Sabtu, 5 November 2011

Hans Garang Macam Kak Ros

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hah! Dalam seminggu dua nih gua rajin betul menaip entri dekat blog gua nih! Jadi, kali ini gua nak cerita pula tentang tajuk di atas. Hans akan jadi macam Kak Ros jika ada adik? Kenal tak Kak Ros tu siapa? Tak kenal? Apa? Yang jual nasi lemak tu? Aiyoyoyo! Tetttt!! Salah! Kak Ros tu ialah kakak kepada Upin dan Ipin yang garang tu. Hahaha!!




Apa yang gua perasan melalui apa yang sesetengah kawan gua cakap yang gua nih garang! Gua pun tak tahu gua nih garang ker tak! Hahaha! Macam baru - baru ini kawan sekolah rendah gua berborak dengan gua dekat facebook! Sebab dah lebih 10 tahun tak jumpa jadi mesti lah bukan semua ingatkan kita! Lepas gua dah bagi contoh - contoh tentang diri gua untuk mengingatkannya akhirnya dia ingat dan dia pun berkata,"Hah! Aku ingat dah! Hang yang budak garang dekat sekolah dulu!" Tudiaaaaaaaaaaaaa!!! Celah mana gua garang pun tak tahu! Hahahaha!!


 Aku Google Garang Keluar Muka John Garang! Hahaha!!


Kawan - kawan kuliah gua pun kadang - kadang kata, "Ko nih garang lah! Takut aku weh! Relaks!" Hahaha! Tetapi, budak yang dekat pejabat gua pula kata gua nih penyabar pula! Buat apa pun tak marah - marah! Hahaha! Gua pun tak tahu lah gua nih betul ker garang atau betul ker penyabar! Jadi, nak dijadikan cerita dua orang anak sepupu gua nih ketegaq(degil) nak mampus! Sepupu dengan tok diorang nih memang tak larat nak marah dengan rotan dah! Mak dengan ayah aku pun dah penat marah. bertempik dengan berleter dah! Sebagai contoh bila suruh mandi nak kena cakap sampai 3 kali baru nak mandi. Tu pun kadang - kadang tak pi mandi lagi! Belum pasal benda lain lagi! Dah tu budak - budak nih bila mandi jer mengalahkan badak air! Lama betul dalam bilik air tu!




Jadi, petang tadi gua dah diamanahkan oleh mak gua suruh mereka pergi mandi awal sebab mak dengan ayah gua keluar membeli - belah! Gua tengok jam dah pukul 6.30 petang jadi gua pun suruh lah budak dua orang tu pergi mandi! Wah! Tanpa disangka - sangka budak tu tanpa banyak soal dengan muka yang macam cuak sedikit terus pergi mandi! Muahahahahahaha(Gelak Jahat Bangga)!!! Tahu takut dengan gua!! Mandi pun tak lama macam selalu! Bagus!! Senang kerja gua! Tak perlu gua nak menjerit - jerit macam Siti Tanjung Perak! Hahaha! Selepas tu bila mak gua balik dia tanya budak - budak tu dah mandi belum lepas tu bila mereka kata dah mandi terkejut lah juga mak gua! Mak gua tanya gua siapa yang suruh budak - budak tu mandi dan gua pun berkata dengan bangganya,"Sayalah!" Muahahahahahahaha!!


P/S : Gua Ada Ciri - Ciri Kak Ros Rupanya! Garang! Muahahahaha!!


11 ulasan:

  1. kak ros bukan garanglah, kak ros tegas~~hehehe

    BalasPadam
  2. haha...

    sekali cakap ja terus mandi. Wahh...muka konpem garang cam k.ros :P

    BalasPadam
  3. ish333....garang betul kome ni...segarang2 teman pun...teman x garang kome...ajarlah teman camne nk jdi garang...hihi :P

    BalasPadam
  4. wahhh..takotnyer kt pakcik hans!!..

    BalasPadam
  5. dah muka garang nak buat cam maner, bukan kiter yang buat muka tu...huhu

    BalasPadam
  6. salam idul adha =)
    moga dirahmati-NYA

    BalasPadam
  7. Hahaha, biasa la laki :)


    Selamat Hari Raya^^

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com