Cita-Cita Nak Jadi Cikgu

Salah satu cita-cita aku yang agak murni juga ialah teringin nak jadi cikgu atau guru.

Memandangkan masa di sekolah rendah aku sangat bijak (angkuh tak?) dan selalunya aku menjadi tumpuan beberapa orang senior semasa di tuisyen untuk diminta tunjuk ajar daripada aku. Jadi, aku berjaya mengajar mereka sehingga berjaya mendapat A dalam matematik pada masa itu. Jadi, aku yakin aku mampu jadi warga pendidik yang sangat hebat dan berkarisma.

Apabila masuk sekolah menengah, gaya aku mengajar orang mula berubah. Aku rasa cepat marah bila banyak kali aku ajar tapi mereka tak faham-faham. Jadi, aku memang marah jer siapa yang tak faham tu. Tapi, dalam masa yang sama aku masih berminat nak menjadi guru.

Bila bersekolah dan pindah sekolah maka macam-macam ragam cikgu yang aku kenal. Bila jumpa cikgu yang disayangi murid-murid memang hati berkobar-kobar nak jadi cikgu. Masa hari guru dapat hadiah bertimbun-timbun. Wah! Berangan gila masa tu. Acah-acah kalau jadi cikgu mesti akan disayangi semua pelajar.

Bila jumpa cikgu yang tak digemari pelajar terus rasa risau pula. Takut nanti aku tak disukai. Dicalar kenderaan aku ker apa. Fuh! Taknak lah aku! Sebab aku berpotensi menjadi cikgu yang garang dan tak disukai pelajar aku rasa.

Jadi, aku ambil keputusan tak nak jadi cikgu. Tapi, jadi cikgu tak semestinya dengan mengajar saja. Banyak lagi cara lain boleh jadi cikgu kan?

Untung budak-budak sekarang sebab aku tak jadi cikgu. Kalau tidak habis lah korang!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama