Rabu, 2 Mei 2018

Hospitals Beyond Boundaries Phnom Penh, Kemboja

Assalammualaikum semua. Seperti yang dijanjikan, Hans nak berkongsi pengalaman Hans mengikuti kumpulan sukarelawan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ke Phnom Penh, Kemboja pada 28 April 2018 sehingga 29 April 2018. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Hans berpeluang pergi ke Phnom Penh dan semua lawatan atas urusan kerja.


Sebelum itu, Hans nak berkongsi sedikit info kepada semua pembaca yang mungkin masih belum mengetahui tentang kewujudan Hospitals Beyond Boundaries (HBB) ini. Untuk makluman semua, HBB telah diasaskan pada tahun 2012 oleh dua orang anak muda melayu yang berpendidikan dalam bidang perubatan iaitu Dr Wan Abdul Hannan dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman. Apa yang membanggakan  Hans ialah sewaktu HBB ini ditubuhkan, mereka berdua masih lagi di dalam pengajian. Faham-faham lah belajar dalam bidang perubatan ini sememangnya sibuk tetapi mereka berdua memang ada azam yang kuat sehingga berjaya mencapai impian menubuhkan HBB ini yang bermula di Phnom Penh, Kemboja.


Penerbangan Hans bersama krew produksi ke Phnom Penh, Kemboja pada pukul 11.15 pagi dan memandangkan kami sampai awal jadi sempat lah bersarapan dahulu di Restoran Killiney. Sekadar memesan secawan kopi dan satu set roti bakar untuk mengalas perut.


Masa nih masing-masing tengah kebosanan menanti kapal terbang sampai. Lelaki berbaju merah yang kacak bergaya itu ialah Dr Hannan. Manakala yang lain ialah krew produksi serta geng Kengkawan Project.


Memandangkan sudah setahun setengah tak naik kapal terbang jadi tiba-tiba rasa teruja buat sementara waktu. Itu yang ambil gambar-gambar macam nih tu. Hahaha!


Bukan namanya orang Malaysia lah kalau tak ambil gambar passport dan gambar makanan di dalam kapal terbang. Hahaha! Menaiki pesawat AirAsia dan buat pertama kali berpeluang menikmati juadah Kung Pao Chicken bersama nasi. Alhamdulillah boleh tahan sedap!


Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di Lapangan Terbang Antarabangan Phnom Penh, Kemboja selepas perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Jadi, kami ada dua kenderaan untuk menuju ke HBB Phnom Penh Clinic iaitu kereta dan tuk tuk. Hans ambil keputusan nak naik tuk tuk. Baru rasa mencabar dan dapat menikmati kehidupan di bumi Phnom Penh nih.


Alhamdulillah! Akhirnya Hans tiba di HBB Phnom Penh Clinic. Wah! Dah besar premis klinik HBB dekat sini. Pada asalnya, pasukan sukarelawan HBB nih hanya bermula dengan sebuah klinik bergerak sahaja. Tetapi, hasil usaha dan kegigihan mereka dan akhirnya HBB telah berkembang dengan mempunyai klinik mereka sendiri. Apa yang membuatkan Hans semakin bangga dengan pasukan HBB ini ialah mereka bukan sahaja ada klinik tetapi kini mereka juga sudah ada sebuah hospital bersalin yang terletak di tepi klinik mereka sendiri untuk membantu masyarakat miskin di Phnom Penh ini..


Apa yang Hans cukup suka dengan misi dan visi HBB ini ialah mereka bukan sekadar datang memberi bantuan dan kemudian pulang ke Malaysia. Dr Hannan sendiri memberitahu Hans yang mereka tidak mahu memberi bantuan seperti itu kerana mereka tak mahu selepas habis bantuan diberi atau digunakan dan keadaan masyarakat sekeliling kembali sama seperti sedia kala. Jadi, pihak HBB telah melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kemboja yang mempunyai kelayakan di dalam bidang perubatan untuk berkhidmat kepada masyarakat mereka sendiri dan secara tak langsung menjana ekonomi mereka. Inilah antara punca yang Hans cukup suka dan bangga dengan apa yang HBB usahakan ini.


Hans berpeluang menemuramah salah seorang sukarelawan HBB iaitu Dr Inah Ja Abd Jalil (GAMBAR DI ATAS) dan sememangnya kini mereka telah mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat yang sudi mendapatkan rawatan di HBB. Hans juga berpeluang mengenali dan bertanyakan beberapa soalan kepada doktor-doktor di HBB yang merupakan anak jati Kemboja seperti Dr Kop Roly yang beragama Islam dan Dr Tauch Kimmaro yang bukan beragama Islam. Alhamdulillah walaupun berlainan bangsa dan agama namun kerjasama erat kesemua pekerja dan sukarelawan HBB ini menjadikan mereka lebih kuat untuk berbakti kepada seluruh masyarakat Kemboja. 


Satu perkara menarik yang dikongsikan oleh Dr Hannan pada awal penubuhan HBB di Phnom Penh, Kemboja ialah daripada segi rawatan yang diberi. Di Malaysia serta hampir kebanyakan negara maju di seluruh dunia mempraktikkan amalan memberi pil sebagai ubat tetapi berbeza dengan amalan perubatan di Kemboja dimana masyarakat mereka percaya rawatan yang bagus apabila mereka diberi vitamin C serta dimasukkan air garam di dalam badan. Jadi, pada permulaannya HBB pernah menerima kritikan negatif daripada penduduk berdekatan yang mengatakan rawatan di HBB tidak bagus kerana mereka tidak diberi vitamin C dan badan mereka tidak dicucuk untuk memasukkan air garam. Kini HBB bergerak lebih hebat untuk cuba mengubah pandangan dan stigma masyarakat sekitar tentang amalan perubatan yang dipercayai mereka itu supaya menerima amalan perubatan yang dilakukan seperti di Malaysia dan kebanyakan negara dunia yang lain.


Hospitals Beyond Boundaries juga pernah mendapat pengiktirafan besar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha mereka membantu penduduk Kemboja. Bagi Hans, berpeluang tiba dan melihat sendiri kejayaan HBB di Phnom Penh, Kemboja ini memberikan satu perasaan bangga kerana melihat anak-anak Melayu ini sanggup bersusah payah membantu masyarakat yang memerlukan tanpa memikirkan langsung tentang keuntungan. Adakalanya mereka sendiri sanggup menggunakan duit simpanan mereka untuk merealisasikan segala usaha dan bentuk rawatan yang ingin diberikan kepada masyarakat disini. Tahniah buat semua yang terlibat di dalam HBB ini. 


Untuk makluman semua juga, HBB bukan sahaja memberi bantuan kepada masyarakat Kemboja sahaja. Mereka juga turut membantu rakyat Malaysia terutamanya gelandangan di kawasan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. HBB sememangnya mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan perancangan untuk menambahkan lagi jenis dan bentuk bantuan kepada masyarakat.

1) Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HBB?

2) Anda berminat untuk menjadi sukarelawan HBB?

3) Anda berminat untuk memberi sumbangan dana dan sebagainya?

4) Anda berminat untuk menaja aktiviti-aktiviti HBB?


Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda untuk berhubung dengan pihak HBB.

Hospitals Beyond Boundaries (HBB)

Alamat:
9119,
Jalan Kerdas 1,
Batu 6,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Email:
enquiries@hbb.org.my

Laman Facebook:

Laman Web:


Sebagai tanda sokongan kepada HBB, Hans dengan ini menyeru kepada semua pembaca supaya berkongsi tentang artikel ini di laman sosial masing-masing. Sebarkan agar usaha murni yang cukup baik ini mendapat sokongan lebih ramai pihak dan secara tidak langsung lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

P/S : Nanti Hans akan kongsikan tentang pengalaman Hans menyertai Dr Hannan memberi rawatan perubatan kepada penduduk Kemboja yang tinggal di atas bot di sebuah kawasan yang sangap daif dan agak kotor. Nantikan!

25 ulasan:

  1. bagus usaha mereka semua...

    dapat tahu ttg HBB ni masa baca blog Dr Lutfi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      usaha yang bagus
      Dr Lutfi sekarang sambung belajar dekat Harvard :)
      Dr Hannan yang teruskan dengan sukarelawan yang lain

      Padam
  2. Syabas Dr Hannan dan pasukannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan lupa kongsikan di laman sosial yer tentang entry nih :)

      Padam
  3. wah.. syoknya korang dapat pi cambodia yea.. best moment la ni ye.. jeles TB tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah memang seronok sebab dapat tengok kejayaan anak Malaysia disana :)

      Padam
  4. Bagus Hans join aktiviti macam ni. Salute lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...jom sama-sama bantu apa yang mampu :)

      Padam
  5. Haii Hans..
    Hans nak sebar macam mana ? Bole copy paste ke atau macam mana ?
    Nanti email kat Sis ye details..

    linmdnoor@gmail.com

    Syabas Hans ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Sis Lin.
      Nak share entry nih boleh
      nak copy paste pun boleh

      Padam
  6. bagus sungguh usaha yang dijalankan.. harap2 nanti2 anak2 bujang i boleh jd sukarelawan. biar habis belajar dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      boleh jer tu
      pilihan di tangan mereka
      hehehe

      Padam
  7. Seronoknya pengalaman macam ni, semoga diberkati.

    BalasPadam
  8. Malaysia boleh..

    hebat dan terbaik

    BalasPadam
  9. Bestnya lawatan kerja sampai ke luar negara...

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. hahaha
      alhamdulillah rezeki 3 kali dapat pergi
      dapat lah tengok perubahan negara dia
      hehe

      Padam
  11. mudah2an akan ada ramai lagi yg turut menyumbang tenaga dan wang ringgit atas nama kemanusiaan sejagat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan
      sama-sama doakan dan sebarkan
      amin

      Padam
    2. ada jawatan jururawat tak kat sana??teringin nak keje kat sana😊

      Padam
  12. susah jugakkan nak ubah stigma yang bagi vit. c tu lagi baik. tapi respek la kat doc2 ni. tahniah HBB gang!

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com