Selasa, 31 Julai 2018

Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 - Part 3

Hari ketiga program Media Challenge 2.0 anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia sekali lagi bermula dengan sarapan pagi di Treasure Hotels & Suites Melaka. Hans bersama rakan sebilik si Syafiq menepati waktu yang ditetapkan dengan turun ke lobi hotel pada pukul 7.00 pagi. Memandangkan hari ini tiada aktiviti yang padat seperti dua hari sebelumnya, jadi Hans mengambil kesempatan untuk menangkap gambar-gambar juadah untuk sarapan pagi yang disediakan untuk sesiapa yang menginap di hotel ini. 
Saja Hans berkarya di atas pinggan. Cantik tak persembahan makanan Hans nih? Hahahaha! Pagi ini tiba-tiba berselera pula nak makan macam-macam. Alhamdulillah sedap betul ayam teriyaki yang disediakan oleh Treasure Hotels & Suites Melaka ini.
Terima kasih tidak terhingga Hans ucapkan kepada pihak pengurusan Treasure Hotels & Suites Melaka kerana menyediakan servis yang cukup bagus dan berkualiti. Kepada sesiapa yang berkunjung ke Melaka pada masa akan datang, boleh lah cuba menginap di hotel ini dan Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal bermalam di hotel yang sangat cantik ini. Jadi, destinasi kami yang terakhir ialah menuju The Orchard Wellness & Health Resort yang terletak di Alor Gajah. Sepanjang Hans pernah belajar dekat Lendu yang memang berdekatan dengan Alor Gajah pun tak pernah dengar tentang tempat ini. Jadi, Hans mengandaikan ini adalah lokasi baru sebenarnya.
Sampai sudah Hans dan rakan-rakan di The Orchard Wellness & Health Resort dimana Hans dikhabarkan disini kami semua akan dijamu durian dan lokasi ini juga akan menjadi tempat untuk semua peserta mengetahui keputusan kumpulan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 kali ini. 
Tetapi, sebelum itu kami semua diminta mendengar taklimat dahulu daripada pihak pengurusan disini serta disediakan sarapan pagi. Memandangkan Hans baru sahaja melantak dengan rakusnya di hotel sebentar tadi jadi Hans cuma minum jus kelapa muda sahaja yang sangat sedap. Selepas taklimat selesai, kami dibawa melawat sekitar The Orchard Wellness & Health Resort untuk melihat fasiliti serta kemudahan yang disediakan disini.
PAWAGAM MINI
ANTARA BILIK-BILIK TIDUR MEWAH YANG DISEDIAKAN
JACUZZI INI MEMANG SANGAT MENARIK PERHATIAN HANS
TERINGIN HANS NAK RASA DUDUK DEKAT HIMALAYAN CRYSTAL SALT ROOM NIH 
SWIMMING POOL YANG SANGAT BESAR
ANTARA RUMAH-RUMAH PENGINAPAN YANG DEKAT DENGAN KAWASAN DUSUN BUAH
Sedap weh buah rambutan dekat sini sebab isinya tak melekat dengan biji. Macam buah rambutan dekat rumah kampung tok Hans pula. Tetapi, memandangkan waktu ini Hans sudah mula diserang batuk jadi cuma makan tiga biji sahaja.
Ada macam-macam pokok buah-buahan yang ditanam dekat sini tetapi memandangkan masa ini badan berpeluh-peluh macam maraton jadi memang dah tak kuasa dah nak ambil gambar. Hahaha!
Saat yang Hans nanti-nantikan daripada hari pertama sudah tiba. Makan buah durian yang baru gugur daripada pokok secara berjemaah. Walawehhhhh!! Masa ini walaupun batuk dan dah terasa nak demam tetapi demi durian terpaksa aku relakan. Hahahaha! Semangat gila makan durian segar nih. Sedap-sedap pula tu. Tak tahu lah berapa ulas sempat Hans sebat sebab kawasan Hans duduk menanti buah durian tu tak menarik sebab tukang kopek durian memanjang asyik hulur durian dekat kanan dan kiri dia sahaja. Geram punya pasal Hans bagitahu lah abang depan tu hulur-hulur lah tengah ini sama. Baru dia nak hulur. Bab durian memang Hans terpaksa berkeras dan bersuara sebab durian adalah antara makanan terindah dan tersedap di dunia. Hahaha!
Ahli kumpulan Cool minta tolong rekod video. Hans pun rekod tetapi beberapa saat sahaja sebab buah durian tiba-tiba sampai depan mata. Ini kalau dibiarkan memang alamatnya tak merasalah sebab semua dah macam piranha. Jadi, maaflah sebab video hanya berjaya direkod dalam 8 saat sahaja. Durian lagi penting daripada rekod video! Hahaha!
Kekenyangan melantak durian tiba-tiba dah nak kena makan tengahari pula. Jadi, memang sikit sahaja lah ambil sebab perut masih kekenyangan dengan durian. Tetapi, kalau makanan tengahari buah durian memang boleh telan lagi sebenarnya. Hahaha!
Jadi, majlis penutup dan penyampaian hadiah pun bermula. Setiap kumpulan diberi sijil penyertaan dan hamper. Gambar tak dapat lagi jadi terpaksa letak gambar ini sahaja dahulu. Hahaha!
Kemudian tiba masa kumpulan terbaik yang menjadi juara Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 pula diumumkan. Kumpulan 6 yang diberi nama WIRA berjaya menjadi juara pada sesi penganjuran kali ini. Tahniah kepada Marc, Nik, Nadhie dan Anis kerana menerima baucar membeli-belah di Mitsui Outlet bernilai RM200 setiap seorang.

Kemudian sesi cabutan bertuah dilakukan dan alhamdulillah terbukti semua ahli kumpulan Cool sememangnya bertuah kerana masing-masing berjaya terpilih untuk menerima aucar membeli-belah di Mitsui Outlet bernilai RM100 setiap seorang. Paling seronok masa menanti nama dipanggil untuk cabutan bertuah dimana bahagian tempat duduk Hans memang semua dapat cabutan bertuah. Nasib si Syafiq teman sebilik Hans pun dapat. Kalau tidak baru nak suruh dia mandi bunga. Hahaha!  
Jadi, berakhir sudah program Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 yang berlangsung selama tiga hari dua malam. Hans ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Encore Melaka dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program kali ini. Satu pengalaman yang sangat manis dan berharga. Hans sendiri tidak jangka bahawa program ini sangat menarik dan menghiburkan. Dapat kenal ramai individu yang hebat-hebat. Dapat menjadi sahabat kepada ramai orang yang baik-baik. Memang satu kenangan indah dan merupakan keputusan yang cukup tepat bagi Hans menyertai program ini. 
Terima kasih kepada semua rakan-rakan media dan blogger yang ramah-tamah dan baik-baik belaka dengan Hans sepanjang program ini berlangsung. Kepada yang Hans mungkin tidak berkesempatan untuk berbual sepanjang tiga hari dua malam ini, Hans menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana hakikatnya Hans merupakan seorang jejaka yang pemalu. Hahaha! Kalau terserempak pada program akan datang nanti tegur-tegur lah yer. Minta maaf juga kepada rakan-rakan yang selalu bersama Hans sepanjang program ini jika ada salah dan silap.
Alhamdulillah! Jika ada lagi program sebegini pasti Hans akan turut serta jika tiada halangan daripada segi kerjaya dan sebagainya. Terima kasih semua! Daku merindui kalian semua! Assalammualaikum.

P/S : KLIK LINK DI ATAS JIKA INGIN MEMBACA PENGALAMAN HANS DI DALAM PROGRAM TOURISM MALAYSIA MEDIA CHALLENGE 2.0 SEPANJANG TIGA HARI DUA MALAM :)

24 ulasan:

  1. Terasa mcm nk try ja semua mknn situ

    BalasPadam
  2. Post kali ni semua makanan menyerlah..buat lapo tgh malam je

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sebab hari terakhir memang kerja makan jer memanjang
      hehehe

      Padam
  3. seronok join event.. and sedap2 gambar makanan yang ditayang. suka kalau ade wedges ahahah tak kirela boleh dapat dimana2 pun tapi kat hotel punya sedap hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      zaman dulu-dulu tak yakin nak join event nih
      sekarang alhamdulillah dah tak ada rasa segan malu sangat dah
      hahaha

      Padam
  4. Bestnya dapat join event camni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      memang best Zumal
      ada rezeki join lah nanti

      Padam
  5. Makanan yg menjadi tumpuan say yh membaca hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...menggodakan gambar makanan tu ayu?

      Padam
  6. Menariknya. Gambar makanan tu. alahai. diet on 3 days dah ni.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. jakuzi dia tu yang seronok tu
      besar dan moden

      Padam
  8. Besntya Hans... moga ada peluang utk pergi lepas ni. Jom visit http://www.ketamkecil.com/cara-turunkan-berat-badan-dengan-selamat-melalui-program-suku-suku-separuh/

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      kalau ada peluang tu join jer
      sebab memang best

      Padam
  9. seronoknya Hans. dapat cabutan bertuah lagi. memang bertuah lah :)

    BalasPadam
  10. Tak jadi nak kuruskan badan bila nampak macam-macam jenis makanan ni.

    Wah mewahnya set bilik tidur dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      alasan tak nak kurus sebenarnya tu
      mewah..harga pun mewah juga...hehe

      Padam
  11. Bestnya makanan2 tu.. terus lapar ni.. hihi

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com