Sabtu, 10 Disember 2011

Cinta IPAD - Bantulah Hans Mendapatkan Cik Lisa



Gua ada masalah besar nih beb! Serius masalah besar! Gua dah bercinta hampir 10 tahun sejak gua darjah 6 lagi dengan seorang gadis cun melecun! Nama beliau ialah Cik Lisa Surihans. Kami berdua dah berjanji nak sehidup semati. Buktinya gua dari kelas tercorot gigih gila belajar siang malam nak dapatkan 5A sebab nak pergi SBP atau MRSM bersama dengan Cik Lisa. Ditakdirkan kami berdua dapat 5A dalam UPSR dan bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka di Malaysia nih bersama - sama. Sama kelas setiap tahun cuma waktu tingkatan 2 jer tak sama kelas. Itu pun gua rasa nak meraung - raung jer! Masuk universiti pun universiti yang sama! Bidang yang sama! Kelas pun sama sampai lah dapat ijazah! Nak ditakdirkan memang jodoh kami berdua nih kuat sampaikan kerja pun ditempat yang sama juga. Bukan kebetulan cuma inilah namanya suratan takdir!


Penghalang Cinta Gua - Yusro Moldova


Jadi, pada bulan lepas gua pun pergi lah merisik Cik Lisa Surihans nih! Masa gua sampai dekat rumah Cik Lisa tu tiba - tiba keluar seorang mamat nih! Poyo gila gua cakap lu! Pandang gua atas bawah dengan bibir herot! Dah kenapa mamat nih? Gua rasa macam dia kecil ja depan gua masa tu! Gua pun berilah salam pada tuan rumah dan dapat lah berjumpa dengan ayah dan ibu pada Cik Lisa kesayangan gua tu pada hari tersebut.


Bapa Cik Lisa Surihans


Hans : Assalammualaikum pakcik! Makcik! Assalammualaikum!

Pakcik & Makcik : Waalaikumsalam! Jemputlah masuk!

Hans : Terima kasih pakcik! Makcik!

Pakcik & Makcik : Buah tangan tak ada ker nak? Takkan lah tak bawa apa - apa kut?

Hans : Eh! Lupa pula saya! Hah! Ini adalah sikit buah saya bawa dari kampung!

Pakcik & Makcik : Amboi! Tanya buah tangan terus bawa buah! Buah apa? Wahhhh!!!!! Durian lah! Durian apa nih nak? Udang merah ker musang king nih?

Hans : Alah pakcik! Makcik! Durian siam jer tu saya bawa!

Makcik : Nak!! Kami nih bukan nak berlagak ker apa! Tapi la kan seumur hidup kami nih! Kami cuma makan durian udang merah dengan musang king jer! Harap maklum lah yer! Kami bukan berlagak tau! Cuma nak bagitahu jer! Jangan ingat kami berlagak pula yer!

Hans : Owh! Jangan risau makcik! Saya okay jer! (Dalam Hati Gua Berapi Jer Waktu Tu) 

Pakcik  : Apa tujuan kamu datang nak jumpa kami berdua nih waktu petang Sabtu macam nih? Nak layan filem Hindustan pun tak senang!

Hans : Saya datang nak merisik anak pakcik si Lisa tu!


Ibu Cik Lisa Surihans


Makcik : What? You want to risik - risik my daughter? Dah lama ker kamu kenal dia?

Hans : Sejak sekolah rendah lagi Makcik! Kami sekolah sekali! Universiti sekali! Kerja pun sekali!

Pakcik : Baiklah! Kalau kamu nak anak pakcik si Lisa tu, pakcik nak tanya kamu! Hantaran nanti kamu nak bagi benda apa dekat pakcik?

Hans : Eh? Hantaran tu bukan untuk pengantin perempuan jer ker?

Pakcik : Kau jangan cakap banyak! Kau nak ker tak kahwin dengan anak aku?

Hans : Oh, okay! Okay! Pakcik suka benda apa?

Pakcik : Kalau boleh kau tolong pakcik cari calon isteri sorang. Pakcik...adehhh adehhh! Sakit! (Dicubit oleh Ibu Lisa)

Makcik : Ayang jangan mengada - ngada yer! Karang malam nih ayang tidur luar baru tau!

Pakcik : Gurau jer lah! Adoiii! Hah! Pakcik suka gadget! Kamu boleh bagi gadget apa dekat pakcik?

Hans : Kalau Telefon model nokia 3310 okay tak pakcik?

Pakcik : Helloooo!! Pakcik nih diva hookayyy!!!Kalau tadi si budak Yusro Moldova yang datang tadi tu dah bagitahu pakcik dia nak bagi pakcik iPad! Takkan kau nak bagi pakcik telefon cabuk tu jer? Paling tidak mesti lah lagi mahal dari iPad kan!

Hans : Maksud pakcik iPad 2?

Makcik : Hah! Pandai pun! Itu lah maksud pakcik tu! Okay lah! Tak mahu panjang - panjang cerita! Aku nak tengok filem Kuch Kuch Hota Hai nih! Jadi, kami nak kau sediakan iPad 2 tu sebelum akhir bulan Disember 2011 nih. Kalau tidak baik kau lupakan saja anak kami si Lisa tu. Deal?

Hans : Baik lah pakcik! Makcik! Saya kan cuba usahakan! Doakan saya berjaya!


Gua pun pulang ke rumah sambil fikiran kusut memikirkan mana nak cekau duit nak beli iPad 2 nih! Tiba - tiba Cik Lisa Surihans telefon gua!


Cik Lisa Surihans


Lisa : Sayang! You kena beli cepat - cepat iPad 2 tu! Kalau tidak macam mana kita nak berdua bersatu! You nak ker I hidup sengsara dengan si Yusro tu?

Hans : Sayang! Jangan risau! I akan cuba usahakan! Demi You akan I cari segala macam cara untuk mendapatkan iPad 2 tu. Doakan kejayaan I yer sayang! Muahhh!!

Lisa : Muahhh!! I love You sayang!


iPad 2


Jadi, itulah masalah besar yang gua hadapi kini! Mana nak bayar duit kereta! Duit rumah! Pinjaman PTPTN lagi! Tiba - tiba gua menjumpai satu peluang untuk mendapatkan iPad 2 dengan menyertai Contest Gadget Impian. Jadi, gua memerlukan pertolongan kalian kali ini untuk :-

 Bantulah Gua(Hans Dalam Versi Animasi)


1) Klik button RETWEET, FB like dan Google + 1 dibawah nih!

2) Tinggalkan komen anda pada entry ini! 

3) Kongsikan entry ini dengan rakan - rakan anda di blog anda, facebook atau sebagainya laman sosial yang lain!

Ini kerana setiap klik dan komen anda itu akan memberikan markah pada gua! Bantulah gua untuk hidup bahagia bersama Cik Lisa Surihans! Segala jasa baik anda amatlah saya hargai dengan ucapan jutaan terima kasih!




“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak




P/S : Terima Kasih Pada Blogger Izzad Atas Rekaan Poster Kisah Cinta IPAD Tersebut! (^_^)Y


130 ulasan:

  1. perghhh, menarikkk
    heroin cite ko lawa
    mana aci,haha

    bila tarikh tamat
    klu ada masa boleh join sekaki

    BalasPadam
  2. As Salam,

    dah macam citer hindustan dah ni..haha~
    Good Luck !!! :D

    BalasPadam
  3. Awat kreatif sangat cara hang nak menang iPad ni? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
























    okey dah komen. good luck, bff! :)

    BalasPadam
  4. Surihans...kan main lagi....hahaaa..aku baca dialog pon ikut style pelakon..nak2 mak si lisa.....hahaha....

    terbaik....lawak.....

    all da best hans...!!!

    BalasPadam
  5. menarik la bro..simple tapi kreatif..huhuhu

    http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

    BalasPadam
  6. materialistik btol bapak lisa ni kan..hehe..perghhh..awal2 dah 90 like..mantap ko beb..

    BalasPadam
  7. CERITA NAK MENARIK JE~

    lol

    haha gudluck la pakcik, kalau dapat tu share2 la pada kami ni yang berjasa. jangan lupa buat kenduri. hakhak :P

    BalasPadam
  8. gua dah RT... nnati jangan jadi kacang eh keh3

    BalasPadam
  9. kretif kot ;p
    ini kalau aslan dengar panas dia nie.
    haha

    ;D

    #Aslan-blogger yg minat giler dkt lisa

    BalasPadam
  10. hahaa.. menarik citer ni.. leh di filemkan.. :)

    gud luck hans!!!

    BalasPadam
  11. cerita macam kisah mak dara haLang kawen jek...anyway...ohshem ! =)

    BalasPadam
  12. Mra : xpayah la..ko amik yg lain la..hehehe..tq tq

    Izzad : tq tq my pren

    Penaberkala : ko tak daftar ker ari tu? loh...terlepas la ko..tq tq

    Wyna : hehehehe...sikit2..tq tq

    Afiqah : hahaha...nak lawan lagi 100 orang tu...tu kreatif poyo nih..hahaha..tq tq

    Nurul Nadiah : hahaha..xleh bayang kan..ekeke..tq tq

    Paihujey : thanks bro :-)...tq n good luck too

    Faiz : harap momentum berkekalan..tq bro n good luck too

    Zida : citer mesti indah2..hahaha..tq tq

    CintaFQS : tq n thanks juga coz follow my blog :-)

    Hazwan : thanks bro

    Korie : aku yg couple dgn lisa dlu..si aslan tu dia mimpi jer tu..hahaha..tq korie

    mrs pinu : thanks schoolmate...

    haida hida : nih kalau filem ada ke nak tgok nih? hahaha...tq tq

    syaidatul : thanks :-)

    cik gorgeous : hahaha...mak dara pun xkejam camni..ekekek..tq tq

    BalasPadam
  13. Gud luck Hans.. Aku pun nak gak Ipad 2... haha..

    BalasPadam
  14. semoga berjaya hans...
    tp harap ko xdapt kawen gan lisa..aku pun nk die..
    ko kawen lah gan kakak die..
    aku ambik adik die..hahha

    BalasPadam
  15. semoga berjaya hans...
    tp harap ko xdapt kawen gan lisa..aku pun nk die..
    ko kawen lah gan kakak die..
    aku ambik adik die..hahha

    BalasPadam
  16. Lepas ni boleh lah jadi pengarah drama.. ehehehe >_<

    Jangan lupa singgah balik naaa.... Support sama2, komen sama2... >__<

    BalasPadam
  17. wah,, lama dah tak jalan-jalan nih, busy. gud luck ek. btw, anda di tag di infonewbie ok..

    BalasPadam
  18. gud luck weyh..

    ahh.. bab buat citer camni mmg mng kat hans je lah.. hehehe

    BalasPadam
  19. peeerrgghh! Dasyat tol bakal bpk mertua ekau! Hahaaa gudluck!

    BalasPadam
  20. asyik2 lisa, bagi lah eny jadi heroin pulaksss :p tehee :D

    goodluck hans :)

    BalasPadam
  21. siot jer ko nak gatai nak rampas lisa kan? HAHA. anyway goodluck awak! HAHAHA =)

    BalasPadam
  22. OI!!! lisa tuh aku punya! hahaha

    gud luck bro...

    BalasPadam
  23. Yusro??? Macam nama jawa dah.. Haha.. Kreatif kreatif.. All the best encik rollo.. :)

    BalasPadam
  24. hg merepek no 1 hans oii..
    tak tahan yusro moldova tu haha
    utg laa lpas ni leh kalah la syamsul yusof..
    ok bai..
    >.<

    BalasPadam
  25. i harap u dapat beli ipad 2 and jangan bagi yusro moldova take over you! apa ingat yusro moldova tu hensem sangat ke? you lisa surihans, i cakap awal2-'looks can be deceiving'!!!

    BalasPadam
  26. sory agak emosional sikit. (tiba jarhh!)

    BalasPadam
  27. Kalau menang boleh kasi aku?Hahaha..

    Gud luck..:))

    BalasPadam
  28. semoga berjaya abg hans!
    dapat belah dua nanti ek! :P

    BalasPadam
  29. : Amboii..! Kemain lagi...!
    hehehe..ape2 pun, gudluck Hans..!

    BalasPadam
  30. goodluck hans..wahaha..
    yusro..aduyai..

    BalasPadam
  31. good luck bro sume aku dah tolong dah hehehe

    http://phatthegreat.blogspot.com/2011/11/cinta-ipad-bantulah-hans-mendapatkan.html

    BalasPadam
  32. aku rasa ko kena mintak bajet dengan Yusro la..haha..gud larx!

    BalasPadam
  33. semoga tuan blog akan mencapai impian untuk memiliki gajet yg diidamkan tersebut.

    BalasPadam
  34. amboiiii...heroin je lisa..

    ipad tu..boleh le pinjam kalo menang nanti kan..

    BalasPadam
  35. haish...cerita nak hensem je...haha.. gudluck dowh!

    BalasPadam
  36. Yusro Moldova. Kih kih kih. Kelakarlah. :D

    All the best, mister! :)

    BalasPadam
  37. :D jgn lupa deal kita.aku dpt ipad,hg dpt lisa ;p

    BalasPadam
  38. wah,cam best.entri pun gempak.best of luck hans=)

    BalasPadam
  39. okeh... akak dah klik ketiga-tiganya,
    semoga berjaya memiliki kedua-duanya...i like the story mory.. cute sangat...heheh

    BalasPadam
  40. good luck weh....pasni ada Ipad lagi cepat la dia review filem nanti.... ketinggalan jauh kakiwayang.com... wakaka....

    ha, korang2 yang comment pe kata singgah jugak kat www.kakiwayang.com (mood : sempat promote)...wahaha..

    BalasPadam
  41. all the best..kaki contest, hehe. sori lmbt bls...

    BalasPadam
  42. semua awek aku kau nak kebas kan? adoi..

    BalasPadam
  43. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kerana berjaya menjadi peserta Contest Gadget Impian peringkat 1 dan semoga berjaya. berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. insyaAllah.

    Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    BalasPadam
  44. ok done..like, tweet an google plus...
    gud lak hans..

    BalasPadam
  45. haha..kreatif tul la hang hans...ok ok..aku dah share,tweet...yang lain2 aku tak buat sebab tak join..hehehe..good luck bro

    BalasPadam
  46. gila kreatif hang...hehe..ak da share da...hrp2 hg menang...dptla meminang si lisa tu...hehe =)

    BalasPadam
  47. heheh..kreatif sungguh wat cerita..nice..
    anyway..gud luck ya dari chii..nnt da dpt..leh la share2 ngan chii..errr..ehehe

    BalasPadam
  48. semoga berjaya hans... ipad milikmu..

    BalasPadam
  49. hahaha, terbaek la mak lisa surihani..comel betul..haha
    btw done sharing is caring :)

    BalasPadam
  50. sory lambat perasan entry ni. hehe.
    sekarang gua datang komen. semoga kau berjaya dapat Ipad tuh. jangan lupa share2 sikit. kah kah.

    okbai.

    BalasPadam
  51. bestnyaa dapat ipad, gdluck, done !

    BalasPadam
  52. good luck.mmg kreatif idea ni.hahaa...p lah jumpa kru studio-leh gak jumpa face to face dgn yusri tu sekali...ahaks.

    BalasPadam
  53. apa y sy suka

    1. entry y poyo
    2. poster y cute
    3. knp lisaa???

    gudluck hans!!

    BalasPadam
  54. amboi kreatif nya hans.. nih puanbee dah like dan retweet moga berjaya ek

    BalasPadam
  55. Chaiyok2 bRo...if dapat IpaD mulan nk pinjam erkk :lari hhihihihi

    BalasPadam
  56. haha.. sengal je ko.. nway gudluck .. :D

    BalasPadam
  57. buleh buat pilem drama nih . :P

    BalasPadam
  58. ipad!! tidak!! nk gak.. huhu..

    BalasPadam
  59. kehadapan hans yang berusaha..
    gud luck ye, hehe.lau dpt bgitau ye..nk tgk ckit ipad2 tu.hahaha...good luck !!!

    BalasPadam
  60. encik hans memang femes lah. sampai dapat awek cun cam cik lisa surihans. hahaha

    BalasPadam
  61. piya karteho..tumhere sanem...diltopagelhe... :p

    lawak la baca cite ni... :D

    I nak jugak ipad :)

    BalasPadam
  62. good luck! dah menang nanti jangan lupa aku..

    BalasPadam
  63. dasat la kat sini
    dah klik2 smua
    gudluck jugaks
    http://duniacontestku.blogspot.com/2011/11/gadget-impian-ss2.html
    tq :D

    BalasPadam
  64. gila kau,,bila aku baca rasa macam nak bagi kaki je,,hahaah,,awek aku tu lisa

    BalasPadam
  65. Sweet lah citer ni...
    like like.....

    BalasPadam
  66. hans aku dpt rase hang akan mng hahahha agood luck haa

    BalasPadam
  67. terbaik la citer ni hans...

    jom lawat KKO ngn lisa..hik2

    BalasPadam
  68. kalo menang bley kongsi ni..hehe

    BalasPadam
  69. pakcik tuhhhh..cam dia lak yg nk kawen..ya adoiii..oke, aku dh undi dah..sbb aku pun x suke dia kawen dgn yusro moldova tuh..

    BalasPadam
  70. hye datang dari contest denaihati...
    jemput2 datang, komen2, and like2 sini ye :) |DenaiHati Impian Menjadi Kenyataan|

    BalasPadam
  71. Dah dapat belum ipadnya?
    Kalau nak try menang dan promote contest KakiWayang.com pun boleh jgk hans.

    BalasPadam
  72. haha...good luck ar dptkn cik lisa surihans kau tu...:)

    BalasPadam
  73. haha,cam sengal jerla dialognya :p
    btw,
    gud luck! :D

    BalasPadam
  74. dtg sini dari senarai blog denaihati... good luck yer...dah klik semua... jemput singgah ke blog ibu Alya ye...

    BalasPadam
  75. hahahahahhahahaha.... lawak2... lisa ak punyaaaaaa...

    BalasPadam
  76. amboi! hans nak jadikan ipad sebagai hantaran kepada lisa ker... kelas gitew...

    sekali lagi...klik kedua2nya, dah tak boleh like la pulak...

    tq..

    BalasPadam
  77. semoga berjaya.. dah RT & 1+


    jom support kakyong sama
    http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

    BalasPadam
  78. amboi... berangan yer nak cil lisa.. ape pun gud luck! mmg kreatif la hans ni.. imaginasi kuat nih!

    BalasPadam
  79. amboi... berangn eh nk cik lisa.. neway gud luck hans.. mmg kreatif la hans ni...

    BalasPadam
  80. Dh vote..Like, G+1, RT & komen..Good Luck! tolg gak yer.. http://eiz1004.upprofits.com/samsung-galaxy-note-sebaga-gadjet-impianku/

    BalasPadam
  81. dh like fb, rt, g+ and komen

    gud luck

    http://yuslianayusof.blogspot.com/2011/11/contest-gadjet-impian-by-denaihati_19.html

    BalasPadam
  82. singgah support di malam terakhir

    BalasPadam
  83. Persaingan semakin sengit, teruskan perjuangan pasti anda layak memenangnya.

    BalasPadam
  84. cayokkk..truskn berjuang. smg menang

    BalasPadam
  85. Saya nak ipad boleh tak.....please

    BalasPadam
  86. Saya nak ipad boleh tak?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com