Ahad, 14 Oktober 2018

FERNLEAF UHT 100% SUSU DARI NEW ZEALAND BERSAMA HANS

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans telah menerima sebuah bungkusan parcel yang agak besar saiznya daripada pihak Fernleaf. Jadi, Hans dengan rasa gembiranya ingin berkongsi pengalaman Hans semasa menerima dan membuka bungkusan parcel tersebut. Selamat membaca kisah di bawah yer.

Peringatan Pertama: Watak-watak dibawah tidak ada kena mengena dengan pihak yang masih hidup atau sudah pergi.

Peringatan Kedua: Segala info dan maklumat yang dikongsikan di bawah adalah benar dan sahih. Tidak ada yang dusta melainkan benar belaka.


Begitulah kisah yang terjadi antara Hans dan Moojinbu apabila Hans berjaya membebaskan Moojinbu daripada beg kuning tersebut. Jadi, dibawah ini Hans ingin berkongsi serba sedikit tentang Fernleaf dimana lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka sentiasa menjaga lembu-lembu tenusu ini dengan penuh dedikasi.

Disamping itu, mereka juga mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu-lembu tenusu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.

Inilah yang menjadikan susu yang dihasilkan pihak Fernleaf mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh bada kita. Susu ini juga mengadungi banyak nutrien penting selain protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Apa yang lebih mengagumkan tentang Susu Fernleaf UHT ini ialah ia dihasilkan oleh lembu tenusu mereka secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Sebaliknya, mereka memanfaatkan iklim negara New Zealand yang cukup selesa dimana lembu-lembu tenusu ini dapat meragut rumput yang berkualiti tinggi disamping hidup di persekitaran yang mempunyai udara dan air yang bersih.


Kepada semua pembaca blog hanshanis.com sekalian, apa kata selepas ini jadikan Susu Fernleaf UHT sebagai minuman susu pilihan utama anda semua kerana banyak kebaikannya buat tubuh badan kita seperti menguatkan lagi tulang serta gigi. Selain itu, ia juga membekalkan pelbagai nutrien untuk kegunaan seharian tubuh badan anda. Paling penting Susu Fernleaf UHT dijamin halal.

P/S : Jadi, mulakan hari anda selepas ini dengan segelas Susu Fernleaf UHT yang pastiya penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.

12 ulasan:

  1. Bukan main lagi Hans ye.. boleh jadi duta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      bukan selalu jadi macam nih
      hahaha

      Padam
  2. Setuju ! Susu Fernleaf UHT mmg sangat bagus dan berkhasiat. Plus, rasa dia pon sedap especially yg berperisa coklat. feveret ! Good luck ya Hans =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      susu coklat dia sedap tambah-tambah bila minum waktu sejuk
      good luck juga Zharif

      Padam
  3. ramai blogger update pasal susu fernleaf ni.selalu tgk iklan susu ni di tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      susu coklat fernleaf sedap diminum

      Padam
  4. Pandai pulak Moojinbu bodek Hans. PH terhibur dengan interaksi antara Hans dengan lembu err...sori...Monnjinbu hah..hah... PH pun tak suka susu but chocolate milk OK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...sebab Moojinbu comel
      kalau suka susu coklat..kena cuba susu coklat fernleaf...memang sedap :)

      Padam
  5. Susu ni memang sedap.... 😋😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah sedap dan berkhasiat
      susu coklat sudah kehabisan stok
      hehehe

      Padam
  6. Susu Fernleaf ni memang sedap sangat. LeYa yang pada mulanya tak minum susu dah jatuh hati untuk terus minum susu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus-bagus
      amalkan minum susu selalu untuk tulang kuat

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com