Isnin, 19 September 2011

Kebuluran

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Cuaca hari ini di tempat aku sentiasa dilanda hujan. Dari pagi sampai ke petang hujan tidak henti - henti melanda tempat aku sedang berpijak ketika ini. Sepatutnya tahap demam aku nih semakin menuju ke penunjuk sihat namun ia bertentangan mungkin kerana terpaksa mengharungi cuaca yang sejuk dan kering di pejabat.


 Sedap Pula Tengok Burger Nih!


Apa - apapun, hujan yang lebat telah membuatkan aku dan beberapa orang rakan di tempat kerja tidak dapat keluar untuk mengisi perut pada waktu rehat. Memang sumpah lapar gila dan aku serta seorang lagi rakan berjalan mundar - mandir mengukur bangunan pada waktu rehat semata - mata ingin menghilangkan rasa lapar. Namun, gara - gara perut semakin menjerit meminta supaya diisi akhirnya kami berdua telah sepakat untuk menyelongkar apa - apa makanan yang wujud di dalam sebuah peti sejuk di salah sebuah bilik rahsia di pejabat itu. Alhamdulillah dapat lah menjamah kurma walaupun sebiji.


 Mahu Carik Mulut Kalau Makan Burger Besar Nih! Hahaha!


Aku kemudian kembali menyambung kerja dan alhamdulillah atas sikap prihatin seorang wanita di dalam bilik dimana aku sedang bekerja ketika itu menyebabkan aku dapat minum secawan milo dan mengunyah biskut untuk mengalas perut. Syukur sangat - sangat sebab selepas makan tu aku terus menyiapkan kerja sehingga lah tamat waktu. Terima kasih kerana menaja milo, biskut dan juga cawan serta sudu kepada saya! Hehehehe!


Aku Tak Pasti Asal Entry Nih Aku Letak Gambar Burger! Hahaha!


Habis waktu kerja terus aku memborong 7 keping apam balik dan 3 keping kuih cakoi. Tanpa disangka aku berjaya menghabiskan kesemua makanan tersebut seorang diri. Muahahahahaha! (gelak jin) Sekarang perut aku sudah diam dan alhamdulillah aku sudah boleh bergembira tanpa diganggu perut yang berbunyi lagi. Mungkin selepas ini aku akan menjamah sepinggan nasi pula. Hahahahaha!


P/S : Seronok Hari - Hari Aku Dihabiskan Dengan Pelbagai Kerja Di Pejabat! Tak Ada Lah Rasa Bosan! Hehehe! (^_^)Y

20 ulasan:

  1. gile ah hans.
    kau ni membela ke ape?
    o_O

    BalasPadam
  2. Hujan yang melaparkan perut..heheheh.
    Nasib baik ada yang perasan muka kelaparan..

    BalasPadam
  3. Kuat makan jugak ko nie.. haha..

    BalasPadam
  4. aku pun tgh lapar ni.. mesti bestkm praktikal dlm pejabat..

    BalasPadam
  5. kesiannya tak dpt makan. pasni gi keje bawak la bekal..

    BalasPadam
  6. apa??? apam balik 7 keping, apam balik yg besar ke yg kecik mak aaaiiii....OMG hahaha....

    sabar jangan ikut nafsu makan...control sikit

    BalasPadam
  7. hoi baca bismillah tak time makan tu.. hehe

    BalasPadam
  8. yatie awang : mesti lah yang kecil..yang besar kurang minat..hohoho

    BalasPadam
  9. kalo dpt double cheeseburger ke..bigmac ke...syok jgk ni...
    sy pon cm kebulur jgk je...hihi

    BalasPadam
  10. 7 keping??byk gilo...yela saka ko dah lapar kan..hehehe

    BalasPadam
  11. hairan dgn org yg demam tapi nafsu makannya membuak2 macam ko. huhuhu....

    BalasPadam
  12. mak aihhhhh jenuh ngabiskannye yoep! hee

    BalasPadam
  13. ahh, terliur tgk burger tu, hihihi

    BalasPadam
  14. amboi.. kuat giler makan... boleh jadi geng ni beb!! hahaha

    BalasPadam
  15. tengah lapar ni. kalau dapat makan berger sebesar tu mesti puas perut :)

    BalasPadam
  16. Tak pernah makan lagi burger sebesar tu..:)

    BalasPadam
  17. byk gila mkn..bape hektar luas perut tu??haha..

    BalasPadam
  18. musim hujan ni memang cepat lapar kan
    adehh ni skang tengah terperangkap duk dalam lab sebab hujan dan memang tengah LAPAR giler

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com