Rabu, 9 Mei 2018

Mengundi Kali Kedua

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah baru balik dari mengundi. Dan ini kali kedua Hans mengundi di kawasan yang sama. Jadi, mari Hans kongsikan sikit pengalaman Hans semasa mengundi tadi.


Sampai-sampai jer dekat tempat mengundi tu, Hans pergi buat semakan dulu. Sebenarnya Hans dah tahu saluran Hans nombor berapa tetapi ingat wajib kena beratur situ sebab tengok semua menuju situ jer. Hahaha! Kalau tahu baik terus jer pergi dekat saluran Hans untuk mengundi.


Sekarang misi untuk beratur pula. Nampak memang ramai orang yang beratur. Dalam hati menyesal pula datang lambat. Hahaha!


Jadi, mula-mula beratur dekat satu tempat. Hans dapat saluran 5. Sekali tengok orang depan pegang kertas saluran 4. Haihh! Hans mula keliru jadi terus tanya sukarelawan tu mana saluran 5.


Sukarelawan lelaki nih pula cakap memang saluran 4 dan saluran 5 beratur sekali. Hans pun beratur lah balik. Dalam hati menyesal pula keluar barisan. Dah kena beratur balik dekat belakang.


Tengah beratur tiba-tiba nampak orang depan ditegur seorang kawan dia. Dia pun dapat saluran 5. Sekali kawan dia bagitahu yang saluran 5 kena pergi atas. Tak payah beratur dekat sini. Ya Allah! Nasib lah Hans dengar dan terus ikut dia pergi saluran 5. Sekali saluran 5 tak ada orang. Kami yang baru sampai ini jer lah barisannya. Hahaha! Lega!


Alhamdulillah! Selesai sudah tanggungjawab mengundi buat kali kedua demi negara. Jadi, kita nantikan keputusan pilihan raya malam ini. Tahniah kepada yang mengundi.

40 ulasan:

  1. Meriah sangat tengok orang pergi mengundi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang kali nih ramai turun mengundi

      Padam
  2. Pagi tadi PH sampai pusat mengundi sebelum pukul 8 pagi. Tapi dah ramai pun orang! PH pun pengalaman macan Hans. Beratur salah tempat dan tukar queue 2 kali sebab tatacara kat tempat mengundi tak teratur :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nasib tak lama beratur tempat yang salah
      kalau tidak penat beratur berjam-jam

      Padam
  3. ramai yang keluar mengundi..tahniah kerana anda telah laksanakan tanggungjawab anda pada negara..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti
      tanggungjawab sebagai rakyat
      hehehe

      Padam
  4. alhamdulillah..settle mengundi jugak tadi..situasi yang sama...sampai2 jer tgk Q agak panjang tp nasib baik terdengar ade prtugas ckp saluran 4 terus naik...so xde campur dengan orang saluran 5..

    kalau tak dengar org tu bgtau tadi, mmg Q panjang jugak la nampak gaya...sepatutnya dorg kene inform org kat situ..or tulis notis supaya pengundi alert.. hhuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      ada sesetengah petugas atau sukarelawan dia pun macam blur-blur
      hahaha

      Padam
  5. Eh mengapa dakwat di jari Han light saja. Di jari saya sangat pekat sampai sekarang walau pun sudah banyak kali basuh tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa ambil gambar nih memang light
      lepas tu terus jadi gelap
      sekarang dah hilang dah
      hehehe

      Padam
  6. Samalah kita mengundi kali ke2, bezanya saya bawak anak kecik jadi terus potong Q :D

    BalasPadam
  7. abe kie kena saluran 2. punyalah lama beratur. 90 minit tu!

    BalasPadam
  8. tahun ni meriah btul orang mengundi. semangat betul masing2

    BalasPadam
  9. meriah tengok semua undi

    BalasPadam
  10. Lps jogging e'in terus pegi pangkah. Dgn busuk2. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. malang siapa yang beratur di belakang
      hahaha

      Padam
  11. Akak pun sama mcm Hans. Mula2 dakwat tu nampak cair, pastu jadi pekat

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      hahaha nasib dah hilang dah

      Padam
  12. Wah, tahniah Hans semangat pergi mengundi... Zumal dah masuk kali ketiga, nampak benar I dah tua. Hehehe...

    BalasPadam
  13. merasa jugak la beratur eh..? Mine memang takde orang.. Tak sampai 10 minit settle.. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha merasa lah sekejap
      bila dah tahu saluran yang betul tak payah beratur dah sebab tak ada orang
      hahaha

      Padam
  14. Wahhhh! Sally pun kali kedua mengundi tahun ni...first time mengundi masa umur 23 :D

    BalasPadam
  15. Saya masuk kali ini dah 3 kali mengundi

    BalasPadam
  16. just nk tau dakwat dah hilang ke belum? hahahaha

    BalasPadam
  17. sama la, terlewat sikit beratur punya panjang..
    hahaa pengajarannya kalau rasa2 dah lewat tu biarkan lewat sungguh,
    itu jam, tak payah beratur orang lain semua dah selesai

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe praktik kan 5 tahun lepas nih
      hehe

      Padam
  18. kita ada 3 saluran ja, waktu sampai pun orang tak dak pun, dah petangkan..lega..hehe

    BalasPadam
  19. tahniah..menunaikan kewajipan utk negara..ada orang tak ambik kisah ttg mengundi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      sedih dengan orang yang ada sikap dan fikiran macam tu

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com