Selasa, 9 April 2013

Melancong Ke Bandaraya Bangkok - Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Seperti yang Hans janjikan Hans akan kongsikan pengalaman Hans melancong dan bercuti di Bandaraya Bangkok pada hujung bulan Mac 2013 yang lepas. Bergerak bersama 4 orang rakan dan memang percutian nih dirancang sejak sekian lama. Nak kumpul duit bukan mudah kan? Hahaha! Jadi, Hans mulakan dengan hari pertama lah yer!

Tiket kapal terbang Hans pukul 6 pagi jadi Hans pun tahan mata tak tidur semalaman. Nasib Hans terlayan Running Man dekat youtube jadi tak ada lah rasa mengantuk pun. Bila sampai dekat LCCT terus Hans rasa mengantuk! Hahaha! Jadi, bersarapan ala kadar sementara menanti kapal terbang tiba.

Hahhhhhhh!!! Dah nak menjangkau suku abad nih akhirnya tercapai jugalah cita-cita Hans nak naik kapal terbang! Kesian betul kan sebab baru merasa terbang di udara? Hahaha! Tetapi, alhamdulillah syukur sebab salah satu impian tercapai juga! Nampak tak muka gembira disitu? Hahaha! Bersebelahan dengan seorang penumpang yang Hans tak tahu warganegara apa tetapi boleh bercakap bahasa Melayu, English dan juga Thai. Sempat lah borak sekejap. Hehehe!

Rasa seronok naik kapal terbang nih waktu kapal nak terbang dengan waktu mendarat jer. Masa dekat atas awan tu teruja sekejap sebab Hans dapat tengok awan-awan dekat bawah tu cantik-cantik dan unik sangat tapi lepas dah lama sikit tu mulalah Hans rasa bosan balik! Hahaha! Apa-apapun, ciptaan Allah memang indah-indah belaka. Alhamdulillah!

Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang selepas dua jam berada di dalam kapal terbang Air Asia tu. Hah! Sudah kedengaran pengumuman dan lagu-lagu berbahasa Thai berkumandang di sana-sini dah. Sedikit rasa teruja sebab dah tak sabar nak pergi berjalan-jalan melihat tempat dan ragam orang-orang Thai nih! Hehehe! 

Walawehhhhhhhhhhh!!! Hans ingatkan dekat Kuala Lumpur jer jalan sesak tahap nak memaki tetapi dekat Bandaraya Bangkok nih lagi dasyat! Melalui pemandu pelancong Hans dapat tahu yang jalan dekat Bangkok nih setiap waktu pasti sesak tak kira waktu pagi, petang, malam, tengah malam mahu pun subuh. Dasyat! Jarak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang nak pergi ke tempat penginapan tu bukanlah jauh sangat pun tapi sebab jalan yang sesak nih buat Hans dan rakan-rakan lambat sampai sikit. Hehehe!

Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Akhirnya Hans tiba di Hotel Unico Express yang menjadi tempat Hans dan rakan-rakan menginap sepanjang percutian di Bandaraya Bangkok nih. Alhamdulillah! Boleh tahan lah bilik tidurnya dan layanan daripada pekerja-pekerja hotel nih mesra dan baik-baik. Hans dan rakan-rakan cuma ambil bilik jer. Pakej sarapan ker makan malam ker Hans tak ambil sebab makanan dekat hotel nih tak halal. Nak makanan halal kena cari makanan dekat luar tetapi alhamdulillah hotel nih dekat dengan Arab Street jadi tak ada masalah lah dari segi mencari makanan halal dekat sini.

Jadi, tempat pertama yang Hans pergi ialah MBK Center atau lebih dikenali dengan nama Mahboonkrong oleh masyarakat Thailand dan Hans dapat tahu yang MBK Center nih merupakan kompleks membeli-belah yang paling terbesar di Bangkok dan mula dibuka sejak tahun 1985. Mempunyai lebih 2000 kedai dengan ketinggian lapan tingkat dan apa yang menarik dekat sini ialah barang-barang serta aksesori gadget yang memang serius buat Hans rambang mata. Fuhhhh!!! 

Benda pertama yang Hans dan rakan-rakan beli ialah simkad telefon sebab memudahkan Hans nak telefon mereka kalau Hans sesat. Hahaha! Harga simkad nih lebih kurang RM20 lebih lah! Lepas tu Hans pun usha-usha lah tengok dan memang macam-macam yang ada. Casing iPhone memang bersepah-sepah dekat sini dalam macam-macam bentuk yang unik! Nasib Hans lah pakai telefon biasa-biasa jer. Hahaha! Power Bank pun banyak dijual dekat sini dan harganya memang jauh lebih murahlah dari Malaysia. Lepas tu kepada sesiapa yang ada anak dan ada membeli mainan Furby, dekat sini memang ada macam-macam aksesori utuk mainan Furby tu. Hahaha! 

Dah penat seharian mengembara dekat MBK Center tu jadi perut pun dah lapar. Memandangkan cuaca dekat Bangkok nih pun panasnya lain macam jadi memang dah rasa tak selesa. Jadi, Hans balik ke hotel dulu bersiap-siap sebelum menuju ke Arab Street yang terletak di Jalan Sukhumvit untuk makan malam. Dekat sini memang banyak tempat makanan halal tetapi yang tak halal pun ada juga. Jadi, kena bijak memilih lah yer! 

Taraaaaaaaaaaa!!!! Akhirnya sebuah restoran halal dipilih sebagai tempat untuk menjamu selera. Nama restoran Hans lupa nak salin pula tapi kepunyaan orang Arab! Tapi, apa yang Hans ingat harga nasi 'padkaprow' ayam yang Hans makan malam tu berharga 200 Bath bersamaan RM20 lebih duit kita lah! Hahaha! Menangis bila mengenang harga nasi nih tetapi rasa dia memang superb! Sedap nak habaq hanggggggg!!!! Banyak pula tu! Uniknya sebelum makanan yang Hans pesan sampai, pekerja restoran tu hantar dulu sebuah piring yang diisi penuh dengan pelbagai ulaman. Alhamdulillah! Lepas dah makan tu jalan-jalan sekejap tengok apa yang ada dekat Arab Street nih sebelum balik ke hotel dan berehat untuk hari esoknya.....

P/S : Nanti Bila-Bila Hans Rajin...Hans Update Part 2 Pula! Hehehe! (^_^)Y

26 ulasan:

  1. belum ade rezeki nk kesana..

    BalasPadam
  2. Seronoknya...buat part2 la Hans..senang nak rujuk nanti kalau nak ke sana hehehe

    BalasPadam
  3. bestnye. .buat byk2 review psl tmpt best2 sna. .mrasa gk kta menengoknya wlupun xpnh pergi. .haha. . :D

    BalasPadam
  4. perghhhh best tuuuuuuuuuu..... Dapat jln2 kat negara orang... apapun, belilah cenderamata kat ena satu.. hahahah XD

    BalasPadam
  5. wah , kimi pun kalau naik kapal terbang pun mungkin muka mcm hans tu , haha

    #tak pernah rasa naik kapal terbang lagi , hehe :)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. jalan-jalan tengok dunia orang :-)

      Padam
  7. bestnya jejalan g sne,,,
    nk ikut,,,,,,

    kunjungi blog sye jga

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah balik macam mana mahu ikut?
      haha

      Padam
  8. Dezee tak pernh naik kapal terbang lagi..teringin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      jom naik dezee
      gi Brunei jom

      Padam
  9. wahhhh syok... aku bila nak sampai pun tak tahu laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...bila2 yang bro beli tiket
      sampai lah tu nanti
      insyaallah

      Padam
  10. macam best..nnti ade rezki pi sana..nak wat jalan2 cari makanan halal..
    muahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      sila bawa duit banyak2
      makanan halal dekat sini harga mahal
      kalau yang murah tahap kebersihan pula lah yang risau sikit tu

      Padam
    2. www.geekbackpacker.com cuba cari kedai makan la
      www.facebook.com/1524888114469863/photos/a.1524888717803136.1073741825.1524888114469863/1524888924469782/?type=3&theater miangpla yang dekat Suwannaphum airport

      Padam

  11. baru balik kelmarin...best...3 hari 2 ,alam...

    BalasPadam
  12. Salam bro hans, bajet nak pegi bangkok ni agak2 dlm brape ek kalau pegi dlm 5 hari ke. Dah lama teringin nak pegi bangkok. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya budget around 2500-3000 macam tu...
      kalau awak boleh dapat tiket flight yg murah..insyaallah kos boleh diturunkan lagi kut
      dekat sini makanan halal mahal sikit

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com