Khamis, 28 Februari 2019

Review Filem Misteri Dilaila Versi 1 Dan Versi 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, bermula semalam memang kecoh dekat laman sosial seperti twitter dan facebook berkaitan filem Misteri Dilaila ini. Untuk pengetahuan anda semua, filem Misteri Dilaila kali ini menampilkan sebuah keunikan dan kejutan tersendiri apabila buat pertama kalinya di dalam sejarah filem Malaysia, filem ini ditayangkan di dalam dua versi berlainan di seluruh pawagam di Malaysia. Jadi, sememangnya agak mencabar untuk mengetahui versi yang manakah ditayangkan di setiap pawagam di dalam minggu pertama ini kerana hal ini juga tidak disedari oleh pekerja-pekerja di pawagam tersebut. Seperti kejadian semalam dimana Hans sendiri berasa geram juga apabila para pekerja di dua pawagam berlainan tidak tahu tentang hal ini dan memandang Hans seperti Hans sedang lalok minum air ketum. Tetapi, nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Jadi, selamat menonton dan ulasan untuk kedua-dua versi boleh dibaca dengan klik link di bawah gambar. Sekian!




P/S : Anda Nak Tahu Versi Mana Yang Anda Tonton? Sebelum Pembukaan Filem, Akan Muncul Di Layar "IZIN PRODUKSI". Di Bawah Perkataan Itu Telah Diberitahu Dengan Huruf Besar Berwarna Merah Yang Bertulis V1 atau V2. 

48 ulasan:

  1. OOoo jadinya kalau nak tengok dua-dua versi kena pi tonton dua kali la

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. perghh
      betul2 lama tu
      hahahaha

      Padam
    2. aku 5 thun tak tgk wyg bro..bln lepas baru nonton filem ni..petama kali slps 5 thun..

      Padam
  3. Lain sangat ke jalan cerita v1 n v2

    BalasPadam
    Balasan
    1. takdenye, sama je dua2 cuma 15 minit yang terakhir je

      Padam
    2. 15 minit terakhir tu lah yang buat filem ini lain sangat2 jalan ceritanya.

      jadi tak adalah sama :)

      Padam
  4. Habis klu g lg sekali terbeli version yg sama blh refund ke duit ticket tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha
      Mana boleh refund
      So kena hati2 masa beli tiket
      Kena tanya staff wayang

      Padam
    2. Hahhh.. kn tubyg confiuss alamak hribtu tgok yg mna ek prtama kr kedua ni..

      Padam
    3. ahahaha
      masa tengok hari tu...ending last dia macam mana?

      Padam
  5. betol betol kaa kene tengok dua kali. kalau tngok sekali ja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tengok sekali jer tak tahu lah ending lagi satu version
      teka-teki tak terjawab nanti
      hahaha

      Padam
  6. Kalau tengok dua2 version,confirm ke akan dapat tahu the whole story macam mana. Maksudnya dapat bongkarkan semua misteri Cite ni. Kalau tak, tengok satu je lah. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedua2 nya akan menjawab teka-teki yang Syafiq Yusof tinggalkan tentang Dilaila

      Padam
  7. Tadi dah tengok citer ni kt GSC. Version Elizabeth tan jumpe banker. Citer sebenarnye dh best dh rase excited nk tau ending tp bila dh tgk smpai end, rase kecewa sbab masih byk persoalan yang tak tau jawapan. Frustrated

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh
      yang awak tengok tu V2
      saya tak suka V2
      kena tengok V1
      lebih menarik

      Padam
    2. Macamana nak tau tiket yg kite beli tu version 1 ke 2? Sy nak tgk version 1..

      Padam
    3. cuba check senarai pawagam dan list tayangan
      ada saya kongsikan dekat page facebook blog filem saya

      Padam
  8. tak, ap motif sbnr director buat 2 version? strategi utk carik duit lebih ke mcmne? ahaha, omputeh dh penah buat mcm ni ke? lebih kurg extended version? director cut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keunikan sebab pertama kali di Malaysia
      kedua confirm lah cari duit lebih...dari dapat 10 juta dah boleh dapat 20-30 juta...hahahaha

      Padam
    2. ooo.. baek ah strategi marketing ahaahaha.. so klau omputeh punye movie ap ek yg ad bnyk version mcm gni?

      Padam
    3. filem Black Mirror: Bandersnatch

      Padam
  9. emm..maknanyer saya tgk V2..tp memang x gemar langsung..hantu2 yg ada tu mcm xde kena mengena dgn cerita..smpai skrg tgh sakit hati..😠

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kan?
      jadi, wajib tengok V1 untuk ubati balik rasa sakit hati tu

      Padam
  10. Saya sudah menonton kedua-dua versi, kedua-dua memang ada third act yang sangat berlainan, memang unik untuk dua-dua versi tapi selepas menonton versi 2, saya rasa saya lebih suka kepada versi 2 maybe sebab saya prefer elements suspense, claustrophobia, horror dengan intense seperti third act versi 2. Elements hantu lebih utilize dalam versi. Mungkin ramai tak prefer versi 2 tapi saya lebih prefer versi 2, dan cinematography camera close up dan low light sangat sesuai digunakan dengan baik dalam scene final.

    BalasPadam
    Balasan
    1. part camera yang scene V2 untuk final tu memang cantik :)

      Padam
  11. version 1 bole tgk kt mane yer klu di kl?

    BalasPadam
  12. so v1 di pawangan mane yer klu di kl?

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak
      cuba tengok dekat Facebook Page Blog Filem RolloDePelicula

      Padam
  13. Yg saya tgk semalam ending dia zul arifin mati excident tu . Saya kena tgk yg mana pulak kalini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh means yang awak tengok tu Version 1
      kena cari yang version 2 pula
      list pawagam yang tayang version 2 boleh tengok dekat Facebook Page RolloDePelicula

      Padam
  14. Versi ke 2 ditayangkan serenyak ke dgn Versi 1... Versi 1 saya sudah tengok pada mlm minggu Hari itu

    BalasPadam
  15. Kedua dua version boleh tgok di pawagam yg sama atau pawagam berlainan? kalau berlainan, boleh tahu V1 di pawagam mana & V2 di pawagam mana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap version ditayangkan di pawagam yang berlainan
      boleh tengok dekat facebook page RolloDePelicula
      saya ada kongsikan dekat situ

      Padam
  16. Dia celaru...nak mistik ke nak reality...overall cerits realiti...so x bole nak relate dengan benda2 mistik yg jeffry alami...x kan main modal mimpi je kot...cheap sangat la...br tgk td...hmm rasa nya next cite syafiq tggu astro first ja la...cite syamsul lebih kene kt jiwa..

    BalasPadam
  17. Td tgk v1...tgh pikir2 nak tgk v2....dah tgk dah list cinema v2 hope betul la list tu

    BalasPadam
  18. ahahahhaahh kreatif laa sgt director tu, sampai terrrsama dgn cite vanishing act, sebijik pulak tuh jalan cerita dia.. boleh ulas sikit tak boss? hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kan
      kena tanya pengarah dan penerbit dia lah macam mana boleh 'tersama' pula
      hahahaha

      Padam
  19. Spoiler scene waktu polis bukit fraser tanya Rosyam Nor tuh inspektor dari mana. Cite kat V2. Mcm kurang logik akal sebab waktu ending scene V1, Polis Bukit Fraser panggil Rosyam Nor tu tuan dan serahkan dokumen DNA.

    Mengarut jek ��

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com