Sabtu, 17 September 2011

Robo Defense

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hahaha! Demam gua nih kejap elok kejap tak! Yang peliknya demam kali ini selera makan gua memang sentiasa ada dan gua asyik nak keluar berjalan sentiasa! Pagi tadi gua teman kawan - kawan gua pergi servis kereta dan lepas tu gua gerak dengan mereka pergi makan kenduri. Walawehhhhh!! Sedap gila gua cakap lu!! Memang rasa seperti syurga makanan jer! Sudah lah masak sendiri atau lebih tepat lagi orang kampung bergotong royong masak. Ditambah dengan air sirap yang manis tu memang membuatkan aku selera gila nak makan! Lepas tu gua dengan kawan - kawan nak tengok wayang tetapi nak buat macam mana tiket pula dah habis. Haihhh!!


 Macam Nih Lah Gua Susun Tadi! Hohoho!


Lepas tu gua pun balik rumah dan terus main permainan Robo Defense dekat telefon gua. Semalam gua main tak menang - menang langsung tetapi atas kepintaran gua menyusun strategi akhirnya gua menang dengan hebatnya sekali. Memang seronok gila main Robo Defense nih! Disebabkan gua demam maka entry gua dalam sehari dua nih memang merepek - repek lah! Jadi, gua nak berehat dulu! Doakan gua cepat sembuh! Nanti bila gua ada idea gua kemas kini blog gua! Nak rehat puas - puas! Assalammualaikum!


P/S : Asal Lah Minggu Nih Ramai Sangat Manusia Tengok Wayang!!! Hahahaha!!!


8 ulasan:

  1. Olaterdah.. Get well soon Hans...

    BalasPadam
  2. pergh. mmg rindu sirap kenduri, nasi kawah dan ulam petai.

    walaupun murah, tapi feel dia lain.

    kan.

    BalasPadam
  3. rehat lah puas2 sampai sembuh ye :)

    BalasPadam
  4. Hehe,musim hujan sekarang. jgn main hujan! Makan ubat. Susah nak pergi keje kalau tak sihat.

    BalasPadam
  5. aku pernah main game ni..aku rasa bosan gila :P

    BalasPadam
  6. tak macam demam pon budak hans ni. hhhmmm.... :-)

    BalasPadam
  7. Also, I would like to get my high/low lights touched up.. Any available date/time???

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com