Ahad, 30 Disember 2012

Cerpen Nadia Khan



Tajuk:
Cerpen


Karya:
Nadia Khan


Bilangan Muka Surat:
263


Harga:
RM16.65


Sinopsis:

Buku CERPEN ini mengandungi 17 cerita pendek dan 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh penulis berbakat iaitu Nadia Khan. Kebanyakan cerpen ini ditulis telah pun diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya iaitu KELABU muncul pada Disember 2011. Cerita-cerita di dalam CERPEN ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan juga ialah cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.


Ulasan Hans:

Aku mula meminati karya Nadia Khan melalui novel Kelabu namun secara jujurnya aku hanya berjaya membaca setengah daripada keseluruhan muka suratnya kerana aku menumpang baca di rumah sewa sahabatku Izzad pada awal tahun 2012. Penat mencari di kedai-kedai buku tapi masih juga belum kutemu novel Kelabu untuk menyambung pembacaan aku yang terhenti. Namun, aku berkesempatan untuk membaca cerpen-cerpen beliau dan apa yang boleh aku katakan ada beberapa cerpen yang amat-amat aku suka tetapi aku cuma akan senaraikan tiga sahaja cerpen yang memang betul-betul buat aku terhibur.

Cerpen pertama yang paling aku suka bertajuk Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel. Bukan sebab cerpen ini berunsur lucah kerana sememangnya tak ada langsung pun unsur-unsur lucah dalam kisah ini. Tetapi, watak utama di dalam cerpen ini sebenarnya lebih kurang aku jer - Suka beli buku banyak-banyak dan yang paling penting yang buat aku ketawa ialah seorang yang memang selalu sesat atau senang cakap susah nak ingat nama jalan atau jalan yang telah dilalui. Serius aku sangat terhibur baca cerpen nih sebab aku rasa macam baca kisah tentang diri sendiri waktu aku tersesat tetapi dalam masa yang sama ego untuk cuba juga cari jalan pulang. Hahaha!!

Cerpen kedua yang menjadi kesukaan aku pula ialah Kopi Kola dan mengikut kata Nadia Khan memang ramai pembaca yang menyarankan cerpen ini diangkat menjadi novel pula. Aku juga berpendapat yang sama dan menunggu novel Kopi Kola di pasaran. Aku suka kisah cinta tidak kesampaian tanpa sebab yang menjadi misteri sebegini. Terasa seperti menonton sebuah drama bersiri yang pengakhirannya menjadi tanggungjawab penonton untuk merungkai, mengandai atau mencipta sendiri bagaimanakah yang mereka mahukan terjadi di akhir cerita. Sangat menarik!

Cerpen ketiga pula ialah Cikgu Din dan apa yang menarik sekali ialah persoalan yang ditimbulkan di dalam kisah ini iaitu apa persamaan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Hahaha! Kenapa aku suka kisah ini? Sebab ia mengingatkan aku pada seorang cikgu sejarah yang juga pernah bertanyakan soalan yang sama kepada aku dan rakan-rakan di dalam kelas. Walaupun ramai yang tidak meminati subjek sejarah tetapi aku memang sukakan subjek ini dan boleh dikatakan aku nih anak emas cikgu sejarah lah dekat mana-mana sekolah yang aku belajar. Cuma sejarah tingkatan 4 jer yang memang serius aku tak minat sebab aku suka mengambil tahu pasal kisah orang yang telah mati tetapi tidak berkenaan sejarah artifak-artifak atau pasu di dalam buku teks yang sumpah membosankan. Tetapi, masih dapat A okay! Nampak riak kan disitu? HAHAHAHA!

Cerpen-cerpen yang lain pun sebenarnya menarik juga cuma aku amat sukakan ketiga-tiga cerpen di atas sebab sedikit sebanyak memang ada kena mengena dengan kisah hidup aku. Jadi, kepada yang belum berkesempatan membaca CERPEN ini silalah dapatkannya di pasaran. Setiap cerpen tak panjang dan bagi yang tak suka baca novel-novel yang memang tebal-tebal maka CERPEN memang bacaan yang sangat sesuai untuk anda semua. Selamat membaca! Sekian!


P/S : Cepatnya Cuti Aku Berlalu! Haihhhh! Nampak Tak Kemalasan Aku Nih? Hahaha! (^_^)Y

19 ulasan:

  1. Cam best jer..Harga pun ok.Boleh la try beli seketol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelana Cinta : belilah..pasti tak menyesal sebab bahasa dia santai :-)

      Padam
  2. bolat pun suka Sejarah . tapi tak score smpai A mcm orang tuuuuu la kann . haha

    BalasPadam
  3. jap2 . 'open table' maksud encik hans ???

    **rjuk entry bolat yg awk komen . hewhew

    BalasPadam
    Balasan
    1. open table tu maksudnya belanja...hahaha

      Padam
  4. cm besh,,, huuuu,, mne nk cri ni,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari dekat kedai buku la Poi oiii..
      xkan nak cari dekat kedai runcit lak...
      hehehehe

      Padam
  5. sejak kahwin, dah x belikot novel2 begini..
    asyik2 mastika, infinity dan yg last beli mata tak berhijab.

    mungkin boleh kot nak ubah citarasa sekali sekala beli novel2 yg hans suggest tu? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ku tak minat baca mastika ker infinity ke apa tu...hahaha

      Padam
  6. Ala hans..nak baca post pasal masak2 dari Chef Hans..xnak pasal buku..hahahahahahahahahahaha..<--Kidding

    But honestly..i know nothing about good novels. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      tunggu nanti bila2 Chef Hans kasi tips terbaru yer :-)

      Padam
  7. dah lama tak baca novel ni..last kali buku eclipse..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..aku pun sebab cuti ada la masa sikit nak baca buku

      Padam
  8. oh minat novel fixi.aku pun suka, siap aku ada jual lagi. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius? novel Kelabu ada? hahaha

      Padam
  9. cover buku terbaik. karangkraf ke keluarkan? kalau ya boleh beli ikut online mall. Lama dah tak beli buku fizikal, paperless je sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan karangkraf...ini keluaran Fixi...

      Padam
  10. Balasan
    1. kalau tak berkualiti takkan cerpen-cerpen dia boleh menang pelbagai anugerah dan sangat tidak patut untuk terus menilai tanpa membaca.

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com