Selasa, 27 Februari 2018

Bekerja Di SL1M 2018 MAEPS Serdang

Assalammualaikum semua. Hujung minggu lepas memang Hans sibuk betul sampai tak dapat nak kemas kini blog sebab terlibat dengan program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Daripada hari Jumaat sampai hari Ahad memang sibuk dengan latihan perasmian dan latihan bersama pengacara sampai setiap hari tidur dalam tiga jam sahaja. Nasib tak jadi zombie! Hahaha!


Gambar di atas ini adalah gambar sesi mesyuarat bersama Puan Hajah Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebelum program bermula lagi. Pertama kali Hans terlibat dalam mesyuarat yang habis nak dekat tengah malam. Satu pengalaman yang agak menarik untuk Hans sendiri. Selalunya Hans kalau kena masuk bilik mesyuarat pun pada waktu pagi atau petang sahaja. Tetapi, mesyuarat dengan orang SL1M nih memang lain waktunya.


Dan buat pertama kali juga lah Hans menjejakkan kaki dekat MAEPS, Serdang nih. Boleh tahan besar sebenarnya kawasan MAEPS nih. Macam-macam ada sebenarnya dekat sini. Sesiapa yang tak pernah pergi tu nanti boleh lah rajin-rajin pergi. 


Gambar ini diambil masa hari Jumaat iaitu sehari sebelum program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 bermula. Memang semua pihak urusetia dan syarikat-syarikat yang terlibat sibuk mendirikan tapak gerai pameran dan jualan masing-masing. Memang meriah betul lah sebab banyak sungguh tapak-tapak yang disediakan dan semuanya penuh.



Macam Hans pula memang terlibat dengan program yang berlangsung di Dewan D sahaja sebab dekat sini program-program bersama artis, pakar motivasi dan keagamaan berlangsung. Jadi, kawasan pintu hadapan dewan ini dipenuhi dengan ratusan utas payung-payung yang berwarna-warni tu. Lawa kalau ambil gambar dekat situ tetapi memandangkan Hans memang sibuk gila jadi tak ada masa nak swafoto waktu-waktu genting nih. Haha!


Kalau sesiapa yang baca blog nih dan anda datang ke program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 pada Sabtu dan Ahad lepas mesti anda tengok pentas di sini meriah, cantik dan terbaik dengan pengcahayaan dan sistem suara yang padu kan? Gambar-gambar di atas adalah gambar sebelum pentas itu disiapkan. Memang beza kan sebelum dan selepas?


Di atas adalah bilik pihak produksi dimana Hans dan rakan-rakan juga turut sama berada di dalam tu. Memang program macam nih menggunakan berbelas kamera. Memang mencabar kalau jadi pengarah nak kena pilih shot-shot kamera yang cantik-cantik.


Makanan yang disediakan sepanjang program juga memang sedap-sedap sampai tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Ikutkan Hans memang nak sebat semua tetapi takut nanti rasa lemau pula bila kerja. Jadi, pilih mana yang mampu makan jer lah. Hahaha!


Hans dan rakan-rakan dibekalkan dengan walkie talkie tetapi macam Hans tak perlu sangat pakai nih sebab Hans dah pakai tempest. Nak tahu macam mana rupa tempest tu silalah google. Hehehe!


Malam sebelum program bermula, Hans terlibat di dalam latihan dan terpaksa jadi pengacara bersama seorang lagi rakan memandangkan kami berdua yang menulis skrip pengacara. Pada masa inilah juga semua pihak yang terlibat daripada pengarah, cahaya, suara, kamera dan sebagainya nak tengok mana yang betul dan mana yang tak kena sewaktu di atas pentas. Masa latihan nih memang sangat mencabar sebab latihan lebih daripada 7 kali kalau tak silap. Hans pun masa tu memang dah rasa letih gila sebab masa bercakap pun nak kena bercakap betul-betul macam pengacara. Tak kira lagi dengan rasa mengantuk dan lapar masa tu. Hahaha! Cuma yang Hans perasan malam tu Hans langsung tak ada rasa gementar ker takut-takut ker masa bercakap sebab depan Hans boleh tahan ramai juga orang dan pelajar-pelajar UPM yang duduk dekat kerusi-kerusi depan tu. Selalu ada juga lah rasa macam cuak tetapi kali ini semua perasan tu tak ada. Okay! Dah boleh jadi artis lah lepas nih. Hahaha!


Ini bilik pengacara untuk duduk dan berehat. Pengacara program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 ini ialah AG dan Nabil. Pertama kali Hans bekerjsama dengan kedua-duanya dan mereka berdua ini boleh tahan gila-gila dan kelakar juga. Kira seronok lah bekerja dengan dua orang nih sebab penat tu tak terasa.


Pertama kali juga lah boleh tengok Perdana Menteri Malaysia nih dekat-dekat. Hahaha! Budak-budak SL1M seronok lah bila diumum elaun naik lagi RM500. Kaya lah hangpa semua lepas nih. Hahaha! Gambar-gambar yang ada pengacara nih Hans rembat jer dekat instagram AG sebab masa nih Hans dekat belakang pentas. Tak sempat nak ambil gambar. Hahaha!


Macam-macam aktiviti sebenarnya yang ada sepanjang program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 berlangsung. Cuma disebabkan Hans memang sibuk dekat Dewan D ini dengan pengacara dua orang tu, jadi tak dapat lah nak merayap-rayap pergi tempat lain. Kalau bukan sebab kerja memang dah lama Hans terjah Hot Air Baloon dengan gerai-gerai makan. Hahaha!


Alhamdulillah! Lepas habis program ada pula cabutan hadiah kecil-kecilan dan yang tak sangka tu Hans dapat kipas meja. Hahahaha! Ini kali kedua sepanjang bernafas dekat muka bumi nih menang cabutan bertuah. Kali pertama menang masa umur 14 tahun. Itu pun menang jajan cekedis jer. Hahaha! Alhamdulillah Hans menang kipas! Yuhuuuu!


Sejak-sejak harga durian melampau-lampau sekarang nih memang dah lama tak makan durian. Tiba-tiba semalam ada kambing bakar dengan durian. Apa kau rasa bila seorang hantu durian berjumpa durian? Naik Sheikh lah jawabnya! Hahaha! Hans dah melantak dua ketul daging kambing yang besar gedabak tu. Lepas tu tiba-tiba baru tahu ada durian. Nah! Memang berbelas ulas lah Hans melantak. Gila rasa seperti berada di syurga masa tu! Hahaha!


Masa nih lah kawan-kawan nak ambil gambar. Sambil makan sambil bergambar dan akibatnya muka comot kelihatan disitu. Hahaha! Akibatnya, masa nak tidur memang badan panas lah sebab kombinasi makanan panas iaitu kambing dan durian. Masa makan macam di syurga. Masa nak tidur macam di ________. Sila isi sendiri. Hahaha!


Alhamdulillah! Berakhir sudah program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Banyak perkara baru yang Hans belajar sepanjang terlibat dalam program kali ini terutama dari segi pengurusan dan formaliti. In Sha Allah, harap dapat buat pelbagai lagi program yang besar-besar macam nih. Jumpa lagi!



P/S : Cari Mana Hans Dalam Video Di Atas! Hahahaha!

78 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan tahniah.
    Mesti rasa lega dan puas hati program dah berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..yups puas hati sebab program berjaya

      Padam
  2. Wahh temuduga slim...ada terbaca pasal ni kat mana ntah..

    teringin nak pegi, tapi xde masa pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang dapat banyak liputan media massa dan sosial :)

      Padam
  3. oo hans boleh mengacarakn majlis rupanya.
    good !

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa rehearsal jer
      bukan betul2 pun
      hahaha

      Padam
  4. Ambik tu..belakang tabir dia grand no

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      kena grand
      tak grand jenuh menjawab
      hahaha

      Padam
  5. Whoaa such a good experience!! ^^

    BalasPadam
  6. Thanks Hans for sharing your experience, kalau tidak sis tak tahu camne persediaan program SL1M ni..
    Nampak susah jugak, banyak tenaga kerja diperlukan..
    Bravo!

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak
      ini baru team production jer
      banyak lagi team lain :)

      Padam
  7. 1) best bekerja dpt pengalaman baru camtu cuma penat la kann
    2) wahhh tahniah dpt kipas..sejuk..blh berkipas lepas kepanasan makan duyan, kite pun jrg bertuah..rasanya 1st time dpt adiah cabutan bertuah masa family day bahagian thn 2012 kot. dpt kipas meja yg nipis tu.
    3) kambing aii x jeless..duyan tu ohmaiiii rasa dengki plak tetibe tgk org dpt makan duyan berbelas ulas..hahahah
    4) masa tidur, macam ni............... hahaha nak jugak isi..di nerakaaaaaaaa.. ahahahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus menjawab dengan betul
      hahaha

      Padam
  8. wahh..tahniah,pengalaman berharga ni, susah gak nak organise event besar, tapi yg penting kerjasama!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes
      apa yang penting? kerjasamaaaa! Hehehe

      Padam
  9. Balasan
    1. memang sodap
      terbaikkkk durian depa

      Padam
  10. Han baru 2 ketul besar kambing bakar.. mummy ni kalo sekor kambing bakar pun boleh habis tau..hahhaha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 ketul kambing + berbelas ulas durian D24
      kalau kambing saja saya okay jer
      hahaha

      Padam
  11. skrg ni banyak majlis2 ke apa2 dirasmikn kt maeps nun kan... nnti ada acara apc jabatan akak ni pun kt sana bulan depan...

    bestnya tang mkn2 tuh... durian ngn kambin pun ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh
      nanti kalau pergi sana
      try lah makan dekat House Of Kambing tu
      ramai kata sedap

      Padam
  12. thanks share pengalaman camni. seronok kita yang membacanya pun. cuma tu la kalau dapat join mesti lagi seronok tapi disebabkan kerja sabar jelah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      nanti ada program2 lain saya buat..saya share jer sini

      Padam
  13. nampak krew2 di sana busy dengan kerja masing2.. tahniah...

    BalasPadam
  14. hans script writer. bagusnya Bahasa Malaysia yang ditulis dalam entry ni :)

    BalasPadam
  15. Bestnya dapat menyumbang tenaga dalam event besar camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kerja jadi kena lah sumbangkan tenaga
      hahaha

      Padam
  16. wahhh. bestnyaaaa jumpa piyeeeeem :D ada mintak duit brim tak dengan dia? ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana boleh dekat2...ada bodyguard jaga dia
      hoho

      Padam
  17. Waah meriah rupanya event ni. Opis i pun ada bukak booth .

    BalasPadam
  18. yang mana satu hans..

    belum kenal sangat la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...tengok gambar profile saya kan ada muka tu

      Padam
  19. Meriah nya.yg paling best part doyan tu 😁

    BalasPadam
  20. Salam Hans kakya singgah balas kunjungan .. tq tau sudi terjah entri dan tinggalkan komen.. Alhamdulillah berjaya dengan jayanya.. tahniah hans..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah
      semua berjalan dengan lancar

      Padam
  21. wahhh..seronoknya Hans...tahniah Hans..rezeki tu dapat kipas meja tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang rezeki
      tak sangka pun
      hahaha

      Padam
  22. wahh menariknyaa.. baru tahu suasana macam mana. bukan senang nak majlis berjalan lancar . kan.. .penat pun tak apa.. tapi berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...yups
      selalu orang datang tengok yang dah siap sedia jer
      hehehe

      Padam
  23. Pengalaman kerja yang sangat menarik.. Part durian tu, i is jeles.. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sila lah jealous lama-lama
      hahaha

      Padam
  24. nmpk mmg bertungkus lumus nk jayakan program ni... kalu yg dtg tu x betul2 ambil manfaat mmg rugi laa kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sebab macam2 ada
      rugi kalau datang tapi pulang kosong
      :)

      Padam
  25. wah!! tahniah!!lama tak rasa aktiviti sibuk macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      memang sibuk
      makan pun berkejar-kejar

      Padam
  26. wahhh... tahniah !! best best !! .. mesti seronok dpt jumpe piyeeemm ^^

    BalasPadam
  27. wowww...dgr Hans cite pasal keje keje dan preaparation yg kena buat ni..tido x cukup..latihan berkali2..yg baca ni pun rasa penat tau :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang baca pun rasa penat
      apatah lagi yang bekerja
      hahaha

      Padam
  28. masa nak tidur macam di NERAKA kah kah kah

    BalasPadam
  29. Ohhh nilah dia programnya....sebab minggu lepas mak sedara suami cakap dia pun pergi sini, kilang dia pun join event ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh kilang dia nama apa kak?

      Padam
  30. kikikiki... Kambing dan durian, memang kombinasi yang terbaik untuk berkipas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tahu tak apa
      nasib boleh tidur sebab penat sangat dah

      Padam
  31. ewahh... sedapnya makan durian.. aku tak merasa lagi beb tahun ni.. cis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      mahal sekarang durian pun
      alang2 benda free memang pulun melantak lah
      hehehe

      Padam
  32. bestnya hans. pengalaman tu seronok!.. ada peluang untuk jd crew di sl1m...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dah jadi dah pun
      hahaha

      Padam
  33. Ahahahahaha duriannn! Okey, fokusnya kat durian xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      durian tu menu wajib fokus dan wajib telan

      Padam
  34. pengalaman yang sungguh berharga.

    BalasPadam
  35. Blogwalking & Selamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com