KFC Zinger Cheezilla

Assalammualaikum semua. Lama dah Hans tak menulis tentang ulasan makanan dan kebetulan pada minggu ini KFC telah mengeluarkan satu menu baru yang diberi nama KFC Zinger Cheezilla. Biasa lah tu bila dah nak dekat gaji nih memang pandai lah pihak pengurusan KFC nih nak dapatkan duit gaji anda semua tu dengan mempromosikan menu baru nih kan. Secara jujurnya Hans rasa inilah pertama kali Hans makan burger keluaran KFC. Bila Hans tengok iklan nampak macam menarik pula jadi Hans ambil keputusan untuk cuba makan burger nih selepas selesai solat jumaat sebentar tadi.



Tengok lah gambar dekat atas nih. Nampak besar dan sangat padat dengan kepingan filet ayam dan keju mozzarella. Memang berjaya buat Hans rasa tak sabar-sabar nak beli dan makan. Jadi, Hans pilih KFC Zinger Cheezilla Combo Set yang berharga RM16.90 dimana Hans dapat burger nih sebiji, kentang goreng dan air pepsi yang tiada kalori. Katanya lah tiada kalori. Hahaha! 


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa kotak KFC Zinger Cheezilla. Masa dapat jer kotak nih, Hans tengok macam kecil jer. Dalam hati terus cakap memang manusia nih selalunya mudah tertipu dengan iklan-iklan pemasaran nih. Dalam iklan memang semua nampak besar. Tetapi, masa pegang kotak tu boleh tahan juga beratnya. Tetapi, Hans abaikan dulu burger nih sebab yang penting kena makan dulu kentang goreng sebelum ia sejuk dan terasa lemau. Jadi, mari makan kentang goreng dulu. Yahooooo!!!


Kentang goreng yang KFC nih bagi tak ada lah banyak sangat kuantitinya tetapi agat mengejutkan sebab rasanya memang sedap. Garing rangup dan ciri-ciri kentang ini memang menepati citarasa Hans sendiri. Ditambah pula memang perut dah lapar jadi memang laju lah mengketedarah kan. Jadi, kentang goreng dah selamat berenang-renang di dalam perut. Mari kita buka kotak yang membaluti rupa KFC Zinger Cheezilla nih pula.


Perggghhhhh!! Jangan disangka kotak burger yang kecil menandakan burger tersebut juga kecil. KFC telah membuktikan sebaliknya. Serius besar gedabak KFC Zinger Cheezilla nih. Sampai terkeluar isi ayam tu. Patutlah masa pegang kotak tu tadi rasa berat jerMemang terbaik nak habaq mai!


Nampak tu? Nampak tak? Filet zinger ayam dengan keju mozarella sampai dah nak terkeluar daripada roti. Patut lah KFC letak nama Cheezilla. Memang burger nih jatuh dalam kategori adik beradik dengan Godzilla dan Kaiju. Punya lah besar! Jenuh lah Hans nak menganga luas masa makan nanti. Apa-apapun, sebelum tu mari kita bedah siasat dulu KFC Zinger Cheezilla nih



Yang sebelah kiri ialah filet zinger yang memang besar dan padat dengan isi ayam. Yang sebelah kanan pula ialah isi keju mozarella yang sangat besar! Ditambah lagi dengan sos keju. Cuma tadi Hans tak perasan ada ker tidak salad. Hahaha! Yang penting memang KFC Zinger Cheezilla yang Hans makan tadi sangat besar. Tak percaya tengok bawah nih.


Alhamdulillah! Rasanya boleh tahan sedap. Memang bertali-tali lah keju bila Hans makan burger nih tadi. Bersemadi sudah KFC Zinger Cheezilla yang besar nih di dalam perut Hans yang kurus tu. Hahaha! Serius bagi Hans memang sangat berbaloi sebab kuantiti filet ayam dan isi keju yang sangat banyak sampai Hans dah rasa kenyang walaupun baru makan setengah bahagian burger. Terbaik lah KFC!


Dengan harga RM16.90, anda semua sudah boleh menikmati kelazatan dan kemewahan menu terbaru KFC Zinger Cheezilla di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda. Tunggu apa lagi! Serbu KFC cepat-cepat dan pastikan pekerja KFC tidak dapat berehat kerana melayan pesanan dan kerenah anda semua. Muahahaha!

SKALA SEDAP : 3.8 / 5


P/S : MASIH BERASA KEKENYANGAN AKIBAT PENANGAN KFC ZINGER CHEEZILLA.

40 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tgk first gambo tu, mmg drooling sangat. tp, ape yg dpt selalu tak sama ngan gambo kannn

    ردحذف
    الردود
    1. biasa lah
      iklan mesti tak sama dengan yang realiti
      tetapi nasib rasa yang dijanjikan dan kuantiti dia memang besar macam iklan
      hahaha

      حذف
  2. Nampak sedap je makan burger KFC nie . Tapi wani tak makan cheese , hehe . Selalu cheese celet dekat suami punya makanan .

    ردحذف
  3. Baca tajuk sekali lalu tadi ingatkan KFC Zinger Cinderella. Hahaha... lama dah tak pekena spesies Zinger ni, selalunya dok order Colonel burger, spicy fried chicken, cheesy wedges n coleslaw ja. Nanti nak try menu baru ni pulak la, nampak menarik :D

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha jauh sangat cinderella tu...try lah..kenyang ohhh

      حذف
  4. Arghhh stress tengok. Akak nih memnag peminat zinger burger tau.kalau pergi kfc memg orde burger.tak boleh jadi nih hari nih juga nak ajak suami makan kfc

    ردحذف
  5. Pergi KFC selalu nak makan ayam je. I kurang sikit burger2 ni. Tp encik suami mesti suka sebab dia suka burger

    ردحذف
  6. hahaha ni la contoh power of advertisement...
    tengok gambo iklan meleleh air liur
    tapi tgk sebenar.. aduhai...
    tapi tak kisahlah kan.. yang penting sodapppp..

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      nak tarik orang mesti lah iklan kena gempak :)
      tapi sedap :)

      حذف
  7. GV confirm nak rasa burger ni. Nampak sedap sangat Mr Hans. :D

    ردحذف
  8. zinger burger kfc mmg sodap.
    tapi sy tak suka cheese. so better beli yg biasa jelah.hehe

    ردحذف
  9. besau nau rabak mulut sy nnt😆😆😆

    ردحذف
    الردود
    1. tekan-tekan burger tu bagi padat
      tak pun makan satu-satu bahagian dulu
      hahaha

      حذف
  10. sedap la pulak.. dh hampir setahun xmkn kfc ahaha..

    ردحذف
  11. nmpk sedap..berbaloi dgn harganya..2 jenis cheese..

    ردحذف
  12. Burger ayam KFC kadang-kadang cepat muak lah Hans sebab daging ayam dia tebal..
    Itu pendapat sis..

    ردحذف
    الردود
    1. owh yer ker
      tapi yang nih sedap
      2 kali dah makan
      hahaha

      حذف
  13. KFC Zinger Cheezilla tu bersaiz sangat besar. Macam boleh 2 atau 3 orang berkongsi bersama.

    ردحذف
  14. 3.8 jek? tgk gambar iklan tu menarik gilak..tgk hans pergi mkn..tu jek burger nya..boleh la ek

    ردحذف
    الردود
    1. 3.8 kira okay lah tu
      sedap burger nih
      dah dua kali dah saya makan
      hehe

      حذف
  15. akak dah makan.. agak kurang di tekak akak hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      tak kena dengan selera akak la tu kut
      saya suka cheese :)

      حذف
  16. Terus rasa nak gi KFC sekarang.. kikiki

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم