Ahad, 3 Mac 2019

Restoran Arab.Thai Menawarkan Hidangan Arab Dan Thailand

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans telah dijemput oleh pihak Restoran Arab.Thai untuk menikmati keenakan pelbagai jenis hidangan daripada dua buah negara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu menu-menu makanan Arab dan Thailand. Bersempena dengan majlis pembukaan Restoran Arab.Thai yang berlangsung dengan meriahnya di e-Curve Shopping Mall, hidangan yang disediakan bukan sahaja menarik dan sedap-sedap belaka tetapi yang paling penting semua menu ini adalah halal.


Restoran Arab.Thai

Alamat:
Ground Floor,
Lot 25,26,27,
@ e-Curve Shopping Mall,
Mutiara Damansara,
478100 Petaling Jaya,
Selangor.

Hari Operasi:
Setiap Hari 

Waktu:
10.30 A.M - 12.00 A.M

Nombor Telefon:
0134878841

Laman Facebook:


Hans mula tertanya-tanya apabila melihat wajah pemilik Restoran Arab.Thai ini persis orang Arab. Jadi, apa yang membuatkan dia tertarik untuk menggabungkan hidangan kedua-dua ini sebagai tanda pengenalan di dalam satu restoran. Rupa-rupanya Hans dikhabarkan isteri kepada pemilik restoran ini berasal dari Kelantan. Jadi, nampaklah kaitannya disitu dimana Kelantan dan Thailand memang bersebelahan. Maka boleh dikatakan keputusan pemilik restoran ini untuk menggabungkan kedua-dua citarasa negara berlainan ini adalah sangat tepat kerana secara tidak langsung memberikan pilihan kepada para pelanggan untuk memilih hidangan yang mana satu untuk dijamah bersama keluarga mahu pun orang yang tersayang.


Jadi, menu pertama yang Hans cuba semestinya menu daripada negara Arab. Ada dua jenis nasi arab yang ditawarkan kepada pelanggan disini iaitu Nasi Mandy dan nasi Kabsa.


Selain daripada pilihan ayam yang ditawarkan untuk dimakan bersama kedua-dua nasi ini, seperti biasa tidak lengkap sekiranya hidangan kambing golek bakar tidak disediakan.


Di Restoran Arab.Thai ini, anda tidak perlu risau kerana kambing golek bakar turut disediakan dan semestinya rasa kambing ini sangat lah sedap dan isinya sangat lembut.


Selain itu juga, anda berpeluang untuk menikmati hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal dan sangat disukai di kalangan masyarakat arab sendiri iaitu hidangan seperti Kanafeh, Basbousa dan pelbagai lagi. Memang pencuci mulut yang disediakan pada malam tersebut laris betul dan ramai yang memuji rasa sedap pencuci mulut yang disediakan Restoran Arab.Thai pula. Untuk Hans pula, rasanya sedap cuma ada beberapa pencuci mulut ini memang dihasilkan terlalu manis.


Selesai menjamah hidangan berasaskan negara Arab, Hans menyerang pula kawasan makanan yang menghidangkan menu-menu daripada Thailand. Memang ada pelbagi menu yang sangat menarik sehingga membuatkan Hans rambang mata seperti kerabu mangga, tomyam, keng som, laksa Thai, daging goreng, sotong bakar dan pelbagai lagi. 


Serius hidangan Thai yang Hans makan memang sedap-sedap, cukup rasa pedasnya dan membuatkan Hans ingin menambah buat kali kedua. Hahaha! 


Kepada yang mementingkan kesihatan, jangan risau kerana Restoran Arab.Thai turut menyediakan menu-menu yang menyihatkan seperti pelbagai jenis salad, hummus, buah delima, dolma, tabolah dan pelbagai lagi yang dipersembahkan dengan cukup cantik dan kelihatan begitu menyelerakan.


Sampaikan nak makan pun rasa sayang sebab cantik sangat dekorasi persembahan makanan-makanan ini.


Hans ada juga menyelidik harga-harga setiap menu mereka dan apa yang Hans lihat memang sungguh mengejutkan. Dengan kepelbagaian menu, rasa yang sedap serta tempat makan yang cukup selesa, harga menu yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. 


Jadi, Hans sangat mengesyorkan kepada para pembaca sekalian untuk datang ke Restoran Arab.Thai ini dan cuba sendiri menu-menu yang ditawarkan buat para pelanggannya. In Sha Allah, anda pasti akan menyukai rasa setiap menu Arab dan Thai ini dan berkemungkinan besar akan datang lagi buat kali kedua atau kali ketiga semata-mata untuk menikmati lagi menu-menu yang enak disini. Selamat menjamu selera!

2 ulasan:

  1. Waw...cantik sangat garnishing makanan tu, satu tempat untuk 2 citarasa, menarik tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehe
      itu lah kan
      rasa lapar jer tengok
      dah lah memang sedap-sedap makanannya

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com