Selasa, 10 Disember 2013

Makanan Tengahari RM72?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya aku nak berkongsi kisah mengenai percutian hujung minggu aku di Kelantan pada minggu lepas tetapi tak sabar pula rasanya nak berkongsi tentang pengalaman yang paling 'menarik' sewaktu berada disana.


Aku dan kawan aku pergi ke Pasar Siti Khadijah untuk membeli serunding dan kebetulan masa kami membeli-belah tu ialah waktu tengahari. Jadi memandangkan perut masing-masing dah lapar maka aku dengan kawan aku tu pergi lah makan tengahari dekat kawasan kedai makanan tingkat 2 di Pasar Siti Khadijah tu. Teringin nak makan nasi campur dan terlihat udang besar dan sotong besar memang buat air liur aku dengan kawan aku kecur.


Aku ada banyak pengalaman makan di Pasar Siti Khadijah nih dengan keluarga aku sebab jika kami berkunjung ke Kelantan memang inilah antara lokasi makan yang menjadi pilihan dan setiap kali makan memang kami sekeluarga akan ambil lauk yang mahal harganya di Kedah seperti udang, sotong atau ketam sebab harga makanan ini di Kelantan murah. Jadi, disebabkan pengalaman lalu maka aku pun berani lah ambil sepinggan nasi putih, seekor udang besar, seekor sotong besar dan juga air sirap. Kawan aku pula ambil sepinggan nasi putih, seekor udang besar, seketul ikan dan limau ais. Betapa seronoknya makan dan tibalah saat untuk membayarnya. Aku keluarkan not RM20 daripada beg duit aku.

Kawan Aku : Semua berapa kak?

Tauke Kedai : Makan apa tadi yer?

Kawan Aku : Nasi putih dua. Udang dua. Sotong satu. Ikan ketul satu. Minum air sirap dengan limau ais.

Tauke Kedai : 72 Riyal dik.

Aku : Hah? (Aku salah dengar ker nih?)

Kawan Aku : Berapa akak? (Terkejut dan tanya sekali lagi untuk kepastian)

Tauke Kedai : 72 Riyal dik.

Aku : ........(Biar Betul RM72? Serius?)

Selepas membayar RM72 maka aku dan kawan aku pun berlalu pergi. Sambil berjalan tu aku terfikir dan mencongak balik. Apa yang pasti harga dua gelas air tu ialah RM1 untuk segelas. Harga sepinggan nasi pula RM1 untuk sepinggan.


Air Sirap = RM1
Air Limau Ais = RM1
Nasi = RM1 x 2 pinggan
Total = RM 4

RM72 - RM4 = RM68

Udang Besar 2 Ekor + Sotong Besar 1 Ekor + Ikan Seketul = RM 68

Secara puratanya, harga seekor udang atau sotong tu ialah RM17.

RM17? Anda Bergurau Ker Tauke?


Baik aku makan buffet hotel jer kalau macam nih harganya!! Aku mulai pelik dengan harga makanan nih sebab setahu aku harga makanan di Kelantan murah. Kalau betul pun harga naik takkan lah mahal sampai macam tu sekali. Aku bukan berkira sangat tetapi agak-agak lah nak cas harga makanan tinggi macam tu. Jadi, aku mula bertanya kepada rakan-rakan aku dari negeri Kelantan sendiri dan kebanyakkan mereka mengatakan kemungkinan aku dan rakan aku 'dikapak' atau dengan erti kata lain 'disembelih' oleh tuan kedai dan teori yang mereka kemukakan ialah kemungkinan besar peniaga itu tahu dan rasa kami ini dari Kuala Lumpur selepas mendengar loghat percakapan kami.


Aku tak pasti lah sama ada memang betul aku dikapak atau memang betul harga lauk-lauk yang aku ambil tu memang RM17 seketul. Tetapi, aku fikir secara logik agak mustahil juga lah kalau harga makanan mahal macam tu tetapi dijual dengan banyaknya dan ramai juga yang makan. Aku juga perasan ramai orang Kelantan (jika mendengar pada loghat percakapan mereka sewaktu membayar) yang makan lauk udang besar tu dan bayar dengan murah jer pun. Kesilapan aku ialah aku tidak bertanya balik kepada tuan kedai tu kenapa makanan yang kami makan mahal sangat. Mungkin disebabkan terkejut besar kut sebab dalam sejarah hidup aku inilah makanan tengahari yang paling mahal aku pernah aku makan jika dilihat pada apa yang aku ambil.

Kalau betul memang harga udang dan sotong tu dijual RM17 untuk seekor (walaupun aku rasa memang mustahil) maka okay lah tetapi jika benar teori kawan-kawan aku dan aku sendiri yang merasakan aku 'dikapak' oleh penjual tu disebabkan tuan kedai tu ingat aku orang Kuala Lumpur dan orang Kuala Lumpur semuanya kaya-raya maka memang agak kecewalah sebab bagi aku semua pelanggan mempunyai hak yang sama untuk menikmati makanan dengan harga yang sama. Mengapa perlu membeza-membezakan pelanggan? Sebagai peniaga sepatutnya perlulah adil dengan apa yang kita jual sebab itu kan punca rezeki kita.


Kawan aku yang berasal dan tinggal di Kelantan sendiri juga ada bercerita bahawa beliau pernah menyamar menjadi orang Kuala Lumpur dengan bercakap KL dan memang harga yang dicas kepada dia mahal sungguh sebelum dia kembali bercakap Kelantan dan memarahi tuan kedai tersebut dan kembali mendapat harga murah. Apa-apapun, apa yang aku boleh simpulkan jika betul aku ditipu dan terpaksa membayar harga mahal memang amat menyedihkan lah sebab mana perginya tanggungjawab kau sebagai seorang peniaga.

Jadi, apa yang aku ingin kongsikan disini ialah jika anda ada rezeki untuk berkunjung dan makan di tempat tersebut, dan jika teringin nak makan udang besar atau sotong besar diminta terlebih dahulu tanya harga makanan tersebut kepada tuan kedai. Kalau tidak mungkin senasib dengan aku dan kawan aku kut. Hahahaha! Baiklah! Inilah sahaja luahan hati aku yang masih musykil dengan harga makanan tengahari aku yang terlampau mahal. Sekian!


29 ulasan:

  1. Alahai kesiannya... patut pegi balik kat tuan kedai tu... tanya harga satu2 lauk tu...

    BalasPadam
  2. Itulah kan.. Kata negeri Kelantan Serambi Mekah... Tapi, perangai orang tu tak langsung mencerminkan Islam...

    BalasPadam
  3. sadis dengar cerita hans, kita ni satu malaysia, duduk sebumbung, ada lagi manusia yang nak mengira taraf tempat yang berbeza-beza, menindas masyarakat sendiri, seumpama makan daging ahli keluarga sendiri.

    BalasPadam
  4. masyaallah! mahal mengalahkan buffet hotel...oo ini sah kena sembelih dek penjual tu...akkak dah bertahun tak ke pasar ni walau duk dekat. tak baiknya buat org macam tu..tentu sekali kena tak pegi dah next time. Next time kena tanya duly berapa harga biarla orang anggap pelik pun. kita ada hak.

    BalasPadam
  5. kapak jer kepala tauke kedai yang cekik darah tu...pelancong luar selalu terkena........huhu

    BalasPadam
  6. lain kali ajak la kwn yg org klantan jugak..baru la x kena 'sembelih'..:)

    BalasPadam
  7. mahalnya.. terus tak datang lagi lepas tu

    BalasPadam
  8. Kalau saya, sebelum makan, tanya harga terlebih dahulu.

    BalasPadam
  9. tudiooo . mmg nk kena kapak ah tauke ni . kadang2 geram bila tongtong balik . ishh >,<

    BalasPadam
  10. Mahal sangat tu..memang takkan pergi lagi.

    BalasPadam
  11. salam..
    nasib baik masa g bercuti kat kelantan tak kena mcm ni..

    BalasPadam
  12. mahal melampau!!!!!!!! patut awak tanya laa.... mesti ramai yang dah terkena.

    BalasPadam
  13. nanti balik klantan ak nk try pi menyamar
    nk tau harga brape
    lama gila x gi makan kat sana

    BalasPadam
  14. saya rasa harga tu betul...sebab udang besar dan sotong besar tu memang mahal kat sini...bukan macam di sabah.saya org kelantan pernah juga makan kat sana dan pernah tanya sotong besar..RM 20. sekor.

    BalasPadam
  15. mahalnyeeeeee. takkan sebab cakap KL terus dikasi harga macam tu? cekik darah betulllll >_<

    BalasPadam
  16. Mahal betul..! tak logik la harga udang seketul 17...dah mcm harga sekilo...
    ishh..silap betul la tak tanya...

    BalasPadam
  17. pernah juga terkena tapi takla sampai banyak tu tapi memang mahal la...

    BalasPadam
  18. hans memang silap.. silap tak bertanya kembali harga setiap lauk tu.. sedih gila kalau husna yg kena.. nangis tak pegi dah.. =(

    BalasPadam
  19. bukan je kedai makan sedara,kalau pegi kedai baju yang memang murah di rantau pajang umpamanya,cakapla dialek dorang. kalau tak memang kena sembelih. n nakbagi cadangan kalau nk makan ape2 jenis msakan cntoh mi udang galah,nasi goreng udang galah bsar dalam 3 ketul dan harga bwah 10 ya,cari di restoran d'lemal pasir mas okei. puas hati,dijamin.

    BalasPadam
  20. Ada kedai makan kat kedah pon pandai kapak orang siap tengok kereta dan no kereta lagi awas bila makan kat kedai selepas traffic light di pekan langgar makan nasi dgn rebung RM 7.5, Nasi Dgn sayur dan telor RM 4.5, kedai penuh lalat hijau pulak bila tengah makan baru nampak terus brhenti terus bayar air pon tak sampai order lagi lotor amat.

    BalasPadam
  21. jaga 2 bila nk mkn kat kedah trutama kt Pekan langgar kedai itu selepas traffic light mahal dan kotor penuh dgn lalat.

    BalasPadam
  22. saya dan kawan pi mkn kt pcb.. order 2 maggi ketam(ketam sekor tpi saiz kecik kategori ketam remaja gitu) dan colek(yng seafood celup tepung tu) dan air dua.. kira2 rm 96.. takazut iouls..rupa2 maggi ketam tu semangkuk 25 henggit! maggi naik rege ke?

    BalasPadam
  23. Harga udang besar pun dh rm50 1kg..bukan 17rgit...tu pun dh murh da,kt lain pyh nk dpt hrga mcm tu bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. udang 2 ekor sekor 500g...

      Padam
  24. Biasa la perniaga mkn melayu kebanyakan menipu. Terutama yg menjual mknan laut. Sy penah kena tipu udang galah masak Kari 1kg 8ratus. Utk dua org mkn.

    BalasPadam
  25. Bkn jer bab mkn..klo shoping pon sm..org kecek kelate dpt murah..org lua mhal..pe lanchau..

    BalasPadam
  26. haa.. sma je mne2 tmpat ngri lain pngri lain kna smbelih jgk.. .

    BalasPadam
  27. Maaf.. Ni cerita lama.. Tapi nak betulkan sikit.. Harga udang dkt pasar siti khadijah & kat mana2 pun sama. Saya kelantamese pun bayar $15 - $25 utk udang besar ikut saiz..Biasanya, tanya harga sblm ambik.. Kalau sotong besar pun sama.. X kira kelantanese @ bukan.. Mmg itu harga dia.. Biasa saya just ambik sekor yg besar share dgn wife..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com