Selasa, 8 Mei 2018

Mari Mengundi

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Hans dah selamat sampai di kampung halaman tercinta iaitu Alor Setar, Kedah. Semangat balik malam-malam buta naik bas dari TBS semata-mata nak mengundi. Misi selamatkan negara. Hahaha!


Jadi, tak sampai berapa jam sahaja lagi tiba untuk Hans dan seluruh rakyat Malaysia lain yang ada rasa tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi calon-calon yang dirasakan mampu untuk membantu rakyat dan membawa nama Malaysia gah di seantero dunia.


Alhamdulillah! Masih lokasi yang sama mengundi dan tak jauh dari rumah. Ada sesiapa mengundi dekat lokasi yang sama dengan Hans tak? Hehehe!


Jadi, ini adalah calon-calon yang bertanding di kawasan Hans mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Hans sendiri pun dah tahu dah siapa calon yang Hans nak undi. Kepada yang tak mendaftar untuk mengundi tu, jangan pula nanti hangpa dok bising kalau YB kawasan hangpa tiba-tiba tak buat kerja kan. Siapa suruh hangpa tak daftar mengundi. Hahaha! Kepada yang dah daftar tu pergi lah mengundi. Tak kisah lah calon yang hangpa undi tu menang atau tidak. Tunjukkan suara hangpa tu di atas kertas undi supaya calon-calon yang bakal menang tu buat kerja dan yang tak menang tu pun berusaha buat kerja untuk menangi hati hangpa semua nih pada pilihan raya yang akan datang.

P/S : Fenomena Mengundi Di Kalangan Generasi Muda Kali Ini Ada Pembaharuan Dan Peningkatan Yang Ketara. Tiket Bas Balik Ke Utara Dan Pantai Timur Untuk 7hb Mei 2018 Habis Dijual Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Pada Malam Tadi. Dah Macam Cuti Nak Balik Raya. Tahniah Anak Muda Malaysia!

22 ulasan:

  1. selamat mengundi..akak kt gombak je

    BalasPadam
  2. alhamdulillah selamat balik kampung ke kedah terchinta ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah selamat sampai
      tak sabar mengundi esok
      hehehe

      Padam
  3. Selamat mengundi. berhati-hati di jalan raya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik bas jer
      dah selamat sampai dah

      Padam
  4. Selamat mengundi Hans.

    BalasPadam
  5. Mari lah mari kita mengundi 😁 tak sabar rasanya nak memangkah parti pilihan hati 😈😈😈

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe
      menang tak parti yang dipangkah?

      Padam
  6. Hans pun dari utara rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer lah Zumal
      lah ingatkan dah tahu
      hahaha

      Padam
  7. sehari sblm sy sggh TBS. lain mcm suasananya. kalau sblm ni byk bangla, indon, myanmar kt sini.... kali ni ramai org kita... mmg betul mcm nk blk raya hahaha

    BalasPadam
  8. ramai golongan muda mengundi kali ni kan..tu yang sampai bertukar kerajaan. Harap kerajaan baru ni dapat membawa perubahan positif

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah setakat ini banyak perkara positif
      tak sia-sia balik mengundi

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com