Cermin Mata Baru
Hans Hanis
Ahad, Jun 24, 2018
36
Assalammualaikum semua. Saja lah hari ini Hans terasa nak menunjuk-nunjuk dekat hangpa semua dan berlagak sikit sebab dapat pakai cermin mata baru setelah hampir setahun lebih merancang nak tukar cermin mata baru. Hahahaha!
Taraaaaaaaaaaaa!!! Inilah cermin mata baru Hans iaitu model Alain Delon-8055-58-gold dengan kanta cermin mata kodak uv. Kalau mengikut kepada reka bentuk tak adalah banyak sangat bezanya dengan cermin mata lama. Maksud tiada beza itu ialah daripada segi bentuk cermin mata yang petak dan tiada bingkai dibahagian bawah cermin mata. Tetapi, perbezaan yang ketara ialah kanta cermin mata Hans kali ini tidak akan berubah warna kepada warna hitam apabila berada di kawasan luar dan panas. Namun, fungsinya tetap sama untuk melindungi mata daripada sinar UV. Selain itu, keistimewaan cermin mata baru Hans kali ini ialah selain melindungi mata daripada sinar UV cahaya matahari, ia juga melindungi mata Hans daripada kesan cahaya-cahaya daripada gadget seperti laptop, telefon bimbit dan televisyen. Alhamdulillah!
Alkisahnya, Hans memang daripada tahun lepas bercadang nak buat tetapi mesti ada sahaja halangan terutama daripada segi kewangan. Jadi, empat hari sebelum hari raya Aidilfitri baru-baru ini, Hans berkesempatan pulang ke kampung halaman di Alor Setar. Emak Hans bagitahu ada kedai cermin mata hantar kad raya dekat Hans dan menariknya dekat kad raya itu ada diberikan baucar diskaun RM100 untuk pembelian melebihi RM180 kalau tak silap Hans.
Hans pun apa lagi kan...memang semangat lah nak pergi buat cermin mata baru. Kebetulan rezeki di bulan Ramadan pada tahun 2018 ini meningkat sedikit. Kali terakhir Hans buat cermin mata di Optometris Faizah di Alor Setar sewaktu Hans masih belajar lagi di UiTM. Dan cermin mata seterusnya yang Hans buat ialah di sebuah optometris di The Mines. Jadi, semangat lah Hans mencari dekat mana Kedai Optometris Faizah yang baru ini sebab diberitahu mereka berpindah tetapi masih di kawasan yang berdekatan dengan Pekan Rabu.
Akhirnya, Hans bertemu dengan kedai Optometris Faizah yang memang berdekatan sangat dengan Pekan Rabu Alor Setar. Kedainya sangat cantik dan memang selesa. Alhamdulillah, layan diberi sangat bagus dan Hans sangat berpuas hati. Seperti biasa, mula-mula semak dulu keadaan mata. Kemudian, kena masuk peperiksaan mengenal huruf pula. Hahahaha! Lepas tu baru tahu adakah kanta cermin mata menjadi semakin tebal, berkurang atau sama. Alhamdulillah, mata kanan Hans tiada apa-apa perubahan cuma ketebalan kanta cermin mata untuk bahagian kiri meningkat sedikit. Berkat makan sayur banyak agaknya.
Jadi, sesi memilih cermin mata mula dilakukan. Pekerja Optometris Faizah turut membantu memberi cadangan. Memandangkan sekarang ramai remaja dan dewasa suka memakai cermin mata bulat, jadi pekerja disini ada juga mencadangkan kepada Hans tetapi Hans sememangnya tidak berapa gemar dengan cermin mata bulat sebab takut nanti kelihatan seperti karakter Harry Potter pula. Hahahaha. Jadi, Hans masih selesa mengambil reka bentuk yang lebih kurang sama dengan cermin mata sebelum ini.
Disebabkan Hans pergi ke kedai Optometris Faizah pada waktu hari raya semakin dekat, jadi kanta cermin mata yang Hans nak perlu ditempah dahulu dan cermin mata baru Hans ini tidak dapat disiapkan awal sebab semua urusan pos dah tutup pada masa tersebut. Kalau tidak buat pagi dan petang itu juga atau keesokan harinya dah boleh siap dah. Jadi, Hans minta mereka pos kan ke rumah sewa Hans di Seri Kembangan menggunakan GDEX.
Alhamdulillah! Cermin Mata Alain Delon terbaru Hans selamat sampai di rumah. Memang terbaik servis GDEX nih sebab pekerja Optometris Faizah pos kan semalam dan hari ini cermin mata sudah sampai depan rumah.
Terima kasih kepada cermin mata Hans yang lama yang sudi berkhidmat lebih empat tahun dengan Hans. Jasamu akan ku kenang selama-lamanya. Bersemadilah dikau dengan tenang di sana.
Terima kasih juga kepada Optometris Faizah kerana memberikan servis, perkhidmatan serta layanan yang sangat baik seperti sebelum-sebelum ini. Kepada yang tinggal di Alor Setar tu dan kalau terasa nak buat cermin mata baru, bolehlah melangkah masuk ke dalam kedai Optometris Faizah ini. Hans pasti hangpa semua mesti puas hati punya. Kalau tak percaya, silalah ke sana sekarang. Terbaik!
Optometris Faizah
Alamat:
No 45,
Jalan Langgar
(Berhadapan Bangunan Unitar & OUM),
05460 Alor Setar,
Kedah.
Nombor Telefon:
+604 734 9648