Rabu, 23 Mei 2018

Ramadan Buffet Kampong Boy Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Hans menerima sebuah email daripada pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang menjemput Hans untuk menghadiri pelancaran Ramadan Buffet Kampong Boy di hotel tersebut.


Ini kali pertama Hans berpeluang menjejakkan kaki di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Sebelum ini cuma pandang dari luar sahaja masa zaman balik kampung naik bas daripada Puduraya yang sekarang diberi nama baru Pudu Sentral tu. Dari luar nampak macam tak besar pun hotel ini tetapi bila masuk dalam sahaja....walawehhhhhh! Memang besar dan cantik rupanya!


Alhamdulillah! Ramadan Buffet Kampong Boy ini bukan sekadar untuk Hans menikmati juadah-juadah yang disediakan tetapi yang seronoknya tu sebab berpeluang meraikan majlis berbuka puasa ini bersama-sama dengan 35 orang anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni. 



Alhamdulilllah! Rezeki anak-anak yatim ini memang murah sangat-sangat apabila tibanya bulan Ramadan. Paling menarik apabila syarikat ADABI bekerjasama dengan Ancasa Hotel & Spa untuk menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa ini.


Terima kasih kepada kumpulan pemuzik ini yang menghiburkan Hans serta semua tetamu yang hadir dengan irama muzik yang sungguh merdu. Seronok sangat bila dapat layan irama lagu tradisional.


Blogger pun dikira media tahu. Hehehe! Yang seronok sebab orang-orang yang semeja dengan Hans daripada wakil media yang berbeza. Dua orang daripada stesen TV AlHijrah yang Hans baru jumpa baru-baru ini di Menara Kuala Lumpur semasa proses mencerap anak bulan Ramadan tu. Salah seorang nama Hakim. Dan dua orang lagi wakil daripada Utusan Malaysia. Seorang nama Fatimah dan seorang lagi tu Hans kurang pasti tetapi merupakan seorang lelaki berumur dan sangat kelakar. Kira meriah lah meja Hans dengan macam-macam kisah daripada lelaki Utusan tu. Hahaha!


Inilah anak-anak yatim serta asnaf yang Hans sebutkan di awal-awal penulisan tadi. Muka masing-masing lapar jer. Hahaha! Sebenarnya pihak Ancasa Hotel telah membawa adik-adik comel ini ke JAKEL MALL, Kuala Lumpur untuk membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang. Dah dapat baju raya, lepas tu dapat pula duit raya bernilai RM50 untuk setiap orang daripada Ancasa Hotel. Wow! Seronok lah hangpa semua noh! Hehehe! Jadi, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang, maka adik-adik comel ini diberi keutamaan untuk mengambil makanan untuk sesi berbuka puasa.


Seperti biasa lah, antara menu wajib yang perlu diberi perhatian dan fokus ialah menu KAMBING PANGGANG. Disebabkan Hans agak pantas menuju ke kawasan kambing yang terdampar di atas papan cincang tu, jadi tak perlu beratur lama untuk mendapatkan potongan dan hirisan daging kambing panggang yang lembut dan sedap ini.


Hans tak pasti ini nasi apa sebab siap ada kurma weh atas dia. Tetapi, prinsip Hans setakat ini kalau makan buffet sama ada tak makan nasi atau makan dalam kuantiti yang sedikit. Boleh tahan lah rasa nasi ini bila makan dengan kambing panggang tadi.


Hans tak pasti adakah ini ayam belanda sebab yang Hans perasan kepak ayam ini memang besar. Rasa ayam nih macam ayam yang terdapat dekat nasi ayam tu. Hehehe! Jadi, mari kita tengok apakah menu-menu menarik lain yang ditawarkan di Ramadan Buffet Kampong Boy ini.

PAJERI NENAS

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API

SAMBAL UDANG PETAI

LEMAK PUTIH PUCUK MANIS

IKAN BAWAL KARI ASAM

DAGING SINGGANG

AYAM ROS MADU

KAMBING MASAK REMPAH


Boleh dikatakan semua menu-menu di atas Hans makan untuk menilai sendiri sama ada sedap atau tidak. Antara menu yang Hans rasa sedap di tekak sebentar tadi ialah Kambing Masak Rempah, Daging Singgang dan Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Habis sahaja pusingan pertama ini maka jangan buang masa...ayuh teruskan dengan pusingan kedua! Apa pula menu-menu lain yang menarik di mata Hans selepas ini?

BUBUR LAMBUK

PELBAGAI JENIS ULAM-ULAMAN DAN SAMBAL

STEAMBOAT LOK-LOK

MEE DAN LAKSA

KERABU TAUGEH

KERABU APA ENTAH..HAHA!

HANS TAK TAHU NAMA APA TETAPI ISINYA IALAH IKAN

DAGING BAKAR

HANS TAK PASTI SEBAB TAK AMBIL PULA TADI.


Ada banyak juga kawasan gerai makanan lain yang Hans tak sempat nak ambil gambar macam tempat murtabak, satay, rojak sotong, celup-celup dan goreng-goreng cekodok pisang. Tetapi, apa yang menarik perhatian Hans ialah susunan pencuci mulut di Ramadan Buffet Kampong Boy nih. Cuba hangpa semua tengok gambar-gambar di bawah tu. Rambang mata tak nak memilih?


Alhamdulillah! Memang sangat berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan untuk Ramadan Buffet Kampong Boy ini. Ada juga Hans dengar mulut-mulut orang ini yang katanya tidak suka berbuka puasa di hotel-hotel kerana katanya takut tidak sempat nak solat Maghrib. Tetapi, dekat Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur nih, korang memang tak perlu risau. Cuma jalan kaki dan naik tangga sedikit sahaja dan terus berjumpa dengan surau yang bersaiz agak luas, sejuk serta selesa. Jadi, alasan mengatakan susah nak solat memang tak boleh diterima bila berbuka puasa di sini. Hehehe!


Memandangkan Hans dibenarkan bawa seorang rakan jadi inilah rakan Hans yang menemani Hans berbuka puasa disini. Namanya Rashidi dan masih bujang. Tiba-tiba dia buang tebiat nak bergambar dekat kawasan pekerja memasak apam balik dengan memotong daging kambing panggang. Hans layankan jer lah! Hahaha!


Wah! Ini seronok bila jadi pihak media dan blogger ini sebab dapat cenderahati daripada pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Yang kelakarnya masa sesi pendaftaran tu, Hans merupakan orang pertama yang sampai iaitu pada pukul 5.10 petang macam tu. Asalnya risau takut jalan sesak dan lambat sampai tetapi kali ini Hans tersampai awal pula. Hahaha!


Jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy dengan melihat butiran di bawah ini.

Ramadan Buffet Kampong Boy

Alamat:
Ancasa Hotel & Spa,
Jalan Tun Tan Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
17 Mei 2018 - 13 Jun 2018

Harga:
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun Hingga 12 Tahun)

Nombor Telefon:
+603 2026 6060

Nombor Faks:
+603 2026 2707

Laman Sesawang:
ANCASA HOTELS & RESORTS

P/S : Terima Kasih Kepada Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Atas Layanan Yang Cukup Baik Kepada Hans Dan Rakan-Rakan Pada Majlis Tersebut. Jangan Lupa Jemput Lagi Untuk Majlis-Majlis Yang Akan Datang. Hehehe!

40 ulasan:

  1. Amboi sakan dia ye posing. Alhamdulillah rezeki diorang bulan puasa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tak sakan pun posing
      biasa-biasa jer
      hehehe

      Padam
  2. Menu die nampak menarik lah. Pelbagai pilihan. Ada menu bubur lambuk dgn kambing panggang. Rugilah kalau pergi tapi tak merasa kan.hehe.. kampong boy.. sgt sesuai n sinonim ntk di ingati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheeh
      yups
      dah sampai tu kena rasa semua
      rasa sikit-sikit
      kalau rasa banyak nanti kenyang cepat pula
      hahaha

      Padam
  3. bgs smp awal..kalo stuck dlm jammed lg haru..almaklumla bln puasa jammed lain mcm..meriah menu2 tu sambil merai ank2 yatim

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      tersampai awal sangat pula
      hahaha
      alhamdulillah seronok tengok anak-anak yatim tu gembira

      Padam
  4. Amboi amboi, Hans! Makan sedap2 yer... Lapar pulak PH tengok pelbagai hidangan yang disediakan terutamanya dessert yang berderet-deret tuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      alhamdulillah rezeki di bulan Ramadan

      Padam
  5. yang kata tak sempat solat Maghrib tu sbb depa pulun makan habis2an..boleh je stop dulu, gi solat, then sambung balik makan..

    cantik susunan dessert tu..mmg rambang mata..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      betul tu..boleh je stop kejap lepas tu sambung makan kan :)
      yups...susunan dessert depa memang lawa

      Padam
  6. Balasan
    1. yes
      harga kira murah sangat dah untuk buffet hotel

      Padam
  7. waaaaaa bgs ancasa hotel nih, baru betul kan kata berbuka puasa meraikan anak2 yatim n asnaf mereka diberi layanan sama rata, bkn mereka kene ddk bwh yg vvip di layan mcm raja...

    dhla dpt duit raya,dpt baju raya... mkn2 lg...
    tgk segala menu aduhla... telan liur sambil pikir nk msk apa ptg nih... sedapnya lahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kelebihan untuk mereka yang kekurangan :)

      Padam
  8. Ramai juga anak anak yatim dijemput dan diraikan tu.. Alhamdulillah..awal juga hans sampai tu.. Hee πŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      rezeki mereka di bulan Ramadan
      hahaha yups tersampai awal...takut jammed sekali jalan tak jammed pula

      Padam
  9. semuanya sedap2 belaka... x ajk sy ponggggg ;-)

    BalasPadam
  10. lepas berbuka, solat magrib berspa kejap, eh... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. spa tu tak adalah
      xsempat nak spa nya pun
      haha

      Padam
  11. Woow .. banyak sekali menunya,yaa ...
    Semuanya terlihat enak.

    Mantap buffetnya.

    BalasPadam
  12. Meriahnya lauk pauk dia..lepas makan ni mau tak pi terawikh pasal sendat kat perut..

    BalasPadam
  13. bagus pihak Ancasa sebab buat prgm sebegini..
    makanan pun sedap2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      usaha murni
      lauk-lauk dia sedap-sedap

      Padam
  14. Bestnya~ Laparnya tengok gambar-gambar tu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau lapar silalah makan di hotel ancasa..hehe

      Padam
  15. semua Nampak sedap... dgn harga yg boleh tahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      harga kira murah dah untuk buffet hotel

      Padam
  16. ohoooi makanan2 depa hidang kemain.. hehe..

    BalasPadam
  17. Alhamdulilah dpt bebuka dgn anak2 yatim, rambang mata tgk menu, semua best2 and tuan blog pulak, amboi sakan kau posing hansπŸ˜πŸ˜πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

    BalasPadam
  18. Menu nampak menarik... kalau drive ke sana, senang parking tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi awal In Sha Allah senang parking...boleh parking dekat basement hotel

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com