Selasa, 19 Disember 2017

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Di Restoran 10 Binjai PNB Perdana Hotel

Assalammualaikum semua! Lama Hans tak update blog nih. Hahaha!
Hari ini terasa nak update sebab tadi dapat makan makanan yang cukup sedap. Memang sedap gila bak hang! Rugi kalau hangpa semua tak cuba.
THE BEST EVER DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Jadi, menu yang cukup sedap yang ingin dicadangkan kepada anda semua ialah menu Daging Salai Masak Lemak Cili Api dekat Restoran 10 Binjai bertempat di PNB Perdana Hotel yang berdekatan dengan KLCC tu.
Permulaan makan cucur udang dulu. Rasa biasa jer. Boleh lah!
Serius memang sedap gila weh sebab chef yang masak menu ni pun memang asalnya orang Negeri Sembilan. Terus hilang gian nak makan masak lemak cili api nih sebab sebelum nih ada juga makan dekat tempat lain tapi rasa tu tak kick lah. Yang ini memang sedap. Hans pun masa makan tadi memang makan tanpa rasa malu dah. Tak kisah dah orang sekeliling pandang pelahap ker apa. Janji sedap!
Nachos depa sedap juga bak hangggg! Terangkat cheese oittt!
Kali terakhir Hans makan masak lemak paling sedap pun ialah masakan nenek dan moyang kawan di Kuala Pilah masa Hans belajar diploma semester 3 dulu. Memang dah 8 tahun lah cerita dia.
Half Bird Roasted Chicken berharga RM21. Rasa pun boleh tahan!
Jadi, kepada sesiapa yang suka makan menu daging salai masak lemak cili api nih yang berharga RM22 dan dihidangkan sekali dengan set nasi serta sayur, Hans memang harap sangat korang serbu ke Restoran 10 Binjai di PNB Perdana Hotel nih untuk merasai sendiri makanan disini. Rugi weh kalau korang tak cuba sekarang. Makanan lain pun ada tapi daging salai masak lemak cili api nih memang win.
Skala Sedap : 4.6 / 5
Lokasi : 
PNB Perdana Hotel
Alamat : 
10, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur.
Restoran : 
10 Binjai

2 ulasan:

  1. menggoda betul laa makanan nie semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha....tetapi daging salai masak lemak dekat sini memang sedap gila

      Padam

Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh email kan kepada saya di mohamadhanisismail@gmail.com

Jika berminat ingin bekerjasama dengan pemilik blog ini melalui ulasan @ review berkaitan pelancongan, hotel, makanan atau apa-apa yang berkaitan juga amatlah digalakkan untuk berhubung dengan saya melalui email juga.