Isnin, 4 Mac 2019

Suu Balm Membantu Penghidap Ekzema dan Psoriasis

Assalammualaikum buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Watsons Malaysia untuk menghadiri pelancaran produk Suu Balm yang terbaru dan cukup ekslusif yang hanya boleh didapati di seluruh cawangan Watsons Malaysia. Hans pada mulanya tidak mengetahui bahawa produk ini amat bersesuaian dengan mana-mana individu yang menghidap ekzema atau psoriasis. Jadi, selepas mendapat tahu melalui penerangan daripada Dr. John O'Shea mengenai produk Suu Balm ini maka Hans sangat teruja untuk memberi fokus sepanjang sesi tersebut berlangsung.


Ini disebabkan Hans sendiri sebenarnya mempunyai masalah Psoriasis yang telah dialami sejak kecil lagi. Jadi, Hans memang sangat memahami penderitaan yang dialami oleh sesiapa yang mempunyai masalah Psoriasis mahu pun Ekzema ini terutamanya sewaktu di zaman kanak-kanak. Macam Hans sendiri sewaktu sekolah rendah dulu sememangnya mempunyai tahap keyakinan diri yang agak rendah kerana sering diejek oleh rakan-rakan sebaya pada ketika itu kerana keadaan kulit tangan yang agak teruk disebabkan sikap menggaru sewaktu gatal sehingga menyebabkan kulit luka dan berdarah. Jadi, sememangnya pelbagai ubat atau krim yang digunakan bagi menghilangkan rasa gatal pada kulit.


Apa yang menarik perhatian Hans tentang produk Suu Balm ini ialah ia tidak mengandungi steroid seperti mana produk krim sapuan yang lain. Seperti yang semua sedia maklum, penggunaan ubat-ubatan yang mempunyai steroid sememangnya cepat menghilangkan dan merawat masalah psoriasis tetapi hakikat sebenarnya ia membahayakan kesihatan dalaman badan terutamanya pada bahagian buah pinggang jika digunakan secara kerap. Jadi, dengan wujudnya produk Suu Balm ini dimana Hans sendiri berpeluang menggunakannya semasa majlis berlangsung telah memberikan satu harapan serta alternatif baru kepada Hans sendiri untuk memanfaatkan produk Suu Balm ini yang bebas daripada steroid dan mempunyai kesan penyejukan kepada kulit dalam masa yang sangat pantas untuk menghilangkan rasa gatal yang dialami pada satu-satu masa.


Berdasarkan penerangan daripada Dr John O’Shea, dikatakan seorang daripada 10 individu merupakan penghidap penyakit ekzema dan psoriasis. Memandangkan kadar pertumbuhan kulit penghidap penyakit ini berbeza dengan kulit normal maka kelembapan kulit individu yang mempunyai masalah ini sukar untuk dikekalkan seperti individu normal lain. Jadi, dengan wujudnya produk Suu Balm yang berasal dari Singapura dan telah melepasi pelbagai ujian dari National Skin Centre Singapore memberikan satu sinar baru buat Hans dan para penghidap yang lain untuk boleh menikmati hidup dengan lebih gembira. Menurut kajian daripada pakar Dermatologi Kulit yang terlibat di dalam penghasilan produk Suu Balm ini iaitu Dr Tey Hong Liang, terdapat dua cara penyelesaian yang ditemui untuk membantu pesakit ekzema dan psoriasi iaitu produk ini dapat melegakan kegatalan dengan cepat. Selain itu, ia turut memberi kelembapan sepanjang hari dan secara tidak langsung menjadi keadaan kulit pesakit semakin baik dan terkawal.


Suu Balm mula dijual di Singapura bermula pada tahun 2015 dan mulai mendapat perhatian dan sambutan ramai pengguna terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah Ekzema dan Psoriasis. Lebih menarik ialah produk Suu Balm turut dikeluarkan di dalam variasi khas untuk kanak-kanak bagi membantu ibu bapa yang risau dengan keadaan anak-anak kecil mereka yang kerap menggaru sewaktu merasa gatal tanpa kawalan. Jadi, produk Suu Balm ini sangat sesuai untuk digunakan buat seluruh ahli keluarga dan boleh disapu pada bila-bila masa apabila terjadinya kegatalan. Lebih penting ialah produk ini mudah dibawa kemana-mana sahaja kerana saiz serta bentuk produknya yang mesra perjalanan dan percutian.


Sewaktu Hans berada di majlis pelancaran produk Suu Balm ini, di atas meja setiap pada media terdapat sebuah pokok pudina. Rupa-rupanya, bahan utama produk Suu Balm ini merupakan daun pudina. Baru Hans tahu bahawa daun pudina mempunyai bahan semulajadi iaitu menthol yang mampu memberikan kesan yang baik kepada kulit kita. Jadi, apa yang lebih menyeronokkan apabila Hans berpeluang melakukan beberapa eksperimen bersama teman media lain untuk merasai sendiri hasil dan kesan daun pudina yang digunakan di dalam produk Suu Balm ini.

Menthol Experience

Stopwatch Experience

Ceramide Experience

Ketiga-tiga eksperimen ini telah menjawab persoalan-persoalan Hans berkaitan produk Suu Balm yang boleh dijadikan alternatif buat kami yang mengalami masalah psoriasis atau ekzema. Kepada anda yang masih tidak memahami cabaran dan kesusahan yang dialami oleh penghidap ekzema atau psoriasis, Hans kongsikan tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi yang secara tidak langsung membuatkan kualiti hidup kami terganggu ada sesetengah individu yang mengalami masalah dari segi mental dan kesihatan. Antara penyebab utamanya yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah: 

1) Stress atau tekanan seharian
2) Penggunaan produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit
3) Masalah debu dan haiwan peliharaan
4) Sabun basuh pakaian yang digunakan tidak sesuai dengan kulit
5) Pencemaran alam sekitar
6) Makanan yang tidak boleh dimakan atau alahan
7) Gaya hidup yang tidak sihat akibat tuntutan kerja
8) Berpeluh sewaktu bersukan


Jadi, apabila salah seorang penghidap Psoriasis iaitu Cik Rocyie Wong berkongsi pengalaman hidupnya, maka Hans sememangnya merasa dekat dengan perkongsian cerita tersebut. Dan Cik Rocyie mengakui bahawa produk Suu Balm ini lah yang telah banyak membantunya untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan tidak perlu lagi risau untuk melakukan pelbagai perkara yang disukainya sekarang.


Seperti yang Hans katakan sebentar tadi, produk Suu Balm ini terdiri daripada dua jenis variasi iaitu Suu Balm Original untuk golongan dewasa serta Suu Balm Kids untuk kanak-kanak. Perbezaan diantara kedua-dua variasi ini ialah Suu Balm Kids memberikan kesan yang kurang sejuk tetapi mempunyai lebih unsur Ceramide. Manakala Suu Balm Original pula memberi kesan lebih sejuk tetapi kurang unsur Ceramide. Manakala produk mandian badan Suu Balm akan membantu memberi kelembapan dengan pantas dan turut melegakan rasa kegatalan dengan cepat. 


Produk penjagaan kulit Suu Balm ini sangat sesuai untuk seisi keluarga dan bebas daripada parabens, bahan pengawet, dan wangian. Lebih menarik ialah semua produk Suu Balm Original and Suu Balm Kids telah disahkan halal oleh Jakim Malaysia.


Buat ibu bapa atau sesiapa yang mempunyai anak atau kenalan yang menghidap masalah ekzema atau psoriasis, silalah memahami tekanan yang dihadapi oleh mereka. Sentiasa memberikan mereka sokongan dan menceriakan mereka kerana masalah ekzema atau pun Psoriasis ini mempunyai potensi untuk menyebabkan penghidapnya mengalami masalah kemurungan. 


Jadi, kepada anda yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Suu Balm ini bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Watsons di seluruh Malaysia atau layari laman web www.watsons.com.my. untuk maklumat lanjut berkenaan produk serta harganya. Anda juga boleh mendapatkan info di laman facebook Watson iaitu www.facebook.com/watsonsmalaysia atau mengikuti mereka di laman instagram www.instagram.com/watsonsmy

4 ulasan:

  1. Sally ada cuba masa kat Watsons semalam, suka dengan texture dia yg very cooling and refreshing..pastu ada effect melembapkan lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      itu yang rasa lega bila pakai sebab rasa sejuk
      so gatal-gatal memang cepat hilang

      Padam
  2. This is interesting. Mungkin akan cuba guna bila balik Malaysia nanti sebab saya pun ada masalah Psoriasis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba guna
      mana tahu berkesan dan sesuai dengan Farah

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com