Jumaat, 30 Mac 2018

Restoran Mishaltit Seri Kembangan

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi tentang makanan orang Syria yang sedap dan enak di makan di Restoran Mishaltit. Kebetulan kawan Hans tiba-tiba mengidam nak makan makanan Arab. Jadi, bila google terjumpa restoran ini dan kami pun mengambil risiko untuk makan disini buat pertama kalinya.


Nama Kedai :
Mishaltit Restaurant (Serdang South City)

Alamat :
A-G-11,
Persiaran Serdang Perdana,
Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Waktu Operasi :
12.00 PM - 02.00 AM

Telefon :
0142349457

Facebook : 

Bila tengok menu-menu yang disediakan, memang Hans dan rakan agak rambang mata lah sebab tengok gambar semua nampak menarik dan menyelerakan. Jadi, akhirnya kami memilih senarai menu di bawah untuk dicuba :

Makloubah Rice With Lamb = RM20

Chicken Shawerma Pizza Mishaltit = RM18.50

Hummus With Tahina (Large) = RM7.00

Roti Nan = RM2.00

Jus Mangga = RM7.00

Jus Nenas = RM6.50

Jumlah Keseluruhan = RM61.00

Tudiaaaaaaaaaaa!! Secara purata untuk seorang makan ialah RM30. Tetapi, semua mesti dah tahu bila makan makanan arab nih, kuantiti makanan dia memang banyak sebab orang Arab kan makan kuat. Hahahaha! Jadi, Hans mulakan bacaan Bismillah dan mari lihat apa dulu yang sampai atas meja. Hehe!


Jus mangga yang Hans pesan dah sampai. Serius sedap gila sebab tak ada ais dan kesejukannya sangat menyegarkan. Rasanya mungkin ais dah dikisar sekali dengan buah tetapi tak ada pula rasa kasar ais tu. Senang cakap kuantiti jus memang banyak dalam gelas yang besar nih. Dengan harga RM7.00 memang sangat berbaloi.


SKALA SEDAP : 4 / 5 


Sampai sudah Nasi Makloubah bersama Daging Kambing yang dinanti-nanti oleh Hans. Nasi ini didatangkan sekali dengan potong terung, sambal tomato serta sup kosong. Masa untuk membuka bungkusan daging kambing tu. Yehaaaa!


Punyalah banyak daging kambing yang dia bagi. Dengan nasi setalam, potongan terung yang besar dan segenggam hirisan kobis. Memang Hans dah bersedia untuk jadi orang Arab pada malam tu. Hahaha!


Memang tak dapat nak habis sebab sebelum nasi nih sampai ada makanan rakan dulu yang sampai. Jadi, memang dah tak boleh nak telan sebab banyak sangat. Cuma alhamdulillah daging kambing yang lembut dan sedap tu berjaya dihabiskan. Rasa terung pun boleh tahan sedap walaupun Hans sebenarnya tak suka makan terung. Jadi, ini antara pandangan dan penilaian Hans untuk menu Nasi Makloubah bersama Daging Kambing ini. 

SKALA SEDAP:
3.5 / 5 

Kuantiti Makanan:
Tersangat Banyak

Daging Kambing:
Kuantiti Banyak, Daging Lembut, Sedap Dan Tidak Berbau

Terung:
Lembut, Sedap Dan Rasa Lemak

Sambal Tomato:
Rasa Lebih Kurang Sama Macam Di Kedai Makanan Arab Lain

Sup:
Tak Berapa Gemar Sangat Sup Orang Arab

Nasi:
Kuantiti Sangat Banyak Tetapi Sederhana Sedap

Servis:
Sangat Pantas


TARAAAAAA!!!! Ini lah rupa serta saiz Chicken Shawerma Pizza Mishaltit. Memang nampak menyelerakan. Tunggu apa lagi? Masa untuk mengketedarah kini bermula!  



Hans sukakan pizza nih sebab rasanya tu lain daripada pizza di Malaysia. Satu rasa yang Hans tak pernah makan lagi. Memang rasa pizza ini mengikut citarasa orang Arab. Jadi, untuk Hans memang satu pengalaman rasa yang baru sebab dapat makan pizza hasil air tangan orang Syria ini. Jadi, ini antara pandangan dan penilaian Hans untuk menu seterusnya ini. 


SKALA SEDAP:
4 / 5 


Kuantiti Makanan:
Saiz Mengikut Piawaian Yang Ditetapkan (Hahaha)

Keju:
Kuantiti Keju Mozzarella Yang Banyak Dan Sedap

Sos Pizza:
Rasa Masam-Masam Tetapi Kena Dengan Kombinasi Yang Lain

Kerak Pizza:
Lembut Dan Rangup

Servis:
Sangat Pantas



Sebenarnya, menu pertama yang sampai ialah set Hummus dengan Tahina saiz bersama roti nan. Ini kawan Hans yang pesan tetapi sebenarnya dia main pesan jer. Hans sebenarnya adalah bising sikit dekat dia sebab dia pesan saiz besar. Hans tanya,"Kau pernah makan ker yang kau order saiz besar nih?" Dan semestinya jawapannya tidak. Tetapi, bila tengok bentuk dan rupa menu ini, nampak macam menarik dan kreatif. Apa agak-agak rasanya yer?


Itulah hasilnya! Tak habis! Hahaha! Menu Hummus dengan Tahina ini sebenarnya diperbuat daripada kacang kuda, dan dicampur dengan minyak zaitun, jus lemon, garam, bawang putih dan sos tahini. Dari segi rasa, mula-mula makan memang rasa pelik. Tetapi, bila lama-lama makan dengan roti nan tu, rasa macam sedap pula. Jadi, ini antara pandangan Hans serta rakan Hans untuk menu yang luar biasa bagi kami nih :

SKALA SEDAP:
3 / 5 

Kuantiti Makanan:
Banyak

Rasa:
Kadang-Kadang Aneh & Kadang-Kadang Sedap

Roti Nan:
Lembut Dan Sedap

Servis:
Pantas


Jadi, selesai sudah mengketedarah di Restoran Mishaltit cawangan Serdang South City. Alhamdulillah, keputusan yang tepat mencuba nasib makan disini sebab menu-menu yang kami makan semua sedap-sedap dengan kuantiti yang memang cukup banyak. In Sha Allah, kalau datang lagi nak cuba menu-menu yang lain pula. Kepada yang belum pernah makan disini, mungkin boleh jadikan restoran ini sebagai lokasi jalan-jalan cari makan anda yang seterusnya. Selamat menjamu selera.

P/S : ALHAMDULILLAH! LEPAS NIH MAKANAN APA PULA YANG NAK DIMAKAN? ADA CADANGAN? 

43 ulasan:

  1. oh restoran arab tp pelik skit sebutan die....lama tk mkn nasi arab...menu kambing paling fav

    BalasPadam
  2. Dalam banyak-banyak menu piza mishaltit paling mengoda patut dapat skala 4/5 dari hans nak kena cuba ne

    BalasPadam
    Balasan
    1. pizza nih kawan Hans yang order
      jadi tumpang merasa 2-3 potongan segi empat tu

      Padam
  3. harga dia boleh tahan, kira murah jgk.... geram akak tgk terung tuh dik oi... nampak lembut bebeno

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      lembut dan lemak
      saya tak makan terung sebenarnya
      saja cuba makan yang nih
      tiba-tiba rasa sedap
      hahaha

      Padam
  4. tengah lapar baca post ni, menyesal pula rasanya..hahaha =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      jangan menyesal
      kena pergi rasa dulu
      hehe

      Padam
  5. buat hakak terlior malam-malam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...
      Kena tengok waktu siang-siang

      Padam
  6. Ok menyesal bukak sebelum makan.. Chicken Shawarma tu.. Ya Allahhhhhhhh... Berikan kekuatan.. Q_Q

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      sila makan dengan kadar segera

      Padam
  7. list menu dan bayaran pun ada dlm bahasa ARAB la..bila keluar kedai tu mesti leh cakap AArrabb sikit2 kan hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      boleh jer cakap
      Shawarma
      Makloubah

      Padam
  8. Oklah tu harga RM30 sorang makan..kalau nak pergi Syria dengan tambang flight lagi accomodation lagi abis gak beribu tau hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      sesekali boleh lah
      kalau selalu naya
      hahaha

      Padam
  9. skala sedap tu kurang WIN..maybe chef tu dorang tak import dari Syria wink wink wink

    BalasPadam
  10. wowwww.. terliur plak kiter dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      pergi restoran arab segera
      hehehe

      Padam
  11. sedapnya yg pizza tuuu kaya dengan cheese.
    suka makan makanan arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      pizza dia rasa arab dan banyak cheese
      hehehe

      Padam
  12. Besar nya portion dia . . . boleh kongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang arab-arab ker syria nih memang portion makan mereka besar lain macam sikit
      hahaha

      Padam
  13. wow terliur tengok piza tu..tapi Hans kalau makan makanan arab ni kena minum lemon mint baru sesuai..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      okay jer minum jus buah dia
      rasa arab tetap ada
      hehehe

      Padam
  14. dekat gak ngan rumah..boleh cuba.. nampak menarik... pizzatu pun nampak sedap.. tapi akak memang suka pizza kedai arabni... hummustu akak suka gak... tapi famili akak ni akak sorangjer yang suka... memang tak habislah kalau order....

    BalasPadam
  15. Kikikikiki... kebanyakan rating ko 3.5 je... tu tak habis makan... tak baik tau... orang Syiria kat sana tu dok makan rumput tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang tinggi-tinggi
      3.5 tu kira okay lah tu
      hehe

      Padam
  16. Yang set Hummus tang part rasa tu lawaklah hahahaha kekadang aneh kekadang sedap kalau Mrs. A pulak tengok lembik macam tu mesti kurenggg sedap ooopssss... laser tau.

    Salute dengan Hans selalu berani ambil risiko mencuba makanan. Kalau Mrs. A ni sejenis yang loyal jarang-jarang derhaka hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab bukan makanan kita jadi rasanya tu memang susah nak tangkap masa awal
      tapi lama-lama sebenarnya boleh tahan juga sedap rasa tambah bila makan dengan roti nan tu
      haha...saya memang suka makan benda-benda yang tak pernah makan....tapi kalau makanan yang saya suka makan memang saya repeat je makan

      Padam
  17. Saya rasa harganya sangat berpatutan. Menu semua nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      untuk makanan arab dan kuantiti yang sangat banyak
      harga tu memang berbaloi

      Padam
  18. Pizza dan nasi tu nampak sangat mengancam.. kikiki..

    BalasPadam
  19. Hummus tu rasa manis ke? kambing mmg feveret...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia tak rasa manis
      nak cakap pun tak tau rasa macam mana
      tapi ada rasa lemak-lemak masin masam sikit macam tu lah

      Padam
  20. harga standard tu utk makanan arab, hans.
    memang mana2 pun harga gitu.
    tapi tu la, kuantiti makanan nyer mak aii!
    kalau aida, surely share dgn anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      memang kena share
      hans nak makan pun sengkak perut
      kenyang
      hahaha

      Padam
  21. syoknyaaaa daging kambing byk... ajak bang saya mesti dia suka niii

    BalasPadam
  22. hmm.. kenyang ni nak try nanti dng sekeluarga hehe

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com