Bercuti Di Bukit Gambang Resort City - Part 3

Akhirnya masa yang dinanti-nanti telah tiba. Kami berempat pun bergegas lah menuju Gambang Water Park untuk mandi-manda. Apa yang Hans cari dekat taman tema air ini selalunya cuma dua jer. Pertama permainan papan gelongsor. Lagi tinggi tempat tu lagi Hans suka! Hahaha! Satu lagi tempat yang ada ombak besar sebab seronok lawan ombak. Jadi, Gambang Water Park ada kedua-dua itu dan itu pun dah cukup lah untuk Hans.

Dekat tempat ombak nih seronoknya tu berebut pergi dekat patung penguin yang pancut air tu. Masing-masing berebut nak pergi situ sebab air dia kuat. Rasa macam badan kena urut jer bila air pancutan tu terjah badan. Hahaha! 

Nampak tak wajah gembira masing-masing! Hahaha! Mana tak gembira kalau main air sampai sama tahap dengan kanak-kanak ribena dah jadinya! Kuikuikui! Dekat sini akan ada pekerja Water Park Gambang yang akan bertanya jika korang nak ambil gambar dekat tempat mandi tu dan bayaran agak mahal juga lah untuk gambar yang di edit dengan tema Gambang Water Park tu bagi Hans. Baik ambil gambar sendiri jer. Hehehe!

Malam kedua ini pula aktiviti memang padat. Waktu untuk melihat dan mengenali haiwan yang aktif di waktu malam dengan lebih dekat di Safari Night Gambang. Tak sangka ramai betul orang waktu malam Hans dan kawan-kawan ada dekat sini.

Memang banyak haiwan dekat sini yang seronok lah untuk dilihat cuma agak mencabar sikit lah nak cari sebab gelap kan. Kena tengok betul-betul baru perasan. Macam main permainan Hide & Seek pula. Dekat sini memang banyak jenis haiwan daripada jenis tikus, kucing, landak, tapir sampai lah babi hutan pun ada. Jangan main-main! Hahaha!

Ini dalam gua kelawar! Aku seorang jer nak bergambar dalam ni rasanya sebab yang lain macam cuak-cuak sikit! Hahahaha!

Rupa-rupanya Hans bertuah malam tu sebab dapat menyaksikan persembahan Tarzan & Jane yang memang serius terbaik. Awal-awal tu Hans sebenarnya macam pandang rendah sikit sebab dalam fikiran ni asyik fikir ini mesti persembahan ala-ala funfair biasa jer. Rupa-rupanya serius terbaik! Dah aku pula yang teruja lebih dari kanak-kanak yang ada dekat situ. Dari segi lakonan, kesan khas, cahaya dan ketepatan waktu untuk kesan khas semuanya sempurna! Memang serius terbaik! Tahniah untuk semua yang terlibat dalam pementasan nih!

Dan selain itu juga ada persembahan gajah, badut serta bermain api yang disediakan dekat sini. Kepada sesiapa yang nak pusing-pusing dalam Bukit Gambang Resort City ini dengan kuda...jangan risau sebab perkhidmatan naik kuda tu pun ada! Funfair pun ada beb! Hah! Kiranya waktu malam tu korang tak bosan lah!

Malam tu disebabkan lapar jadi Hans dan kawan-kawan pun keluar sekejap dari Bukit Gambang Resort City untuk mengisi perut. Jauh juga lah kami memandu walaupun sebenarnya di luar Bukit Gambang nih ada jer banyak kedai makan. Kami jumpa satu kedai ini dan makan dekat situ. Servis agak perlahan dan tak tahu kenapa hari tu mulut Hans ini memang bising dan tajam sikit mengutuk servis kedai nih. Tuan kedai ini terdengar pula dan terus dia siapkan makanan dengan cepat. Nasib makanan boleh tahan sedap! Hahaha! Jadi, balik semula ke Bukit Gambang Resort City dan terus tidur.


HARI KETIGA

Awal pagi dimulakan dengan sarapan yang disediakan disini. Memandangkan hari kami pergi itu terdapat satu kumpulan besar rombongan daripada sebuah kilang jadi memang ramai gila sampai makanan cepat habis dan perlu menunggu agak lama untuk bersarapan.

Jadi, Hans nak bagi cadangan kepada pihak Bukit Gambang Resort City supaya dimasa akan datang kalau boleh cuba asingkan tempat makan di antara kumpulan rombongan yang besar dengan keluarga yang datang melancong atau tetapkan waktu makan supaya keadaan kelam-kabut macam itu tidak berlaku lagi.

Selepas makan tu kami berempat pun berlari ke kolam renang sebelah tempat makan dan mandi lagi! Hahaha! Habis gelap kulit I'ols! Nak kena makan Qu Puteh ker Terlajak Laris nak bagi putih balik nih? Hehehe! 

Tak sangka sekejap sahaja rasanya bercuti dekat Bukit Gambang Resort City ini. Mungkin disebabkan datang dengan kawan-kawan yang memang gila-gila jadi segala benda yang dibuat dekat sini semuanya menggembirakan! Memang serius gembira gila bercuti di sini!

Pada pendapat Hans, Bukit Gambang Resort City ini sebenarnya ada banyak kelebihan dan sebenarnya boleh menjadi salah satu taman tema terhebat di Malaysia ini asalkan pengurusan kekal terurus dan lebih banyak kemudahan dan tarikan disediakan disini. Apa-apapun, kepada yang belum pernah pergi kesini boleh lah datang berkunjung dan nikmati sendiri segala aktiviti yang terdapat disini. Harga pun berpatutan dan kemudahan bilik pun selesa! Terima kasih Bukit Gambang Resort City kerana berjaya menjadikan percutian kami berempat percutian yang cukup menggembirakan :)



Kami makan di Restoran Ana Ikan Bakar dan rasa-rasanya kalau anda orang Pahang mesti anda kenal kedai makan yang popular ini. Alhamdulillah makanan dekat sini semua sedap-sedap. Rugi kalau datang Pahang tapi tak makan dekat sini. Jadi, alhamdulillah berakhirnya coretan pengalaman Hans sepanjang 3 hari 2 malam bercuti di Bukit Gambang Resort City ini. Selepas ini Hans nak berkongsi pula pengalaman menjejakkan kaki ke Taiwan atas urusan kerja. Nantikan. Assalammualaikum :)

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama