Ahad, 15 September 2019

Review Filem Sivappu Manjal Pachai

Ahad, September 15, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem tamil yang agak menarik berjudul Sivappu Manjal Pachai di TGV Cinemas Jaya Centre pada 14 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Tamil yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Sabtu, 14 September 2019

Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King

Sabtu, September 14, 2019 8
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Coolblog Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran siri minuman terbaru mereka iaitu Fire Tiger King yang berlangsung dengan cukup meriah sekali di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


Majlis yang dirasmikan oleh Encik Shamshuzaman Bin Haji Sulaiman yang merupakan Pengarah Bahagian Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ini telah memperkenalkan empat jenis perisa terbaru iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger yang menampilkan citarasa terkini kegemaran rakyat Malaysia iaitu minuman boba yang digabungkan dengan gula perang serta taburan krim keju mousse yang dibakar iaitu Creme Brulee.


Hans agak tertarik dengan ucapan daripada pihak Coolblog yang telah memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2008 dimana mereka menyatakan bahawa pihak Coolblog adalah Raja Gula Perang Yang Sebenar dimana Hans sangat bersetuju dengan kenyataan ini apabila menikmati siri minuman terbaru mereka kali ini.


Minuman:
Fire Red Tiger (Chocolate Smoothie Coolblog Signature) : RM7.80

Minuman:
Fire GreenTiger (Matcha Tea With Dash Of Brown Sugar) : RM7.80

Minuman:
Fire Tiger King (Brown Sugar Pearl Milk Tea) : RM8.80

Minuman:
Fire Thai Tiger (Thai Tea With Dash Of Brown Sugar) : RM8.80


Hans telah mencuba Fire Thai Tiger dimana gabungan adunan serbuk teh premium yang dicurahkan dengan keju mousse, krim keju yang kemudian dibakar brulee memberikan satu keunikan rasa yang sangat sedap dan memenuhi citarasa Hans. Memang Hans sangat berpuas hati kerana ia bukan sahaja sedap tetapi juga menawarkan harga jualan yang sangat murah dan berpatutan.


Minuman ini didatangkan dengan saiz 700ml yang pasti akan menghilangkan rasa dahaga sesiapa yang menikmati minuman menarik ini. Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King ini sudah mulai dijual di semua 300 cawangan Coolblog yang berada di seluruh negara.


Apa yang lebih menarik, sebahagian daripada hasil jualan minuman Fire Tiger King ini akan didermakan kepada satu badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan spesis dan habitat Harimau Malayan Tiger yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.


Jelajah Suria FM Bersama Coolblog

Coolblog bekerjasama dengan stesen radio Suria FM untuk kempen Fire Tiger King dengan menaja acara Jelajah Suria 2019 di beberapa lokasi terpilih iaitu:

14 September 2019 : 
Kuantan City Mall, Pahang

21 September 2019 : 
Plaza Angsana JB, Johor


Cabaran Tarian Tiktok Fire Tiger King

Korang peminat aplikasi Tiktok boleh sahut cabaran #FTKDanceChallenge. Korang cuma perlu beli mana-mana perisa minuman Fire Tiger King Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Fire Tiger King dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram:

Review Filem Dream Girl

Sabtu, September 14, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat lucu berjudul Dream Girl di TGV Cinemas Jaya Centre pada 13 September 2019 yang lepas. Melihat nama Ayushmann Khurrana sebagai pelakon utama sudah cukup untuk menarik perhatian Hans bagi menonton filem ini.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang sangat melucukan ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Review Filem Section 375

Sabtu, September 14, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat menarik berjudul Section 375 di TGV Cinemas Jaya Centre pada 13 September 2019 yang lepas.




P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang sangat menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :) 

Khamis, 12 September 2019

Review Filem Suatu Ketika

Khamis, September 12, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri malam gala filem Suatu Ketika bertempat di GSC Mid Valley pada 4 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem tempatan yang sangat menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Review Filem Scary Stories To Tell In The Dark

Khamis, September 12, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak MM2 Entertainment Sdn Bhd untuk menghadiri tayangan filem Scary Stories To Tell In The Dark bertempat di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 11 Jun 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem seram ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 8 September 2019

Review Filem Chhichhore

Ahad, September 08, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Bollywood yang sangat menarik dan penuh inspirasi berjudul Chhichhore di MMcineplexes, eCurve Mutiara Damansara pada 6 September 2019 yang lepas. 



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Bollywood yang terbaik untuk tahun 2019 ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN Kini Kembali

Ahad, September 08, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Guardian di dalam sesi bersama para media terpilih untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Anugerah ‘MOST VOTED BRANDS’ GUARDIAN yang kini kembali menemui para pelanggan setia mereka.


Apa yang menariknya ialah jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA berpeluang untuk bukan sahaja mengundi jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka sukai sekali lagi  untuk tahun 2019 tetapi turut bakal memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000. Menarik sungguh tawaran hadiah ini kan?


Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20 telah pun bermula pada 5 September 2019 yang lepas dan bakal berakhir pada 29 September 2019 ini.


Menurut Ms Wong Vai Chi yang merupakan Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, pihak Guardian Malaysia sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada para pelanggan mereka bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor Guardian seluruh Malaysia.


Sebanyak 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini yang menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Jadi, undian yang bakal dilakukan oleh para pelanggan Guardian iaitu sebagai pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini akan memberi penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka di kalangan pengguna sendiri. Undian secara keseluruhannya akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan Guardian.


Objektif Guardian Malaysia menganjurkan anugerah ini yang bermula pada tahun 2000 lagi adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan mereka dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih jenama kegemaran mereka. Pada waktu ini dapat dilihat anugerah yang dilakukan oleh pihak Guardian Malaysia lebih relevan kerana pihak mereka didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan mereka melalui pilihan dan trend yang sentiasa berubah.


Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. MVB Hunt Guardian adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.


Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka.


Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya dimana ia menawarkan peluang yang lebih besar untuk  mereka memenangi Hadiah Utama. Jadi, para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang mendapatkan baucar produk. Langkah menyertai MVB Hunt adalah seperti dibawah:


Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my/#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September sehingga 29 September 2019


Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.

Hadiah Mega adalah seperti berikut:

Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000

Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500

Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000

Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.


Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli. Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

P/S : Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini. Semoga berjaya!

Jumaat, 6 September 2019

Anugerah The Jewels Of Muslim World 2019 Milik Rakyat Malaysia Dato'Sri Mahadi Badrul Zaman

Jumaat, September 06, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan bertemu dengan seorang rakyat Malaysia yang telah membanggakan negara tercinta Malaysia apabila telah dianugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Insan yang Hans maksudkan disini ialah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG).


Memang satu peluang keemasan buat Hans apabila dapat beramah mesra dan menemu ramah orang hebat seperti Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini sewaktu Hans hadir ke Pameran Dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini yang berlangsung dengan cukup meriah di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 September 2019 yang lepas. 


Lebih menarik Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga merupakan salah seorang speaker di Majlis 9th Muslim World Biz dimana untuk beliau berkongsi pelbagai perkara, tips menarik serta pengalamannya dengan memilih tajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" untuk sesi perkongsian beliau di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam selama satu jam bermula pada pukul 3.45 petang dan berakhir pada pukul 4.45 petang.


Hans agak kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman ini yang sentiasa merendah diri dan bersemangat waja di dalam usaha untuk membantu ramai pihak untuk meraih kejayaan seperti yang dimilikinya kini. Walaupun sudah bergelar jutawan pada usia yang muda selepas menceburi dunia kewangan selama 16 tahun namun beliau tetap mempunyai sifat ingin membantu insan-insan lain. 


Hans juga turut berasa terkejut apabila mengetahui beliau sudah berjaya mencapai kebanyakan impian besarnya sewaktu usianya baru menginjak 21 tahun. Sememangnya, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan salah seorang individu yang sangat sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat kita khususnya anak muda masa kini agar mencontohi kejayaan yang diraihnya.  


Selain itu, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut memanfaatkan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz edisi ke-9 yang berlangsung pada 4 September sehingga 6 September 2019 ini untuk memperkenalkan organisasi Financial Genius Group (FGG) kepada  delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, usahawan, gergasi industri serta masyarakat Malaysia khususnya dengan menyertai pameran yang diadakan. 


Hans berharap agar usaha murni Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman serta Financial Genius Group (FGG) ini dapat membantu lebih ramai pihak di luar sana yang secara tidak langsung akan menjadi batu loncatan buat mereka untuk melebarkan pengaruh dan lebih dikenali di peringkat global sebagai sebuah organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang  Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman dan Financial Genius Group (FGG), anda boleh layari laman sosial yang Hans kongsikan dibawah:


Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram:

Rabu, 4 September 2019

Review Filem IT: Chapter Two

Rabu, September 04, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah mendapat jemputan daripada pihak Warner Bros. Pictures untuk menghadiri tayangan istimewa filem IT: Chapter Two bertempat di GSC One Utama pada 3 September 2019 yang lepas. Apa yang menariknya kali ini apabila Hans buat pertama kalinya berkesempatan menonton filem di dalam pawagam 4DX yang memberi Hans satu pengalaman tontonan yang bukan sahaja unik tetapi juga sangat menggembirakan kerana terdapat banyak momen yang sukar dijangka akan berlaku dan memberi impak yang cukup luar biasa.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem seram yang menarik ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 3 September 2019

Jom Jimat Besar Dengan Promosi Traveloka Sale-Abration

Selasa, September 03, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Bilakah kali terakhir anda melancong atau bercuti ke luar negara? Destinasi percutian bagaimana yang anda impikan? Macam Hans sendiri sememangnya dikenali oleh rakan-rakan rapat sebagai seorang manusia yang sememangnya suka melancong. Namun, disebabkan kesibukan bekerja pada waktu sekarang membuatkan perancangan Hans untuk pergi melancong bersama rakan-rakan sering kali tertangguh. Maklum sahaja lah kalau nak pergi bercuti ke luar negara ini mestilah nak kena merancang betul-betul percutian itu dengan bijak dan pastikan semuanya berbaloi.



Antara perkara yang Hans perlu berikan fokus utama semestinya dari segi kos kewangan, tiket penerbangan, tempat penginapan, pengangkutan dan paling penting tarikh untuk pergi bercuti. Jadi, apabila baru-baru ini ada rakan Hans yang mengajak Hans untuk pergi melancong ke Istanbul, Turki sememangnya membuatkan Hans berasa sangat teruja kerana Istanbul merupakan salah satu destinasi yang sememangnya menjadi pilihan teratas Hans buat masa ini. Tetapi, sayangnya dan geramnya pada rakan Hans ini sebab bagitahu Hans tentang percutian ini pada waktu yang terlalu dekat dengan tarikh penerbangan dia berlepas kesana. Maka Hans memang terpaksa tolak pelawaan tersebut kerana pertama agak sukar untuk memohon cuti pada waktu yang terlalu singkat. Kedua pula ialah berkaitan harga tiket, penginapan dan pengangkutan yang semestinya mahal jika dibeli secara tergesa-gesa. Jadi, saja lah hari tu Hans layari beberapa laman web nak cari promosi percutian ke sana. Mana tahu kalau jumpa harga tiket murah kan?



Tiba-tiba wajah Hans bersinar-sinar keceriaan apabila melihat laman sesawang Traveloka sedang giat mempromosikan Traveloka Sale-abration yang sudah bermula sejak 26 Ogos sehingga 27 September 2019 ini. Mestilah wajah Hans gembira sebab lokasi impian Hans iaitu Istanbul terdapat di dalam promosi negara-negara Eropah untuk Traveloka Sale-abration ini. Daripada dulu Hans memang teringin sangat nak melawat Hagia Sophia, Masjid Biru, Grand Baazar dan banyak lagi lah lokasi-lokasi menarik di sana. Memang melompat keriangan lah Hans sebab rasa teruja gila tengok promosi harganya yang sangat murah.


Syukur sangat sebab Hans sedar tentang kempen besar-besaran Traveloka Sale-abration yang berlangsung selama sebulan ini kerana menariknya ialah terdapat pelbagai promosi diskaun dan tawaran menarik yang diberikan kepada sesiapa yang memilih pakej promosi ini dimana ianya meliputi penerbangan, penginapan, pengangkutan dari lapangan terbang dan ke lapangan terbang (airport transfer) dan senarai aktiviti menarik (xperience) di setiap lokasi pelancongan pilihan anda. Jadi, memang tidak perlu risau lah untuk kemana-mana destinasi luar negara sekali pun kerana semuanya telah tersedia di dalam promosi ini.



Apa yang menarik tentang Traveloka Sale-Abration ini ialah walaupun anda perlu memanfaatkan promosi ini dengan pembelian tiket pada waktu promosi yang berlangsung sahaja namun istimewanya anda boleh merancang perjalanan anda ke destinasi pilihan mengikut tarikh pilihan anda sepanjang tahun ini iaitu sehingga 31 Disember 2019. Jadi, pada Hans yang bekerja tanpa ada waktu kerja atau cuti yang tetap maka ini adalah satu peluang yang sangat menarik dan semestinya dapat mengelakkan tiket penerbangan daripada terbazir begitu sahaja gara-gara tidak dapat pergi melancong pada waktu yang telah ditetapkan kerana tidak diberikan pelepasan oleh majikan untuk bercuti.



Hans yakin ramai yang sebenarnya sudah merancang untuk melihat promosi serta tawaran yang ada di Matta Fair Promos tetapi jika anda merupakan seseorang yang kerjayanya sibuk seperti Hans maka bolehlah mengikut jejak langkah Hans dengan memanfaatkan tawaran hebat daripada Traveloka Sale-abration 2019 kali ini. Tak susah pun sebab semuanya boleh dilakukan di hadapan komputer mahu pun telefon anda. Paling penting ianya sangat membantu anda untuk mencari airline promotion dan membuat tempahan tiket untuk lokasi pilihan dengan harga promosi yang sangat menakjubkan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom pergi melancong dengan Traveloka Sale-abration dan nikmati percutian anda dengan gembira.

Ahad, 1 September 2019

Menu-Menu Popular Di Chakri MY Yang Wajib Anda Cuba

Ahad, September 01, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Ada tak sesiapa yang sedang membaca sekarang ini merupakan peminat makanan Thailand? Jika anda sukakan makanan Thailand, apa kata anda datang ke Sunway Pyramid kerana disini terdapat sebuah restoran yang menggelarkan diri mereka sebagai Malaysia's 1st 'Thai Street Cafe' dan menawarkan pelbagai menu makanan Thailand istimewa untuk anda semua iaitu Chakri MY.


Chakri MY ini sebenarnya betul-betul berada bersebelahan dengan pintu masuk utama Sunway Pyramid dimana ianya dengan pintu keluar Parkson bahagian Ground Floor. Memang mudah sahaja untuk sesiapa yang ingin menikmati hidangan Thailand untuk mencari dan menjumpai lokasi restoran ini. Jadi, apa sebenarnya keistimewaan Chakri MY ini jika dibandingkan dengan restoran-restoran makanan Thailand yang lain?


Salah satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah makanan-makanan disini disediakan secara sihat dimana pihak restoran tidak menggunakan sebarang perasa segera, pewarna serta minyak masak yang digunakan juga adalah rendah kolesterol. Jadi, buat sesiapa yang ingin menjaga pemakanan serta kesihatan maka Chakri MY adalah salah sebuah restoran pilihan untuk anda selepas ini.

CHAKRI MY 

Alamat:
OB.K5,
Jalan PJS 11/28b,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
11.15 A.M hingga 10.00 P.M (Setiap Hari)

Telefon:
0374918842 / 0162277170

Facebook:

Instagram:

Jadi, Hans telah mencuba pelbagai jenis hidangan utama, pencuci mulut serta minuman yang menjadi pilihan utama para pelanggan setia Restoran Chakri MY ini. Sememangnya, pilihan majoriti pelanggan disini terhadap menu popular yang dinyatakan di dalam menu adalah sangat tepat kerana rasa setiap menunya bukan sekadar unik tetapi sememangnya mengingatkan Hans kepada menu-menu makanan dari negari Thailand. Antara hidangan popular yang berjaya menambat hati Hans ialah Mama Hot Pot yang dimana rasa kuahnya sangat menyelerakan dan kuantitinya juga sangat banyak. Kedua ialah menu Fried Calamari With Lime & Chili dimana rasa tepung yang disalut pada sotong mempunyai rasa seakan tomyam dan sotongnya pun lembut. Menu seterusnya yang agak mengejutkan Hans ialah Deep Fried Tilapia dimana Hans sememangnya agak sukar untuk menyukai menu berasaskan ikan tetapi Chakri MY berjaya menyediakan ikan tilapia yang sangat sedap dan rangup ini. Selain itu, hidangan Egg Lava Chicken With Rice juga lazat dan berbaloi untuk anda cuba disini.


Salah satu perkara yang penting kepada mana-mana restoran atau lokasi makanan ialah minuman. Minuman perlu sedap untuk menarik perhatian pelanggan. Maka Hans perlu akui Restoran Chakri MY sangat cemerlang di dalam menyediakan minuman serta pencuci mulut yang pada Hans sangat sedap. Hans cukup sukakan dua minuman yang telah Hans cuba disini iaitu Thai Milk Green Tea serta Thai Lemongrass Fizzy. Rasa Thai Milk Green Tea disini tidak pahit dan manisnya juga adalah sekata. Manakala Thai Lemongrass Fizzy pula memberikan satu kesegaran buat Hans sewaktu menikmati minuman ini. Manakala pencuci mulut yang Hans cuba disini iaitu Red Ruby Water Chestnut serta Mango Sticky Rice With Ice Cream juga begitu lazat dan menyelerakan. Rasa manis, lemak serta kesegaran pada bahan-bahan yang digunakan menjadikan kedua-dua menu pencuci mulut ini menjadi penutup yang lengkap kepada pengalaman Hans menikmati menu-menu popular di Chakri MY ini. 

Menu:
Mama Hot Pot

Harga:
RM39.90


Menu:
Fried Calamari With Lime And Chili

Harga:
RM14.90



Menu:
Deep Fried Tilapia

Harga:
RM38.90


Menu:
Egg Lava Chicken With Rice

Harga:
RM13.90



Menu:
Seafood Phad Thai With Wanton Skin

Harga:
RM15.90


Menu:
Red Ruby Water Chestnut

Harga:
RM7.90

Menu:
Mango Sticky Rice With Ice Cream

Harga:
RM10.90



Menu:
Thai Milk Green Tea & Thai Lemongrass Fizzy


Harga:
RM6.90



Selain dapat menikmati hidangan Thailand yang disediakan di Chakri MY, Hans juga turut menyukai suasana yang ditawarkan di dalam restoran ini. Hiasan dan dekorasi dalamannya terasa mahal, selesa dan sangat menyegarkan minda. Selain itu, disini juga terdapat pelbagai sudut yang menarik untuk anda bergambar, swafoto dan mengabadikan kenangan anda makan disini. Kebersihan restoran ini juga sangat cemerlang dan membuatkan Hans rasa begitu selesa menikmati segala hidangan yang Hans kongsikan di atas sebentar tadi.


Jadi, tunggu apa lagi? Silalah berkunjung segera ke Chakri MY yang terletak di dalam Sunway Pyramid dan nikmati sendiri rasa hidangan Thailand yang disediakan sendiri disini. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Chakri MY. Selamat mencuba!