Rumah Terbuka Terakhir Tahun Ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah hari nih rezeki gua murah sebab dekat pejabat gua ada majlis rumah terbuka sempena Syawal terakhir yang jatuh pada hari ini. Walaupun hari ini ialah hari ke-30 di dalam bulan Syawal dan walaupun kita cuma berpuasa selama 29 hari tetapi anggap sahaja lah hari ini masih hari raya. Hehehehehe! Jadi, di bawah ini gua letak lah beberapa keping gambar yang gua cilok daripada mereka yang membawa kamera tadi. Hehehe!!


Mereka Sedang Menyediakan Rojak Buah
Yang Menjadi Makanan Kegemaran Gua Tadi!


Sepanjang - Panjang Meja Nih Penuh Dengan Makanan!


Rambang Mata Mereka Nak Makan Yang Mana Satu! Hohoho!!


Gambar gua tak ada pun tadi sebab gua dengan kawan - kawan gua makan dekat meja lain. Hohoho! Memang macam - macam lah ada tetapi gua makan 4 menu jer tadi iaitu nasi dagang, gulai ayam, rojak buah dengan nasi himpit. Makanan lain macam dadih, capati, mee goreng, lemang, ketupat, puding dan macam - macam lagi lah gua dah tak sentuh dah. Ikut hati gua nak rasa semua sebab 'tangki' dalam perut nih besar tetapi sebab tiba - tiba gua jadi jejaka melayu terakhir pula dimana rasa malu mendatangi diri jadi gua buat - buat kenyang jer lah! Hehehehe!!! Apa - apapun, alhamdulillah hari ini gua dilimpahi dengan rezeki yang mencurah - curah! Syukur alhamdulillah!


P/S : Esok Nak Tengok Filem Libas Lah!!!



9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ERRR..
    AKU TAK PG PUN RUMAH TERBUKA MANA2..
    KECUALI MEDIA PRIMA PUNYA..

    BalasPadam
  2. untung laaa isik perut makan free.

    haha

    BalasPadam
  3. haha.. kalau la sepanjang bulan sywal tu ade open house non-stop. gerenti dpt save duit :D

    BalasPadam
  4. Meriahnya.. Aku belum pernah lagi pergi rumah terbuka tahun nie.. MAcam takder jer.. haha..

    BalasPadam
  5. mccm xbetol jer ko pemalu~kekekeke

    BalasPadam
  6. Aku mana-mana open house aku pergi menu puding jadi favorite aku.
    Hentam desert cam hentam nasi.
    Hahaha.

    BalasPadam
  7. byknya makanan... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. makan makan dan makan..pehhh heaven kot !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama