Rabu, 28 Februari 2018

Nasi Ayam Penyet Bulldozer Seri Kembangan

Assalammualaikum semua. Hari nih sebenarnya Hans teman rakan serumah pergi ke kawasan Balakong, Seri Kembangan sebab ada barang yang nak dibeli. Memandangkan kami keluar waktu tengahari jadi tangan kawan Hans nih pun tergatal tergoogle tempat makanan menarik dekat kawasan Seri Kembangan. Sekali terjumpa nama Restoran Ayam Penyet Bulldozer nih. Bukan main ganas lagi namanya!


Nama Kedai :
AYAM PENYET BULLDOZER

Alamat :
No 49,
Off Jalan Balakong,
4, Jalan Cengal,
Taman Impian Ehsan,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :
12.00 PM - 12.00 AM

Telefon :
0196474067

Facebook : 


Masa awal-awal dengan nama restoran nih memang Hans seronok lah bergurau dengan kawan Hans tu. Agak-agaknya mungkin ayam-ayam dekat situ kena lenyek dengan bulldozer dulu sebelum digoreng. Tetapi, mengikut ulasan-ulasan pelanggan yang pernah makan dekat sini boleh dikatakan keseluruhan memuji tinggi melangit kesedapan menu-menu dekat sini. Hans nih pula jenis susah juga sebenarnya nak percaya ulasan orang nih melainkan kena cuba makan sendiri juga.


Asalnya Hans nak makan Nasi Goreng Bulldozer tu tetapi sebab ada bahan-bahan dalam nasi tu belum disediakan lagi jadi Hans pun pesan lah Nasi Ayam Penyet Bulldozer. Sambil-sambil tunggu makanan sampai tu sempat lah Hans belek-belek buku menu restoran ini. Harga dekat sini tak ada lah mahal sangat dan tengok kepada kuantiti makanan orang-orang yang makan dekat sini tadi boleh tahan banyak. Tetapi, apa-apapun kena tunggu makanan sendiri sampai dulu dan baru boleh bagitahu puas hati atau tidak. Hahaha!


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Masa awal-awal sampai tu tiba-tiba rasa macam kanak-kanak ribena wehhhh! Tiba-tiba wajah Nasi Ayam Penyet Bulldozer nih dah macam kuih karas. Macam sarang burung pun ada juga. Hans pun memang teruja lah nak ambil gambar makanan bila tengok persembahan makanan sangat cantik macam nih. Jadi, suapan pertama Hans hancurkan sarang-sarang yang menyembunyikan ayam tu dan makan sarang tu sikit-sikit. Sedap weh! Rasa manis masin macam mana entah tetapi memang sedap lah! Sarang nih kalau tak silap Hans dibuat menggunakan telur putih dan tepung. Sambal dia pun sedap bak hanggggg!! Rasa manis pedas macam tu! Sebenarnya tak cukup sambal tu tetapi sebab macam malas nak minta jadi makan apa yang ada jer lah! Hahahaha! Ayam penyet pun lembut gila. Mungkin sebab kena lenyek dengan bulldozer lah kut!



Minuman untuk kali ini ialah Jus Teh Hijau atau popular dipanggil oleh netizen dengan nama Green Tea Juice. Kuantiti air sangat banyak dan kalau nak dibandingkan dengan harga memang rasa berbaloi sangat. Pandai orang yang buat air nih sebab memang kena dengan selera tekak Hans.


Seperti biasa lah kalau dah makan kena bagi betul-betul habis. Sebab orang-orang tua pesan kalau tak habiskan nasi nanti nasi tu menangis-nangis. Lagi pun tolonglah hargai pesawah yang berhempas pulas menanam padi. Dan kena ingat sebutir nasi ibarat setitik peluh matahari! Hahaha! Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :


Kuantiti Makanan:
Banyak


Ayam Penyet:
Memang Lembut Dan Sedap

Sambal Belacan:
Memang Padu

Tempe Dan Tauhu:
Sedap Dan Lembut


Air:
Sedap

Servis:
Sederhana Pantas 

Kebersihan:
Baik


Jadi, harga makanan dan minuman yang Hans makan untuk kali ini adalah seperti di bawah :
Nasi Ayam Penyet Bulldozer:
RM8.50

Jus Teh Hijau @ Green Tea:
RM3.00


Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans makan untuk kali ini di RESTORAN AYAM PENYET BULLDOZER. Kepada yang pernah makan di sini jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen. Kepada yang belum pernah berkesempatan untuk merasa menu-menu yang menarik dekat sini, silalah cuba sebab memang sedap-sedap dan sangat berbaloi.

SKALA SEDAP : 4 / 5 


P/S : ADA REZEKI IN SHA ALLAH NAK DATANG MAKAN NASI GORENG BULLDOZER DENGAN SHELLOUT BULLDOZER SEBAB RAMAI KATA SEDAP! 

102 ulasan:

  1. Balasan
    1. sila-sila
      sedap ohhhh
      rugi tak cuba :)

      Padam
  2. Ooh agak kejam bunyi gurauan seperti itu... ahahaa. Tudiaa, licin pinggan... sedap la tu, harga pun kira ok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kejam kan?
      tapi memang sedap :)

      Padam
  3. tgh malam buta macam ni..jd lapaq kak shaz..ahhahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      bertabahlah kak
      esok masih ada untuk makan
      hehehe

      Padam
  4. wah USP kedai ni memang kaw2..
    Presentation ayam penyek dalam sarang tu pon lain dari lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang unik
      dan paling penting memang sedap
      hehehe

      Padam
  5. Balasan
    1. yer abang senduk
      memang sedap
      terima kasih google
      hahaha

      Padam
  6. Mana gambar ayam penyet? Nak tengok macammana kejadiannya lepas kena lenyek dengan bulldozer

    BalasPadam
    Balasan
    1. xsempat nak tunjuk
      dah kena lenyek masuk perut dah
      hahaha

      Padam
  7. Ngam. Dah berhampiran tpt kje ni. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah
      boleh try lah hari nih
      hehehe

      Padam
  8. unik menu ayampenyetnye sbb ada sarang telur tu..trus tk nmpk ayam penyet

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam penyet menyorok
      tapi besar ayam dia

      Padam
  9. Ayamnya menyorok... tak nampak pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha
      yer menyorok disebalik sarang telur tu
      tapi besar ayam dia

      Padam
  10. Lain maciam namanya... rupanya pun sama.. hahaha.. betul2.. macam kuih karas

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      tu lah
      sama kan macam kuih karas sekali pandang

      Padam
  11. Sha yang baca ini pun tergoda.. Rasa cam nak gi terjah lah pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sila terjah
      memang tak rugi
      hehehe

      Padam
  12. AP nmpk lain drpd yg lain bila ada sarang burung tu... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      presentation dia nampak unik dan cantik

      Padam
  13. Unik nama menu dia. Platting pun menarik. Rasa pun sedap ye. Berbaloi dtg sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yes memang berbaloi
      datang lah cuba
      sedap2 makanan dia

      Padam
  14. Huiii! Lain macam rupa ayam penyet dia. Nama pon dah ganas. Macam nak kena pergi cuba je ni. Tengah lapar ni. Glup!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila2
      sedap2 makanan dia
      air dia pun sedap

      Padam
  15. wow weeee...kita try ni.. tak jauh dah ni

    BalasPadam
  16. pernah dengar tapi tak pernah pergi lagi...nampak macam sedap. boleh la pergi lepas ni

    BalasPadam
  17. Wow. Bulldozer? Weird name. Nampak very interesting. Poslaju to kuching boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      basi lah jawabnya lama2 dalam bungkusan
      hahaha

      Padam
  18. TERgatal TERgoogle katanya...kih kih kih

    BalasPadam
  19. haha tak tahan! Ada pulak nama menu ketam membongak ^_^
    Telur bersarang tu rupanya sorok si ayam penyet tu..saspen je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      Hans tak makan ketam so tak dapat nak kongsi lah rupa macam mana ketam membongak tu
      hahaha

      Padam
  20. ketam lembut penyek bulldozer pun ada? dah la lembut kena penyek pulak..kih kih kih lawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua dekat sini memang semua dilenyek bulldozer
      hahaha

      Padam
  21. kalau dah tinggal tulang tak sedap lagi tak tahu laaa heeee

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. ya
      harga kira murah dan kuantiti pun banyak

      Padam
  23. Eehh sedap n murah arrr. Tlapar lak tgk.

    BalasPadam
  24. Dengam presentation mcm tu plus harga mcm tu memang murahlah lah...tgk pinggan licin confirm sedap lah tuh..nak try jugak

    BalasPadam
  25. Amboi amboi nama ayam penyet dia ni.... haha.. boleh tahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nama menarik kan
      heheeh

      Padam
  26. ingatka kuih karas gak tadi..nampak unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      memang unik
      mula2 dapat tu memang semangat nak ambil gambar

      Padam
  27. Mcm menarik jugak nasi ayam bulldozernya Hans.... Ada kelainan gitu, siapa ada sarang telur tu mana nak jumpa weyh! Ayam besar ke kecik Hans? Hakak kalau makan nasi ayam ni ayam kena cukup kalau tidak, mcm tak sempurna je hidup hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam dia besar kak
      puas lah makan
      hahaha

      Padam
  28. Terima kasih makan kat kedai Ayam Penyet Bulldozer..kedai anak saudara saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh...
      semoga kedai anak saudara awak nih akan terus maju sebab makanan sedap :)

      Padam
  29. amboi...nama bulldozer...

    BalasPadam
  30. hallamak..menggugat jiwa...tapi kalau cikyan, prefer ikan keli kot dr ayam..sbb dah addict dekat ikan keli...hahahhaha..tapi ayam pon cikyan suka jugak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan keli pun sedap juga
      hehehehe
      tapi malas nak makan tulang2
      hehe

      Padam
  31. harga juga sangat berpatutan...

    nama yang pelik begitu bagus untuk senang ingat..

    kalau nak promote dengan orang lain juga mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah
      kena bagi kredit dekat siapa yang bagi nama bulldozer tu
      hahaha

      Padam
  32. Assalam

    Baguih hang promosi no... ada rezeki cek mai sini..insya allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam
      benda sedap elok dikongsi2 :)

      Padam
  33. Serius nampak macam sarang burung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tu lah
      lawa kan
      nak makan pun bersemangat pandang pinggan

      Padam
  34. sedapnyaaaa. lapo la pulak :D

    BalasPadam
  35. teserlah kesedapannya dek kelicinan pinggan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang sodap
      silalah cuba kalau berkesempatan :)

      Padam
  36. Kemain gangster lagi nama makanan dia haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah
      rasa pun gangster
      hehehe

      Padam
  37. tinggal tulang je? memang terbukti sedap sangatlah tu. kena cuba sekali ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      cuba2
      rugi kalau tak cuba

      Padam
  38. Nama resepi pun bulldozer ye Hans. Uiii tak tahan tengoknya nasi ayam penyet tu. Tetiba lapar malam2 ni ha. Ok boleh try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. try jangan tak try
      kawan2 saya dah pergi makan dah tadi
      semua kata sedap
      hehehe

      Padam
  39. Ayam penyeknya kena sorok ye... Sebelum baca entry nie... teman dok tercari-cari jugak la... mana la ayam yang di penyek tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena sorok dengan sarang telur
      masa makan dah terlupa nak ambil sebab sedap kan
      yang tinggal tulang jer lah dalam gambar
      hahaha

      Padam
  40. Dengan skala yang diberi tu memang sedap sungguh tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk saya memang sedap
      saya datang hari tu dengan kawan serumah
      kawan serumah pun cakap sedap

      Padam
  41. ingat nak tengok rupa ayam tu .sekali scroll bawah tak ada pulak.. XD. kempunan nak makan nasi ayam penyet.. yang ni lain benor siap bulldozer.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok tulang ayam pun dah cukup
      karang tengok ayam lagi kempunan jadinya
      hahaha

      Padam
  42. disebalik sarang tu memang betul-betul ada ayam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer lah
      nama pun ayam penyet
      mestilah ada ayam
      hahaha

      Padam
  43. Seki kena bulldozer ayam Tu.. fuyoo mesti sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      bagi Hans memang sedap :)

      Padam
  44. Wah memang macam bulldozer penyet yer... Nak try gak la sebab skala kesedapan tu tinggi gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kena try zumal
      nanti orang kampung tak berkunun
      hehehe

      Padam
  45. Tuuu diaaa.. licin habis haha. Compem sedap ni.. ok, nanti nak terjah sini.. thanks sharing bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      terjah jangan tak terjah
      welcome bro :)

      Padam
  46. menarik presentation nya..ayam dlm sarang..
    harga makanan takdelah mahal, reasonable..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      presentation dia menarik
      harga murah
      rasa pun sedap
      cuba lah :)

      Padam
  47. hadoi hans menggoda betul nasinya! hehe. sedap tngok;

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      memang sedap
      sila cuba :)

      Padam
  48. Ayam tu dia letak dlm sarang telur tu ke? Ke mcm mana? Nampak menarik pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam tu di dalam sarang tu
      memang menarik dan rasa pun sedap
      silalah cuba makan :)

      Padam
  49. Ok, yang ni dah bookmark. Balik Malaysia kena cuba. Menangis-nangis weyh baca ni, kat Taiwan sambal pun takde T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. uishhh
      dekat taiwan tak ada sambal ker?
      kena buat sendiri lah macam tu bila disana
      hehee

      Padam
    2. A'ah orang Taiwan tak makan pedas sangat kot.. beli makanan mintak paling pedas pun tak pedas langsung. Seb baik bawak sos cili.

      Padam
    3. owhhh macam tu
      mungkin lah kan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com