Khamis, 19 Januari 2012

Untung

Kisah ini berkenaan dua orang sahabat baik iaitu Jack dan Jill. Mereka berdua bersekolah dan tinggal di tempat yang sama. Ditakdirkan mereka berdua berjiran maka hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Jack bertubuh kurus kering manakala Jill pula bertubuh gempal. Jack selalu melihat ibu Jill asyik membelek majalah masakan sahaja dan selalu sahaja bercerita dan berkongsi dengan ibunya tentang resipi atau menu - menu terbaru. Suatu hari perbualan ini pun terjadi di taman permainan antara mereka berdua.

Jack : Untung lah kau Jill!

Jill : Untung? Untung sebab apa pula nih?

Jack : Ada mak macam makcik Jenab tu!

Jill : Kenapa dengan mak aku? Apa yang untungnya? Kau pun ada mak apa? Tu makcik Kiah tu kan mak kau! Adoi!

Jack : Memang lah makcik Kiah tu mak aku! Alah! Bukan apa! Makcik Jenab tu kan pandai masak! Macam - macam masakan mak kau tahu! Bukannya macam mak aku! Asyik - asyik masak masakan melayu jer! Kalau kau mesti hari - hari bertukar - tukar menu kan? Kejap western! Kejap makanan arab! Kejap makanan jepun! Mesti best kan?

Jill : Mana kau tahu?

Jack : Mahu aku tak tahu! Dah hari - hari mak kau tu berkongsi resipi - resipi memasak dengan mak aku!

Jill : .......

Jack : Asal kau diam pula nih Jill?

Jill : Owh! Tak ada apa - apa lah!


Pada malam tersebut, Jill sekeluarga makan bersama di meja makan rumah mereka. Sewaktu ibu Jill iaitu Makcik Jenab pergi ke dapur untuk membasuh periuk dan pinggan maka Jill pun mengadu pada ayahnya.




Jill : Ayah! Asal kita hari - hari asyik makan nasi putih, telur goreng dengan kicap jer?

Ayah Jill : Untunglah kau dapat makan! Waktu ayah mula - mula kahwin dengan mak kau dulu hari - hari makan mee segera jer tau!

Jill : Ayah suruh lah mak masak menu lain pula! Kawan - kawan Jill semua ingat Jill besar macam nih sebab makan macam - macam menu yang mak masak! Padahal asyik - asyik telur goreng dengan kicap! Jemu lah!

Ayah Jill : Bersyukur jer lah Jill ! Untunglah tu mak kau masak juga dekat kita berdua nih!

Jill : Sob Sob Sob!


P/S : Kisah Rekaan Sahaja! Semoga Terhibur! (^_^)Y


6 ulasan:

  1. untunglah dapat makan nasik dengan telor goreng aje, orang kat somalia tuh nak jumpe nasik sebutir pun payah.

    BalasPadam
  2. Telur mata kerbau dia nampak sedap la. :)

    BalasPadam
  3. motif citer nak kata makan telur selalu boleh gemuk ke? weh,x faham! ke aq je yg saje susah2 kan diri nak faham?hihi

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com