Selasa, 20 Disember 2011

Wonder Pets Memang Menceriakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Gua tak tahu kenapa tetapi hari ini emosi gua sangat positif! Gembira! Riang! Suka! Ceria! Nak dijadikan cerita pukul 2.30 petang tadi waktu gua tengah buat kerja maka gua terdengar bunyi satu lagu yang sangat pelik bunyinya. Gua pun fikir dalam hati,"Siapa lah yang nyanyi nih? Haram tak sedap langsung!"




Jadi, memandangkan waktu tu kerja gua pun dah siap maka gua pun pergi lah tengok siapa yang nyanyi lagu tu. Rupa - rupanya anak gajah dengan harimau bengal yang menyanyi dalam siri Wonder Pet. Hahahahaha! Adoiyai! Lawak betul! Lepas tu entah macam mana aku gelak kuat gila sampai terkejut orang - orang dalam pejabat tu. Bukan terkejut apa tetapi terkejut sebab diorang tak pernah tengok aku ceria teruk macam tu.




Gua : Hahahahaha!!

Orang Pejabat Lelaki : Hoi! Hang nih pasaipa hari nih? Happy semacam ja aku tengok!

Gua : Hahahaha! Wonder pet nih lawak lah! Hahahaha!


Orang Pejabat Lelaki : Cehhh!! Wonder Pet pun hang layan ka? Aku serabut tengok kartun nih! Dah kartun nih keras kejang ja! Hahaha!!

Orang Pejabat Wanita : Eh, seronok apa kartun nih!

Gua : Kan? seronok apa! Lawak kut! Hahahaha!!!

Orang Pejabat Lelaki : Hang tolong lah tukaq channel lain weh!! Adoi!! Aku tak tahan dengaq kartun keras nih dok menyanyi! Haha!!

Gua : Hahahaha!! Misi hari nih ialah Menyelamatkan Kaki Harimau Bengal Yang Terkena Duri! Hahahaha!!

Orang Pejabat Lelaki : Adoiii!! Hang nih lagi teruk dari anak aku nih!! Gelak tak mau - mau!!

Orang Pejabat Wanita : Hahahaha!!

Gua : Hahahaha!!


Begitulah alkisahnya! Gara - gara Wonder Pets yang dah berkurun aku tak tengok dan tiba - tiba tertengok buat aku gelak gila - gila punya. Siapa lah yang cipta kartun nih? Terima kasih lah menceriakan hari - hari gua yang memang dah ceria! Dibawah nih gua kongsi lirik lagu Wonder Pets untuk dinyanyikan bersama - sama. Hahahaha!!


Kring! Kring!
Kring!Kring!
Telefon, telefon berbunyi
Telefon, kami datang
Telefon..telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya di sana

Itu anak haiwan dalam bahaya
Hurmmm…Ini Se-wious
Mesti tolong dia
Selamatkan haiwan
Selamatkan haiwan

Linny, Tuck dan Ming-ming juga
Wonder Pets datang membantu

Apa yang penting?kerja sama!
Apa yang penting?kerja sama!




Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy

Hurmmm…Ini Seriussss

Weeeeeeeeee!

Wonderpets, wonderpets, dah berjaya
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy


P/S : Hahahahahaha!! (^_^)Y


10 ulasan:

  1. ini btol2 happy ni, bhye btol

    BalasPadam
  2. hahaha
    bakal anak aku pun tak layan cite wonderpets!

    BalasPadam
  3. KERJASAMA!!

    versi B.Melayu memang best. (>.<)

    BalasPadam
  4. seram tgok hans nihh, hek3
    nmpak sangkut sungguh dah ngn wonderpets nihh :>

    BalasPadam
  5. kadang2 layan memang seronok jugak.
    comel ape. haha

    BalasPadam
  6. hehe..ayie pon layan wonder pets dulu, srng jrng dpt tgok..haishhhh

    BalasPadam
  7. haha,.
    apa yg penting?
    KERJASAMA !!

    BalasPadam
  8. episod menyelamatkan falmingo yang tenggelam dalam lumpur pun best juga ((:

    BalasPadam
  9. aku kalo nak pujuk ank buah aku, nyanyi je lagu ni..pasti mereka akn follow aku nyanyi skali..hahaha..

    tp depa nyanyi part "kerjasama"..tu je yg dorang tau..cehhh..

    BalasPadam
  10. haha sabar je la..wonderpets comel ape kan kan..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com