DASHING 2 in 1 Pembersih Muka Dan Badan Untuk Lelaki Sejati
Hans Hanis
Selasa, Mei 29, 2018
62
Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsikan tentang sikap penjagaan diri pada zaman sekarang dimana bukan sahaja wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka dan badan tetapi kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya memberi tumpuan kepada aspek ini. Macam Hans sendiri pula memang menjaga kulit badan tetapi kurang berminat dalam aspek penjagaan kulit muka kerana dua sebab. Pertama kerana harga produk pencuci muka yang selalunya sangat mahal. Kedua, Hans agak risau juga takut-takut produk yang diguna memberi kesan kepada kulit muka Hans.
Nak dijadikan cerita, DASHING keluarkan produk baru iaitu DASHING 2 in 1 Face & Body Wash yang diformulasikan dengan pewangi EDT untuk haruman kesegaran aroma maskulin untuk sepanjang hari. Yang menariknya tu sebab ia bukan saja boleh digunakan untuk membersihkan badan tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk membersihkan muka kita. Sebab itulah dinamakan DASHING 2 in 1.
Alang-alang dah ada depan mata, Hans pun cuba lah guna semasa mandi. Selain daripada badan, Hans beranikan diri untuk gunakan pada kulit muka. Kulit muka Hans kalau diikutkan memang jenis cepat kering. Jadi, pada mulanya tu Hans agak risau juga sebab takut tak sesuai dengan kulit muka Hans kan. Tetapi, alhamdulillah selepas dah seminggu menggunakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini memang Hans akui kulit muka Hans dah tak kering seperti selalu dan rasa lembab sahaja kulit muka. Kulit badan apatah lagi kan. Memang rasa selesa sangat dan bau wangian mandian tu kekal lama di badan. Tiba-tiba rasa macam Remy Ishak pula lepas guna DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini. Hahaha!
Jadi, Hans secara peribadi sangat bersetuju apabila pihak DASHING mengatakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan dalam menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin pada kulit muka dan badan kerana Hans sendiri telah menggunakannya dan merasa sendiri kesan positif terhadap kulit muka dan badan selepas mandi.
Selain itu, DASHING 2 in 1 Face & Body Wash dirumus khas agar wajah dan badan kita kekal hidrat dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit serta diformulasi dengan haruman pewangi DASHING eau de toilette (EDT) supaya setiap jejaka yang menggunakan produk ini sentiasa tampak segar dan bersih sepanjang hari. .
Untuk pengetahuan anda semua, produk DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini terdapat dalam 4 variasi yang cukup istimewa iaitu COOL, ACTIVE, HATTRICK dan ULTIMATE KICK. Ada perbezaan kah antara keempat-empat variasi ini? Cuba lihat info di bawah untuk rujukan anda.
COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relaks, gemar bersosial dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan yang tenang. Haruman maskulin gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk ini direka untuk memastikan personaliti lelaki cool dan maskulin lebih menyerlah.
ACTIVE - Haruman terhasil daripada gabungan nuansa Fougere dan dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber yang memastikan jejaka yang aktif dan lasak tampil yakin dengan aroma maskulin yang semestinya luar biasa.
ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Variasi ini menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan moden si jejaka. Haruman hebat hasil gabungan ramuan Lemon, Cardamom serta disulami aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK - Simbol kemenangan buat setiap lelaki dimana aroma misteri variasi ini yang membarakan semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Variasi ini merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus berserta haruman Amber.
Variasi COOL dan HATTRICK mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda pemutihan yang lembut dan berkesan membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan lembapan serta menguatkan sistem pertahanan kulit agar lebih sihat dan segar.
Untuk variasi ACTIVE dan ULTIMATE KICK pula, kotoran minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit mengatasi kotoran serta memberikan mandian yang hebat dan menyegarkan.
Tentang harga pula, anda semua wahai lelaki di luar sana tak perlu nak risau atau pening kepala sebab DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan iaitu cuma RM17.90 sahaja untuk pek bersaiz 700ml. Bagi Hans memang harga produk ini sangat berbaloi kerana dapat memberikan manfaat 2 dalam 1 sekaligus iaitu pada muka dan badan kita. Jimat duit tak payah nak beli pencuci muka dah. Jadi, dapatkan di pasaran sekarang dan cuba sendiri untuk kepuasan yang lebih jitu. Selamat menggunakan produk DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini dan Hans pasti anda semua akan menyukainya. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang produk terbaru DASHING ini boleh layari laman sosial DASHING Malaysia seperti yang tertera dibawah:
WEBSITE DASHING MALAYSIA:
FACEBOOK DASHING MALAYSIA:
INSTAGRAM DASHING MALAYSIA:
P/S : Hans Sekarang Sedang Seronok Menggunakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash COOL. Memang Selesa Dan Sangat Puas Hati. Terima Kasih Dashing Malaysia Di Atas Produk Terbaru Yang Menarik Dan Menjimatkan Ini.