cikgu zakiah pengsan.. eh eh dah macam belajar matematik lak aku ni..hehehe

    BalasPadam
  27. eny rasa cikgu arifin tu akan menyelamatkan keadaan lah.. jahat betul warden raja, tony dan cikgu azmee!

    BalasPadam
  28. pergh sekali cikgu jahat...memang sekolah juvana betul...

    BalasPadam
  29. cikgu ariffin akan jd hero rasanya....

    BalasPadam
  30. geram je tgk mlm td.. huh.. rasa nk lempang je muka warden !

    BalasPadam
  31. mmg xsabar nak tggu mggu depan.. tapi... erkk.. mggu depan episod terakhir?? huhu...

    BalasPadam
  32. mmg x pernha lpas la.. suka ngan botak.. botak oo botak :)

    BalasPadam
  33. slalu terlepas cte ni...kje ptg..smpi umh pon da lewat...huhuhu

    BalasPadam
  34. akak rasa cg ariffin tu baik lah sebenarnya.

    x sngka cg azmi tu jahat..gerammnya.rasa nak sepak2 jer muka suci dia tu

    BalasPadam
  35. Warden tak boleh pakai rupanya.. siot sungguh la songlap duit dato' tu..

    Botak pun boleh tahan melampau mamat tu..

    Kesian pulak tengok Cikgu Z..

    BalasPadam
  36. waah fanatik ye...
    hehe
    saya cuma tengok episod awal2 je

    BalasPadam
  37. Tak sangka cikgu tu jahat jugak! Hahaha! Eee xsuka la warden ngan Botak! Xsuka! Jahat! Hahahaha :D

    BalasPadam
  38. xtgk pun mlm td....nanti nak dload lah....

    BalasPadam
  39. sgt terkejut dgn watak cikgu azmee tu semalam..

    BalasPadam
  40. pergh xsabar kot nk twu next week..siyes byk kejutan tak dijangka dlm citer juvana ni..apa2 pn cter ni mmg terbaek..^^

    BalasPadam
  41. nk kena download nti la cite ni hehe

    BalasPadam
  42. mmg best cita ni..
    episod 12 blum tgok lgi..
    thanks kongsi.. leh tgok ni..

    BalasPadam
  43. mesej episod 12 drama ni nak tunjukkan, dekat mana2 di malaysia corruption ade.. xkisah la sekolah juvana pon boleh ade corruption kalau ketua die jenis gila kuasa dan tamak kan harta dunia. dalam mesej yg penerbit dan penulis drama ni nak sampai kan..hehehehe...

    ok, sebelum ni xpernah sakit hati tengok drama ni, tapi episod ni serius buat ak sakit hati. sakit hati dengan perangai jahat Raja,Tony,Botak DAN Azmee.

    Ingatkan Botak tu ADE HARAPAN NAK BERUBAH, NAMPAKNYA DAH SILAP ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama